Tempahan Logo

LOGO  PRONIAGA : RM300

Terma & Syarat:


 Dengan memilih servis rekaan LOGO kami, anda layak mendapat khidmat seperti yang berikut,
  • - 4 Rekabentuk unik untuk dipilih
  • - 4 Kali Proses semakan (Revisions)
  • - 1 Logo akhir (Final Logo)
  • - 1 Master file Logo (format vector *.AI atau *.EPS )
  • - 1 Pilihan Fail imej JPG, GIF, PNG atau PDF  
Proses Tempahan Logo:
  • 1) Lengkapkan borang tempahan LOGO
  •  
  • 2) Buat pembayaran penuh untuk sahkan tempahan. Tempahan yang tidak disertakan bukti pembayaran tidak akan diproses.
  •  
  • 3) 4 rekabentuk logo akan dikemukakan dalam masa 5 hingga 10 hari bekerja dan diharap anda dapat memberi maklum balas segera terhadap rekaan logo yang dikemukakan bagi membolehkan logo disiapkan dengan segera.
  •  
  • 4) Anda hanya boleh memilih satu konsep sahaja atau gabungan dari konsep yang dikemukakan untuk ke peringkat semakan seperti berikut,
  • - Semakan 1 : adalah proses untuk membaik pulih reka bentuk konsep yg dipilih.
  • - Semakan 2 : adalah proses untuk membuat perubahan pada warna logo.
  • - Semakan 3 : adalah untuk melihat hasil akhir logo.
  • - Semakan 4 : adalah semakan tambahan sekiranya masih memerlukan perubahan pada logo.
  • - Semakan 5 dan keatas akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM25 bagi setiap semakan.
  •  4) Sahkan logo akhir & terima fail berkaitan logo melalui email.
  •  6) Proses tempahan berakhir

Makluman:
  • 1) Sebarang logo telah sah/diluluskan (approved) oleh anda akan dianggap sebagai siap (completed task) dan tidak akan diberi servis semakan lagi selepas itu.
  •  
  • 2) Setiap logo yang kami hasilkan tidak disertakan sekali dengan penerangan dan garis panduan logo (BRAND MANUAL). Caj tambahan akan dikenakan jika anda ingin LOGO disertakan "Brand Manual".

  • 3) Anda berhak mendaftarkan dan mendapat hakcipta logo sebagai tanda dagang (trademark) perniagaan anda.
  • Pihak kami hanya berhak memaparkan logo dalam portfolio sebagai pereka asal logo sahaja.

  • 4) Mana-mana konsep rekaan unik yang tidak dipilih oleh anda adalah hak milik kami dan akan diubahsuai untuk dikemukakan pada pelanggan kami yang lain.

  • 5) Sekiranya anda berhasrat untuk membatalkan projek atau anda tidak memberi maklum balas tentang projek lebih dari 2 minggu dari tarikh semakan terakhir,secara automatiknya projek akan ditamatkan dan tiada pemulangan bayaran atas kerja-kerja kreatif yang telah dilakukan untuk anda.
  •  
"Kami jamin akan memberikan khidmat yang berbaloi dengan nilai ringgit anda."

Para PEMBACA