Tuesday, March 15, 2011

Perubahan Konsep BLOG

Selepas berehat seketika dari menulis entri di blog ini.. saya terfikir.. kemanakah hala tuju dan matlamat blog ini? Sudah beberapa bulan blog ini ditulis tetapi jumlah lawatan masih belum mencapai sasaran.

Jadi saya memutuskan untuk mengubah konsep blog ini dari konsep Portfolio kepada konsep Blog Majalah bagi menarik lebih ramai pengunjung ke laman ini.

Jadi ada beberapa perubahan yang perlu saya lakukan untuk blog ini iaitu:

PERTAMA!

Terma-terma Bahasa Inggeris akan digunakan dan tidak lagi diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Ini kerana didalam senireka terdapat banyak terma-terma bahasa inggeris yang menjadi kata kunci untuk carian pengguna-pengguna internet di Malaysia.

Sebagai contoh :
Lebih banyak pengguna internet menggunakan kata kunci "design" kad kahwin daripada menggunakan kata kunci "rekaan" kad perkahwinan didalam carian GOOGLE mereka.

Jadi dengan mengekalkan terma bahasa inggeris, blog ini akan lebih kerap muncul dalam carian pengguna internet terutamanya mereka yang membuat carian di GOOGLE.

KEDUA!

Beberapa segmen perlu ditambah kedalam blog bagi memantapkan isi kandungan blog bersesuaian dengan konsep Blog Majalah dengan mengekalkan idea asal blog ini iaitu untuk berkongsi idea dan informasi dalam bidang senireka. Buat masa ini saya telah memikirkan 2 segmen untuk ditambah pada blog dan saya akan umumkan apakah nama segmen itu kelak.

Entri Berkaitan

Perubahan Konsep BLOG
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

3 Komen

Tulis Komen
avatar
March 16, 2011 at 1:42 AM

good good good.. kipidap..
"content is king".. i will support u ;)
(smbil ckp omputeh)

Reply
avatar
March 16, 2011 at 8:40 AM

terima kasih (thank you) kerana sudi menyokong..
sesama la kita menyokong industri senireka malaysia... :)

Reply
avatar
March 16, 2011 at 3:34 PM

ptt la dlu xleh bukak kejap kan..
thumbs up!

Reply

Para PEMBACA