Saturday, January 22, 2011

Berlatih KHAT

Ada seorang sahabat saya memberi tips bagaimana nak buat vektor khat dengan mudah menggunakan Adobe Illustrator. Jadi saya mencubanya dan mendapati ianya memang sungguh mudah. Memang saya berminat untuk membuat khat dan sekarang sedang berlatih untuk memahirkan diri dalam mereka khat.

Inilah hasilnya setelah mem-vektorkan khat tersebut dan di-edit didalam Adobe Photoshop.



Tuesday, January 18, 2011

Meja KERJAKU

Selalunya saya paparkan entri hasilan kerja yang sudah siap tapi kali ini saya paparkan pula jentera yang akan menghasilkan rekaan-rekaan kerja saya selepas ini. Sebab kenapa saya memasukkan entri ini adalah kerana hari ini saya mendapat komputer yang lebih laju yang mana sebelum ini digunakan oleh bos saya.




*Inilah dia meja kerja saya! Baru "upgrade" ke Pentium Core 2 Quad menggantikan Pentium Core 2 Duo yg saya gunakan sebelum ini.



*Hari ini saya baru sahaja selesai "setup" dual monitor pada komputer yang selalu saya gunakan untuk kerja-kerja grafik. Semasa ini saya sedang menyiapkan rekaan bunting untuk syarikat MarryBrown cawangan Sungai Siput.




*External hardisk Seagate Flexpro 1TB yang baru dibeli beberapa minggu lalu.

Saturday, January 15, 2011

Rekaan Banner Majlis PERKAHWINAN

Selain dari rekaan banner untuk majlis-majlis hari keluarga, hari raya, hari deepavali,hari krismas, hari itu dan hari ini.. saya juga ada membuat rekaan banner untuk Majlis Hari Perkahwinan.
Berikut adalah antara banner majlis kahwin kawan saya yang akan berlangsung bulan Februari depan..


*Rekaan warna untuk majlis pihak lelaki


*Rekaan warna untuk majlis pihak perempuan

BANNER YANG INI PULA...

Rekaan ini pula dibuat oleh adik saya untuk kawannya..


*Rekaan oleh Iwan

Macamana? Boleh tahan tak rekaan adik saya? Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Banner untuk Majlis Perkahwinan boleh hubungi saya seperti yang tertera pada webbanner saya diatas..

Harga Promosi ialah RM140.00 untuk 2 set Banner bersaiz 8'x3'
Jangan risau jika jadual kerja saya penuh, adik saya boleh melakukan kerja-kerja sebagai "backup designer".

Saturday, January 1, 2011

Pertandingan Vectorise LOGO

Berikut adalah entri saya yang terakhir untuk pertandingan merekacipta logo bagi laman web Vectorise.net Bagi mereka yang berminat untuk memenangi hadiah berupa wang tunai RM200.00 masih boleh menghantarkan penyertaan anda kerana tarikh tutup bagi pertandingan ini adalah pada 7 Januari 2011.

Jangan lupa untuk sertakan sedikit penerangan mengenai logo yang anda reka itu dan penerangan anda mungkin membolehkan anda memenangi hadiah tersebut!

Berikut adalah Logo rekaan saya serta penerangan logo.

*Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat merekacipta logo dari saya boleh hubungi saya di creativcolor@gmail.com





Keterangan Warna
Sebenarnya pemilihan warna adalah berdasarkan warna bendera malaysia juga.. yang melambangkan Komuniti ini datangnya dari negara malaysia.

~ merah
~ biru
~ kuning
~ putih

itulah warna bendera negara kita

susunan warna itu juga telah meminjam kekuatan dari karekter komik yang begitu terkenal dan melambangkan kekuatan komuniti ini.

kekuatan itu pula datang dari pelbagai segi seperti

~ rohani
~ jasmani
~ minda
~ ukhwah

Warna yg digunakan adalah mendatar (flat colors) dan tidak melebihi 4 warna
kerana ianya adalah "standard" dalam prinsip penciptaan logo.

Keterangan Elemen
Bagi menjadikan sesuatu logo itu mudah diingati semua lapisan masyarakat maka seboleh-bolehnya elemen yang dimasukkan
perlulah sesuatu yang amat mudah atau dalam kata lainnya "simplified". Elemen Logo ini direka semudah yang mungkin bagi
mencapai matlamat tersebut.

Terdapat 5 elemen didalam logo ini iaitu

~ huruf V
~ kotak dialog
~ simbol vektor
~ 2 bulatan
~ kotak 4 segi berbucu bulat

Huruf V : Singkatan untuk Vectorise
Kotak Dialog : terdapat 2 kotak dialog satu berwarna merah (luaran) dan satu lagi berwarna kuning (dalaman) yang membawa maksud komunikasi 2 hala dan bucu kotak dialog bertumpu kepada Simbol Vektor dimana perbincangan yang ditekankan berfokuskan kepada vektor. Akan tetapi tidak bermakna komuniti ini hanya berbincang mengenai vektor sahaja sebaliknya perbincangan adalah tidak terhad dan berada di luar kotak 4 segi berbucu bulat yang membawa maksud ianya lebih luas dari itu. 2 bulatan didalam kotak dialog membentuk rupa 2 figura yang memeluk atau melindungi huruf V membawa maksud ahli komuniti yang sayang akan komuniti ini yang akan melindunginya dengan kuat

Keterangan Mukataip

Font digunakan : Moltors & Avantgarde
Font ini sebenarnya bukan sebahagian dari rekaan logo.. boleh tukar ikut citarasa pemilik komuniti. Kerana apa yang ditekankan dalam rekaan ini bukanlah font tetapi logonya..
Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Entri pertama dalam tahun 2011..

Selamat Tahun Baru diucapkan pada semua yang mengenali saya dan tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung laman blog saya. Sepanjang penulisan blog saya pada tahun lepas, alhamdulilah terdapat banyak entri yang berjaya saya masukkan kedalam laman blog ini dengan purata 20~30 kunjungan sehari. Mungkin jumlah itu tidaklah banyak bagi blogger-blogger pro, tapi bagi saya, ini satu pencapaian yang agak membanggakan memandangkan saya tidak menulis entri dengan kerap. Fokus saya adalah untuk menyampaikan entri yang bermanfaat kepada pelawat-pelawat yang mencari info atau idea bagi tujuan tugasan mereka.

Semoga tahun 2011 ini saya dapat memuatkan lebih banyak entri dan curahan idea kepada anda semua.. Sekian.

Para PEMBACA