Showing posts with label typography. Show all posts
Showing posts with label typography. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

[ Kad Kahwin ] : Contoh Design Typography

Seperti yang sedia maklum memang CC ada menerima tempahan kad kahwin dan telah pun menghasilkan beberapa projek kad kahwin sebelum ini. Namun CC sering ditanya oleh bakal pelanggan mengenai contoh-contoh design kad kahwin. Sebenarnya servis CC bukan memfokuskan kepada kad kahwin, tetapi servis design atas permintaan pelanggan. Bermakna CC tidak menghasilkan design kad kahwin ready made untuk dipilih sebaliknya CC akan Custom Design kan 1 kad khas untuk pelanggan mengikut citarasa yang diminta.

Jadi disebabkan terlalu banyak yang meminta contoh design kad kahwin jadi CC ambik sedikit masa untuk menghasilkan 3 design kad kahwin berkonsepkan Typography. Berikut adalah hasilnya...


*Kad Kahwin Typography :  Design 1


*Kad Kahwin Typography :  Design 2

*Kad Kahwin Typography :  Design3

Jika berminat untuk mendapatkan design ini bolehlah hubungi CC melalui email atau telefon seperti maklumat yang tertera diatas. Jika anda mahukan konsep design yang lain juga bolehlah hubungi CC.



[My Google Keyword ] : Design Rekaan Kad Kahwin Tipografi Typography

Saturday, September 10, 2011

[ INFO KONGSI ] : Jenis tulisan khat.

Semasa saya sedang mengemaskini fail-fail didalam komputer saya, tiba-tiba ternampak satu fail yang saya rasakan adalah lebih afdal kiranya saya muatkan kedalam entri blog saya untuk berkongsi info dengan anda semua. Kata orang tua-tua benda baik eloklah disebarkan jangan simpan untuk diri sendiri sahaja. Disini saya paparkan info mengenai jenis tulisan khat untuk rujukan anda dan juga saya sendiri.. semoga sama-sama kita beroleh manafaatkan info ini nanti ya..



*P/S: Sebenarnya ada banyak lagi jenis khat.. ini cuma sebahagian sahaja

[ My Google Keyword ] : Antara jenis tulisan khat

Wednesday, October 27, 2010

Saya Suka TYPOGRAPHY!

Typography adalah antara perkara yang amat saya suka didalam senireka ini. Ia adalah salah satu elemen yang amat penting didalam bidang pengiklanan.Typography memainkan peranan terhadap sesuatu iklan ataupun rekaan.

Sesetengah mukataip dapat menterjemahkan secara terus mengenai apa yang ingin disampaikan tanpa perlu membaca keseluruhan teks. Saya akan menulis satu entri khas mengenai mukataip jika ada kelapangan kelak.

Disini ingin saya paparkan rekaan berkaitan dengan Typography.

Bulan lepas saya ada menerima satu tugasan dimana saya perlu merekacipta plat nama,yang mana ianya menggantikan plat nombor kereta untuk klien yang akan melangsungkan perkahwinan (telahpun berlangsung). Klien meminta agar saya merekacipta Typography berdasarkan nama mereka dengan tema cinta.

Jadi.........
inilah hasilnya




Sememangnya saya sangat berminat dengan TYPOGRAPHY dan sungguh kagum dengan para designer yang telah mencipta berpuluh ribu jenis FONT dan telah digunapakai dalam pelbagai perkara dan bertahun lamanya.Dengan rasa keterujaan itu saya juga telah mencipta "Custom FONT" saya sendiri beberapa tahun yang lalu tetapi masih belum lengkap sepenuhnya.

Inilah ciptaan saya...



Selain dari ciptaan diatas, saya juga pernah merekacipta Hiroglif dalam lingkungan tahun 2006. Pada asalnya ia dicipta untuk projek ONLINE GAME : SHADO TRIBE dimana saya bekerjasama dengan seorang rakan saya yang merupakan seorang PROGRAMMER. Selain mencipta FONT saya juga mencipta karekter bagi ONLINE GAME tersebut dan juga merekacipta bahasa sendiri, tetapi malangnya hajat kami tidak kesampaian kerana masing-masing begitu sibuk dengan kerja dan kami pula sudah bekerja di syarikat yang berlainan. Maka terkuburlah hasrat untuk menghasilkan ONLINE MMORPG SHADO TRIBE. Semua "Artwork" masih lagi dalam simpanan saya dan tidak pernah saya paparkan dimana-mana laman web.

Inilah dia Shado Gliphs rekaan saya...

Para PEMBACA