Tuesday, July 20, 2010

Signtech di PWTC



Baru-baru ini saya telah ke 21st Malaysia International Sign & Technology Fair 2010 (Signtech) yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Setelah menghadiri pameran tersebut minda saya bertambah berkembang kerana saya mendapat informasi yang sangat-sangat berguna dimana banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai dunia perniagaan percetakan dan yang sealiran dengannya. Disini pelbagai jenis mesin dipamerkan untuk jualan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan pengiklanan. Saya sungguh teruja kerana berada disitu memandangkan ini adalah kali pertama saya melihat pameran sebegini.


*antara yang dipamerkan di pameran Signtech

Saya pastinya akan mengunjungi lagi pameran Signtech dimasa akan datang dan pameran-pameran yang seumpamanya kerana ia memberi banyak pendedahan kepada saya sekaligus menambah ilmu pengetahuan saya yang sedia cetek ini.

Kepada anda yang berminat dengan dunia percetakan dan pengiklanan ini, saya sangat syorkan anda mengunjunginya pada tahun hadapan. Tetapi sebelum itu saya nasihatkan supaya anda membawa "Business Card" yang secukupnya supaya senang untuk berurusan dengan pembekal-pembekal yang berpotensi memberikan anda peluang perniagaan kelak.

Entri Berkaitan

Signtech di PWTC
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA