Saturday, September 4, 2010

Rak Kereta HOTWHEELS



Alhamdulillah, akhirnya siap juga rak untuk meletak kereta mainan Hotwheels yang telah ditempah oleh salah seorang rakan saya. Pada asalnya beliau ingin membelinya di e-bay tetapi malangnya tiada sebarang "shipping" (penghantaran) ke Malaysia untuk produk ini. Jadi beliau meminta saya untuk merealisasikan impiannya memiliki sebuah rak kereta Hotwheels peribadi dengan meminta saya menghasilnya sebuah rak untuknya. Dengan berkat kesabaran selama hampir dua bulan, akhirnya dapat juga rak ini disiapkan.

Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan rak seperti ini tapi malangnya selepas diberitahu harga untuk rak seperti ini ramai yang senyap begitu saja. Untuk menyiapkan rak sebegini sememangnya memakan kos yang agak tinggi memandangkan material-nya yang agak mahal. Jadi saya memutuskan untuk tidak mengambil tempahan untuk rak ini buat sementara waktu.

Entri Berkaitan

Rak Kereta HOTWHEELS
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 Komen:

Tulis Komen
avatar
August 17, 2014 at 9:52 PM

Email kn saya harga rak hotwheels ini.. kot2 la mampu nk tempah utk ank saya.. tq

Reply

Para PEMBACA