Saturday, January 28, 2012

FREELANCER dan Projek Gantung Diri!!

Disini CC ingin kongsikan satu kisah berdasarkan pada satu pengalaman yang baru CC lalui. Kes ini berkaitan dengan beberapa perkara iaitu "INGIN TOLONG KAWAN" - "MEMPELAJARI BENDA BARU" - "DATELINE" & "DUIT".

Ok baiklah.. apakah kaitan 4 perkara tersebut dalam cerita yang ingin CC sampaikan disini?

Ceritanya begini..

Pada suatu hari ada seorang kawan menawarkan satu projek yang belum pernah CC buat sebelum ini. Pada mulanya CC mengambil projek tersebut atas rasa ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru tetapi setelah memikirkan dateline yang terlalu singkat untuk proses TRY & ERROR maka CC menolak projek tersebut. Kemudian setelah dipujuk dan dengan niat untuk membantu kawan yang agak terdesak kerana dateline projek itu yang semakin singkat, jadi CC terima untuk projek ini bagi membantu beliau disamping mendapat duit tepi.

Jika nak dikirakan, projek ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan pun kepada CC kerana bayaran yang diberi hanya cukup-cukup untuk menampung kos pembelian material. Tapi seperti yang CC nyatakan, disebabkan ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru maka CC tidak terlalu memikirkan soal duit.

Tetapi tanpa diduga projek yang difikirkan mudah itu sebenarnya lebih susah dari yang CC sangkakan dan sebelum terjadi kerugian yang lebih besar, CC memilih untuk berhenti dari meneruskan projek berkenaan memandangkan ilmu dan kelengkapan mengenai projek yang tidak mencukupi. Lalu CC memberitahu kepada kawan CC tentang masalah itu.

Akan tetapi
CC dipaksa untuk menyiapkan juga projek itu mengikut dateline yang telah ditetapkan tidak kira apa cara sekalipun. Niat ikhlas untuk menolong telah bertukar menjadi penyesalan yang memakan diri. Bagaimana hendak menyiapkan projek tersebut sedangkan kita kurang peralatannya? Dan dalam keadaan keterpaksaan CC bertungkus lumus juga menghabiskan projek berkenaan. Hasilnya memang agak mengecewakan umpama melepaskan batuk ditangga kerana mengejar dateline dan dihasilkan dalam serba serbi kekurangan.CC menganggap ianya sebagai satu kegagalan.

Jadi pengajaran dalam kisah ini ialah, Jangan sekali-kali menerima projek yang kita tidak mahir sekiranya dateline terlalu singkat walaupun projek itu datangnya dari kawan kita sendiri.Jangan terima duit samada banyak atau pun sedikit jika kita tidak mahir dan faham akan kehendak sesuatu projek.Ini kerana kita hanya akan menggantung diri sendiri dengan janji kita terhadap projek berkenaan. Kawan kita sendiri tidak akan ada sebarang belas kasihan pada kita kerana dia juga hanya mahu lepaskan tengkuknya sendiri.

Sekian. :)

Entri Berkaitan

FREELANCER dan Projek Gantung Diri!!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

2 Komen

Tulis Komen
avatar
January 28, 2012 at 5:14 PM

assalam..
♪ di mulai dgn bismillah.. disudahi dgn alhamdulillah ♫ ;)

takpe bro tiap sesuatu ada hikmah nye.. setiap kesakitan, kepayahan adalah kifarah.. rezeki Tuhan yg bagi.. dont give up..
semua golongan yg berjaya, bahkan para jutawan semua pasti pernah melalui kepayahan & kerugian.. tu semua adalah asas utk jd lebih 'kuat' & lebih berhati2..

redha kan jer.. semoga terus sukses..

Reply
avatar
January 28, 2012 at 6:12 PM

yup lepas ini cc akan lebih berhati-hati.
entri ini sebagai nasihat kepada rakan lain.. :)

Reply

Para PEMBACA