Saturday, June 12, 2010

Pengenalan DIRI

Sebelum saya menulis entri-entri berikutnya, terlebih dahulu ingin saya introduksikan serba
sedikit mengenai diri saya.

Bagaimana saya boleh berkecimpung didalam bidang seni ini?
Sebenarnya saya dididik secara tidak langsung didalam bidang ini
oleh arwah ayah saya sejak dari kecil lagi dimana beliau dahulunya
adalah seorang ahli tukang yang amat peka kepada kesenian.

Memandangkan saya anak sulung kepada arwah, maka arwah ingin sekali melihat
saya mengikut jejaknya yang cinta akan kesenian. Arwah sentiasa mendedahkan saya
terhadap dunia seni dan sering membawa saya ke pameran-pameran seni walaupun
pada masa itu saya masih kecil dan tidak begitu memahami apa itu seni,rekaan dan
konsep apatah lagi persepsi dan falsafah seni.

Arwah dahulunya membuka sebuah kedai kecil dimana disitulah punca rezeki kami sekeluarga.
Bermula dengan menjual barangan antik dan kemudiannya diikuti dengan
mengambil tempahan pertukangan dan rekaan. Disitu jugalah saya didedahkan dengan
kesenian. Mungkin cara pembuatan seni pada masa itu dan sekarang sudah jauh berbeza
disebabkan teknologi; namun semuanya bermula dari asas dan berkembang hinggalah apa yang
kita dapat lihat pada hari ini.

Sedikit demi sedikit saya mula berminat dengan dunia ini dan mengasah bakat. Sebenarnya
saya juga tidak pasti adakah bakat ini datang secara semulajadi, dari genetik ataupun
perlu dilatih. Apapun yang saya tahu, mata pelajaran disekolah yang paling digemari
sudah tentunya seni lukis.

Entri Berkaitan

Pengenalan DIRI
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA