Saturday, December 31, 2011

Entri penutup tahun 2011

Assalamualaikum dan terima kasih kepada kalian semua yang selama ini telah banyak menyokong CC, memberi tunjuk ajar, pandangan dan pelbagai input dan pengalaman yang berguna buat CC untuk terus berada dibidang kreatif ini dan terus kekal menulis. Ini adalah entri khas bagi menutup tirai 2011 dan selepas ini akan CC akan terus meneruskan perjuangan di tahun yang baru dan harap dapat menimba pelbagai lagi ilmu dan pengalaman lain di tahun mendatang. Apa pun 2011 telah meninggalkan banyak kenangan pahit manis buat CC dan sebelum menjelang tahun baru 2012 ini CC ingin menambil kesempatan untuk menoleh sejenak apa yg telah dicapai selama ini dan akan membuatkan CC terus kehadapan..


1. CreativCOLOR in Vectorise.Net

*screenshot forum vectorise

*kad ahli rasmi vectorise.net

Diam tak diam sudah lebih setahun CC menjadi ahli forum Vectorise.Net dan disamping mendapatkan bantuan dan info, CC juga diberi peluang untuk membantu yang lain dan CC amat berbangga dan berterima kasih kepada tuan punya web dan ahli-ahli forum yang lain kerana memberi kepercayaan kepada CC menjadi Global Mod. Sesungguhnya sumbangan yang CC berikan masih kecil dan CC akan cuba untuk tingkatkan lagi kualiti servis CC.

Laman Vectorise.net telah menjadi idola dan "influence" buat CC untuk terus aktif di dunia kreatif dan blog.

Arigato Vectorise!




2. CreativCOLOR as a Nuffnanger

*jumlah kutipan iklan nuffnang

Walaupun sudah setahun mempunyai akaun Nuffnang, tapi CC masih belum pernah merasa membuat tuntutan bayaran dari laman pengiklanan blog Nuffnang ini. Mungkin traffic pelawat blog CC tidak sesibuk laman blog hiburan atau awek-awek panas yang lain. Namun motif CC yang sebenar bukanlah untuk menjadi popular seperti mereka tetapi cukuplah sekadar menyumbang ke arah industri kreatif dan menyampaikan info.

Namun begitu akaun Nuffnang CC masih menjana pendapatan walaupun sedikit dan ia membuatkan CC bersemangat untuk melihat akan perubahan positifnya kelak.. Harap-harap tahun 2012 boleh tuntut cek Nuffnang!




3. CreativCOLOR Branding

 
*sketch asas logo rasmi CC

Bagi mengekalkan CC terus bernyawa dalam bidang kreatif yang serba mencabar ini, perancangan adalah amat penting disamping berusaha keras dengan apa yang telah dirancang. Jadi satu branding perlu diwujudkan bagi memudahkan CC dikenali dengan lebih cepat dan dengan itu terhasillah lakaran seperti diatas dimana ia akan digunakan sebagai Logo rasmi untuk CC. Namun begitu sehingga sekarang CC masih belum tentukan satu logo FINAL yang akan CC gunakan untuk semua produk CC.. Ini lah sukarnya. Selalunya CC menghasilkan logo untuk orang lain.. tetapi untuk diri sendiri CC belum boleh tentukan kerana terlalu memikirkan kesesuaian kegunaannya untuk segala benda. Insya Allah Lamanweb rasmi CreativCOLOR.net akan dilancarkan pada tahun hadapan bagi menandakan bermulanya branding CC.





4. CreativCOLOR Fanpage


*Fanpage CreativCOLOR

Setelah sekian lama membangunkan blog, kini sudah tiba masanya CC masuk kepada fasa promosi dan pemasaran dengan menggunakan kepantasan Facebook Fanpage. Bukannya CC tidak mahu buat awal-awal tetapi rasanya belum sampai masa untuk membuka fanpage ketika itu. Kini CC akan cuba gunakan kekuatan promosi pemasaran facebook fanpage yang dikatakan sangat berkesan itu. Mari kita cuba di 2012 nanti!




5. CreativCOLOR BLOG


*COLOR HARMONY : A Guide to Creative Color Combinations

Pelbagai entri yang telah dipaparkan ke dalam blog ini, dari hasil kerja dahulu, kini, dan juga info-info untuk tatapan pengunjung blog ini. CC sangat berterima kasih pada mereka yang sudi meninggalkan komen dan menjadi pembaca (follower blog) CC dan berkemampuan menguruskan laman blog ini adalah pengcapaian CC yang terbaik dalam hidup CC dan sgt sayang pada blog ini. Jadi apakah hala tuju blog ini di tahun 2012? Insya Allah jika ada kelapangan nanti CC akan menulis entri-entri yang lebih berkaitan tentang warna seperti mana yang terkandung dalam buku yang menjadi rujukan CC selama ini.

Dengan ini CC akhiri entri 2011 ini dengan ucapan "Selamat Tahun Baru 2012" buat semua!

Entri Berkaitan

Entri penutup tahun 2011
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 Komen:

Tulis Komen
avatar
January 4, 2012 at 1:24 PM

terima kasih juga cc yg bnyak mmbantu..
semoga terus berjaya..

Reply

Para PEMBACA