Thursday, September 29, 2011

Thursday, September 22, 2011

Friday, September 16, 2011

[ DOWNLOAD ] : Koleksi Vector Khat Kaligrafi

Kepada mereka yang minat dengan seni Khat atau Kaligrafi.. ini ada antara beberapa fail vector kaligrafi yang ada dalam simpanan saya yang ingin dikongsi bersama anda semua. Seperti "Freebies" yang lepas... fail-fail ini juga dimuat naik ke komuniti Vectorise.net dan bagi membolehkan anda memuat turun file ini sila berdaftar dengan komuniti Vectorise. (Tak rugi pun daftar.. banyak bahan ilmiah disana)
Selamat Memuat-Turun.. dan gunakanlah sebaik-baiknya..


Mari kita mulakan dengan Bismillah...



Bismillah





Kalimah Syahadah





Surah Al-Fatihah





Kaligrafi Jam





Ayat Qursi




Ayat Qursi





4 Qul





4 Qul




Khat Bahtera



PS: For those who cant download the vector from vectorise.net u can download at the link below..

DOWNLOAD VECTOR HERE

[ My Google Keyword ] : Free Islamic Calligraphy Vector

Thursday, September 15, 2011

[ LOGO ] : Julia Homestay

Berikut adalah perkembangan idea bagi rekaan logo Julia Homestay dan pihak client telah memilih logo C.


Berdasarkan logo tersebut, pihak client meminta agar ianya dijadikan banner dan signboard.


*Diubah suai menjadi banner


*Diubah suai menjadi signboard


Hasil signboard yang sudah disiapkan..

[ My Google Keywords ] : Julia Homestay Logo Design , Banner , Signboard

Saturday, September 10, 2011

[ INFO KONGSI ] : Jenis tulisan khat.

Semasa saya sedang mengemaskini fail-fail didalam komputer saya, tiba-tiba ternampak satu fail yang saya rasakan adalah lebih afdal kiranya saya muatkan kedalam entri blog saya untuk berkongsi info dengan anda semua. Kata orang tua-tua benda baik eloklah disebarkan jangan simpan untuk diri sendiri sahaja. Disini saya paparkan info mengenai jenis tulisan khat untuk rujukan anda dan juga saya sendiri.. semoga sama-sama kita beroleh manafaatkan info ini nanti ya..



*P/S: Sebenarnya ada banyak lagi jenis khat.. ini cuma sebahagian sahaja

[ My Google Keyword ] : Antara jenis tulisan khat

Friday, September 9, 2011

[ LOGO ] : AGOGO MART

Ini adalah rekaan logo dan papantanda bagi sebuah kedai barangan bayi dan kanak-kanak. Sudah agak lama design ini dibuat dan sehingga kini saya masih menunggu keputusan dari pihak pelanggan sama ada ingin meneruskan projek ini atau tidak. Jika anda pemilik kedai berkenaan, design manakah yang akan anda pilih?

Saturday, September 3, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Geisha Melayu Terakhir

Semasa sedang berehat sambil menonton TV di petang raya ke-5, saya terlihat sebuah trailer telefilem yang berkisahkan zaman penjajahan jepun suatu ketika dulu. Yang membuatkan saya tertarik pada trailer ini bukanlah pada barisan pelakonnya Scha Al-Yahya ataupun Tiz Zaqyah tetapi pada font yang digunakan untuk trailer ini. Jadi saya siasat apakah nama font tersebut dan berikut adalah hasil siasatan..

FONT YANG INGIN DIKENALPASTI



TRAILER TELEFILEM


Nama font yang digunakan dalam trailer ini adalah Lightmorning yang dihasilkan oleh
BRIDGEco

Rujukan Font:
Lightmorning

[ My Google Keyword ] : Apa nama font telefilem Geisha Melayu Terakhir

Para PEMBACA