Monday, August 2, 2010

Minggu yang amat SIBUK

Minggu ini adalah minggu yang amat sibuk buat saya. Sampai tak menang tangan saya dibuatnya. Perkara yang paling ditakuti oleh para designer sudah semestinya projek last minute dan juga projek yang bertangguh-tangguh iaitu projek yang terpaksa menunggu kelulusan dari pelbagai pihak sebelum ianya boleh dicetak.

Terdapat dua projek yang terpaksa saya kendalikan dengan kedua-duanya mempunya dateline yang sama. Selain dari dua projek ini saya juga terpaksa menyiapkan beberapa permintaan pelanggan yang datang seperti tempahan stiker,plat nombor,plat alamat rumah dan sudah pastinya banner dan banting. Disini saya ingin paparkan Banner & Banting : Petting ZOO yang merupakan salah satu dari tempahan selain poster, pelekat botol susu, pelekat paket daging,pelekat paket baja dan juga pintu gerbang.


*klik untuk gambar lebih jelas



Saya akan cuba memaparkan entri mengenai projek-projek lain apabila saya ada masa terluang kelak kerana buat masa ini saya akan sibuk menyiapkan projek-projek permintaan dari pelanggan.

Entri Berkaitan

Minggu yang amat SIBUK
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA