Saturday, July 30, 2011

[ Info Design ] : Kekuatan Teks Dan Warna Dalam Iklan


Sekiranya anda rajin ke KLCC pastinya anda dapat kenalpasti dimana lokasi gambar yang saya paparkan diatas.Saya yakin setiap orang pastinya tidak akan terlepas pandang pada "Advertising Board" diatas. Mengapa?

Lokasinya terletak betul-betul bertentangan dengan "escalator" LRT menuju ke SURIA KLCC. Dari jarak yang agak jauh iaitu lingkungan 15 kaki dari "escalator" Advertising Board ini telah berjaya menangkap mata audience dengan sekelip mata. Ianya tidak memerlukan gambar-gambar model cantik atau kacak untuk menarik perhatian anda, cukup hanya sekadar teks dan warna.

Penggunaan teks sans-serif yang tebal disokong dengan warna latar "plain" yang dominan seperti merah dan biru telah berjaya membuatkan audience "terpaksa" membacanya. Ini kerana susun atur teks yang jelas memudahkan audience membacanya dengan sekilas lalu walaupun audience tersebut tidak berniat untuk membacanya.Dengan penggunaan saiz teks yang berbeza mengikut kepentingan mesej yang cuba disampaikan saya menganggap "Advertising Board" ini adalah salah satu pengiklanan yang berjaya!

Disinilah kekuatan yang ada pada penggunaan TEKS dan pemilihan WARNA.

Entri Berkaitan

[ Info Design ] : Kekuatan Teks Dan Warna Dalam Iklan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA