Tuesday, February 7, 2012

[ BLOG DESIGN ] : Cuppacake B'Licious

Pada masa kini terdapat banyak kedai-kedai online yang diwujudkan dan di Malaysia kebanyakan pemilik kedai online menggunakan blogspot sebagai platform untuk memasarkan produk. Kelebihan memiliki kedai online melalui blog ini adalah ia boleh bertindak sebagai medium untuk mempromosikan produk anda secara berterusan seolah-olah anda memiliki kedai 7-Eleven yang dibuka 24jam.

Walaupun semakin ramai peniaga online yang menjual produk dengan menggunakan blog tetapi mereka mengabaikan satu kriteria yang penting dalam perniagaan online iaitu mereka tidak menitik beratkan soal "PRESENTATION".

Ramai dikalangan peniaga yang tidak tahu betapa penting dan besarnya sumbangan "BLOG PRESENTATION" yang kemas terhadap sesuatu perniagaan online. Ianya juga sama seperti kedai yang sebenar dimana "PRESENTATION" kedai yang menarik akan menarik lebih pengunjung untuk ke sebuah kedai dan sekaligus menaikkan jualan kedai tersebut.

Memandangkan untuk membina laman blog adalah sangat mudah jadi sesiapa sahaja boleh memiliki sebuah kedai online tanpa memerlukan modal besar dan pengetahuan mendalam tentang peniagaan yang ditonjolkan. Dan salah satu cara untuk membezakan peniaga yang serius dengan peniaga yang hanya sekadar suka-suka adalah dengan melihat "BLOG PRESENTATION" mereka.

Kebiasaannya mereka yang serius akan cuba menghasilkan satu identiti atau "branding" bagi perniagaan online mereka dan sudah semestinya BLOG yang bertindak sebagai kedai online atau medium promosi mereka haruslah kelihatan kemas dan cantik supaya bakal pelanggan akan yakin dengan servis dan produk yang mereka tawarkan.

Untuk projek blog yang CC dapat kali ini, CC telah cuba sedaya-upaya menghasilkan satu design blog yang dapat menonjolkan identiti dan menarik bakal pelanggan untuk berurusan dengan pihak Cuppacake B'Licious iaitu satu perniagaan kek dan cupcake secara online.

Berikut adalah preview design yang dihasilkan..


Sila klik pada gambar untuk melihat blog yang telah CC hasilkan untuk Cuppacake B'Licious.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan design blog (Blogspot atau Wordpress) untuk perniagaan online anda, bolehlah hubungi CC untuk berbincang. Harga sesuatu design blog bergantung kepada spesifikasi blog dan kehendak pelanggan.CC akan kenakan harga yang amat berpatutan Insya Allah...

[ My Google Keyword ] : Contoh design blog cupcake Cuppacake B'Licious blogspot design

Entri Berkaitan

[ BLOG DESIGN ] : Cuppacake B'Licious
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA