Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua pengunjung blog saya yang beragama Islam dan semoga hijrah anda adalah kearah kemuliaan.

Pada tahun ini saya juga sudah melalui pelbagai penghijrahan dan alhamdulillah, penghijrahan demi penghijrahan yang saya lalui berterusan kearah sesuatu yang lebih baik. Semoga penghijrahan saya yang seterusnya akan menjadikan saya insan yang bertambah baik dari pelbagai aspek. Insya Allah.

Thursday, December 2, 2010

Misi Mengumpul Jata Negeri

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum,setiap negeri di Malaysia
mempunyai Jata Negeri yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Setiap elemen didalam Jata Negeri menterjemahkan identiti bagi negeri tersebut.
Disebabkan ini adalah khazanah yang perlu kita pelihara, jadi saya memulakan misi mengumpul semua gambar jata negeri-negeri Malaysia yang jelas supaya saya boleh menghasilkan semula jata-jata ini dalam bentuk vektor dan beresolusi tinggi bagi rujukan saya dan juga generasi akan datang.

Namun begitu, belum pun sempat saya menghasilkan kesemua jata negeri didalam bentuk vektor, saya telah menjumpai satu laman web yang menghimpunkan kesemua jata negeri ini dalam bentuk vektor. Anda boleh memuat-turun (download)
jata-jata negeri ini di laman www.vectorise.net secara berasingan ataupun terus memuat-turun kesemuanya dalam satu fail disini.

Saya telah tukarkan kesemuanya dalam format (*.eps) supaya anda boleh membukanya dengan menggunakan Adobe Illustrator ataupun Corel Draw



Yang terkandung dalam fail muat-turun yang saya sediakan:

>Jata Kerajaan Malaysia
>Jata Negeri Perlis
>Jata Negeri Kedah
>Jata Negeri Pulau Pinang
>Jata Negeri Perak
>Jata Negeri Kelantan
>Jata Negeri Terengganu
>Jata Negeri Pahang
>Jata Negeri Selangor
>Jata Negeri Sembilan
>Jata Negeri Melaka
>Jata Negeri Johor
>Jata Negeri Sabah
>Jata Negeri Sarawak



Di akhir entri ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang telah menghabiskan masa untuk
menyiapkankan setiap jata ini dan terima kasih juga pada pihak yang menyediakan platform untuk ianya
dikongsi bersama. Sesungguhnya ini adalah khazanah negara yg tinggi nilainya.

Pengalaman Memasang PAPANTANDA

Satu pengalaman baru yang saya perolehi baru-baru ini adalah melibatkan diri dalam
pemasangan papantanda (signboard) bagi Bangunan Angkasa. Selama ini saya selalu tertanya-tanya bagaimana papan tanda dipasang dan lebih menghairankan saya ialah bagaimana menaikkan papantanda yang besar dan berat ditempat yang tinggi. Papan tanda yang berukuran lebih kurang 30 kaki panjang dinaikkan tanpa menggunakan kren dan hanya menggunakan tangga,tali dan "roller" sahaja. Mujurlah saya tidak berasa terlalu gayat ketika memanjat tangga kerana sudah biasa dengan kerja-kerja memanjat tangga,tetapi ini adalah ketinggian tertinggi yang pernah saya panjat sepanjang pengalaman bekerja saya.

Berikut adalah senario yang sempat saya rakamkan semasa pemasangan tersebut.



1)Tangga diatur sebelum menaikkan papantanda.
2)Papan tanda yang bakal dinaikkan.
3)Kerja-kerja kimpalan perlu dilakukan di lokasi memandangkan saiz papantanda yang begitu panjang.
4)Papantanda siap untuk dinaikkan.
5)Papantanda pertama telah dinaikkan.Berapakah ketinggiannya?
6)Pemasangan papantanda kedua.
7)Pemandangan semasa saya memanjat tangga.
8)Kedua-dua papantanda siap dipasang.

Ini adalah satu pengalaman yang amat bermakna bagi saya, walaupun kerja-kerja pemasangan agak berat dan memenatkan,
tetapi saya amat berpuas hati kerana bertambah lagi ilmu saya dalam cabang pengiklanan ini.

Sunday, November 21, 2010

[ BIZCARD ] : Nuar Catering




 [ My Google Keyword ] : Contoh design bizcard business card kad nama servis katering catering services

Kedai Buku Nasra

Lama sungguh rasanya tidak membuat kemaskini blog. Rasa 24jam macam tidak mencukupi bagi saya.Apapun Alhamdulillah kerana semakin banyak tugasan yang saya terima dan harap ianya berterusan sebegitu InsyaAllah. Disini saya paparkan rekaan untuk "signboard" bagi sebuah buku yang ditempah oleh rakan saya. Kini sedang menunggu untuk rekaan "signboard" yang kedua. Selepas itu bolehlah saya mengambil "payment". :)

Wednesday, October 27, 2010

Ingin Berjinak Dengan FOTOGRAFI

Baru-baru ini saya pergi bercuti selama 2 hari di Cameron Highland bersama rakan-rakan. Kami membekukan kenangan dan memori didalam bentuk gambar dimana kebanyakan orang masa kini berbuat demikian apabila mereka pergi bercuti dan bersiar-siar. Saya tidak mempunyai sebarang kamera DSLR seperti kawan-kawan yang lain, dan dengan berbekalkan telefon bimbit Nokia N82, saya membuat sesi fotografi atau dalam bahasa pasarnya.. "bergambar!"

Seperti sedia maklum kemampuan kamera pada telefon bimbit tidaklah se-GAH kamera digital apatah lagi jika nak berlawan dengan DSLR yang mempunyai aksesori lensa yang menelan belanja ribuan ringgit...

TETAPI.. dengan sedikit "touch up" menggunakan Photoshop, gambar dirakam dengan telefon bimbit juga mampu menyerlah.

Berikut adalah antara foto yang saya rakam di Cameron Highland dan perbezaannya selepas di-edit.











Jom Reka LOGO!!!

Jom Reka LOGO!!!

Vectorise.net adalah satu laman web yang menghimpunkan pelbagai logo vektor yang di muatturun dan digunapakai oleh para designer Malaysia dalam rekaan mereka. Jadi bagi menghargai usaha murni mereka yang telah membantu menjimatkan masa ramai para designer sekalian, apakata kita sama-sama membantu Vectorise.net mencari identiti logo mereka yang tersendiri.

Imbuhannya? Sila baca dibawah ini.




PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO VECTORISE

Vectorise Logo & Vectorise Forum menganjurkan satu pertandingan mencipta logo.
Anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.
Setiap penyertaan mestilah mengandungi 3 set logo iaitu:

1. vectorise (logo asas)
2. vectorise logo (akan ganti 'Loogoo' lama di Vectorise Logo)
3. vectorise forum (akan digunakan di forum ini Vectorise Forum)

Nota: logo asas 'vectorise' hendaklah sama untuk no.2 dan no.3


TEMA

Bebas dan melambangkan konsep vector atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.


SPESIFIKASI

1. Saiz, Format

- Saiz adalah bebas dan mestilah bersesuaian untuk digunakan pada header website.
- Reka cipta logo perlu dibuat menggunakan software Vector Grafik seperti Adobe Illustrator / Coreldraw dan disimpan dalam fail asal (softcopy).
- Bagaimana pun untuk menyertai pertandingan ini, cukup sekadar mempersembahkan rekacipta dalam format PNG atau JPG sahaja untuk dipost ke dalam forum ini.
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang nanti mestilah menyerahkan fail vector asal (original vector softcopy) untuk menuntut hadiah.


2. Rasional Reka Bentuk

Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas dan rasional dalam Bahasa Malaysia.


3. Warna

Bebas


4. Keaslian logo

Reka bentuk logo mestilah karya asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.


SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum.

2. Semua penyertaan hendaklah dipersembahkan melalui Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan : Contest - Logo Design untuk diundi dan disenarai pendekkan.

4. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi :

- Imej 3 set Logo Design (seperti diterangkan di atas) dalam format PNG (with transparent background) atau JPG
- Penerangan ringkas tentang rasional logo
- Sertakan dibawahnya Username anda, Pekerjaan / latarbelakang bidang anda & Umur.

3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

4. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan
logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.

5. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

6. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 31hb Disember 2010, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.


PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh Vectorise Forum.

2. Bagaimanapun bilangan undi juga akan diambil kira untuk disenarai pendek ke pemilihan akhir.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.


HADIAH

Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah :

- Wang Tunai bernilai RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja)
- Dan ruangan Iklan di Vectorise Logo selama 3 Bulan.

Rekaan Kad DEEPAVALI

Ini adalah tugasan saya yang pertama untuk mereka cipta kad Deepavali.
Saya telah diminta oleh klien untuk menghasilkan rekaan depan kad Deepavali untuk MIC Cawangan Sg.Siput.

Kempen Keselamatan Pengguna Jalan Raya : Anjuran POLIS KONTINJEN PERAK

Rekaan banner



Rekaan bunting

Rekaan Muka Depan Profile Portfolio RIBATLIFE

Satu lagi projek yang diberi oleh klien saya.. :)
Terima Kasih RIBATLIFE kerana meyakini saya..

Saya Suka TYPOGRAPHY!

Typography adalah antara perkara yang amat saya suka didalam senireka ini. Ia adalah salah satu elemen yang amat penting didalam bidang pengiklanan.Typography memainkan peranan terhadap sesuatu iklan ataupun rekaan.

Sesetengah mukataip dapat menterjemahkan secara terus mengenai apa yang ingin disampaikan tanpa perlu membaca keseluruhan teks. Saya akan menulis satu entri khas mengenai mukataip jika ada kelapangan kelak.

Disini ingin saya paparkan rekaan berkaitan dengan Typography.

Bulan lepas saya ada menerima satu tugasan dimana saya perlu merekacipta plat nama,yang mana ianya menggantikan plat nombor kereta untuk klien yang akan melangsungkan perkahwinan (telahpun berlangsung). Klien meminta agar saya merekacipta Typography berdasarkan nama mereka dengan tema cinta.

Jadi.........
inilah hasilnya




Sememangnya saya sangat berminat dengan TYPOGRAPHY dan sungguh kagum dengan para designer yang telah mencipta berpuluh ribu jenis FONT dan telah digunapakai dalam pelbagai perkara dan bertahun lamanya.Dengan rasa keterujaan itu saya juga telah mencipta "Custom FONT" saya sendiri beberapa tahun yang lalu tetapi masih belum lengkap sepenuhnya.

Inilah ciptaan saya...



Selain dari ciptaan diatas, saya juga pernah merekacipta Hiroglif dalam lingkungan tahun 2006. Pada asalnya ia dicipta untuk projek ONLINE GAME : SHADO TRIBE dimana saya bekerjasama dengan seorang rakan saya yang merupakan seorang PROGRAMMER. Selain mencipta FONT saya juga mencipta karekter bagi ONLINE GAME tersebut dan juga merekacipta bahasa sendiri, tetapi malangnya hajat kami tidak kesampaian kerana masing-masing begitu sibuk dengan kerja dan kami pula sudah bekerja di syarikat yang berlainan. Maka terkuburlah hasrat untuk menghasilkan ONLINE MMORPG SHADO TRIBE. Semua "Artwork" masih lagi dalam simpanan saya dan tidak pernah saya paparkan dimana-mana laman web.

Inilah dia Shado Gliphs rekaan saya...

Thursday, September 23, 2010

Mesin pencetak baru! : Challenger FY-3206HF

Dalam 2-3 hari ini saya kurang melakukan kerja-kerja rekaan kerana diberi taklimat dari segi aspek teknikal tetang mesin pencetak yang baru sahaja sampai.Mesin model
Challenger FY-3206HF ini menurut kata juruteknik; berharga dalam lingkungan RM90,000 dipasaran masa kini.

Ini dia rupa bentuk mesin seperti yang saya nyatakan..


*Model ini mempunyai 6 Printhead dan kami hanya menggunakan 4 Printhead sahaja buat masa ini. Jadi kami menggunakan tetapan model FY-3204HF yang menggunakan 4 printhead


*Bentuk keseluruhan mesin


*Tangki Kepala Pencetak.(Printhead Tank)


*Sistem aliran dakwat yang terletak dibahagian belakang tangki kepala pencetak.


*Sistem utama yang membolehkan mesin ini beroperasi.


*Tangki simpanan dakwat solvent / bahagian sisi sistem utama mesin.


*Butang Tutup dan "Kecemasan" / Sistem sensor yang mengesan bahan yang hendak dicetak.


*Mesin ini juga dilengkapi dengan kipas dan alat pemanas..

Tuesday, September 21, 2010

Creativcolor.NAME CARD

Bulan puasa adalah bulan yang begitu sibuk bagi saya.Al-maklumlah pada bulan ini tempahannya "extra" sedikit dari biasa. Kerana sibuk menyiapkan tempahan yang datang bagaikan hujan, maka kesempatan untuk menulis blog agak terbatas sedikit. Salah satu lagi sebab mengapa saya tidak berkesempatan menulis blog adalah disebabkan saya sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan "artwork" serta "printing" untuk satu "event" yang akan diadakan di UNITEN. Ingin tahu apakah "event" tersebut? Ikuti entrinya yang akan saya masukkan pada bulan Oktober depan.

Biasanya saya memaparkan rekaan Kad Nama untuk orang lain tapi untuk entri kali ini, saya akan paparkan rekaan Kad Nama untuk diri saya sendiri pula.

Ini dia hasilnya...


*Kad Bahagian Hadapan


*Kad Bahagian Belakang (p/s: font Graphics o>> Designs o>> Prints tu mmg saya "custom made" jadi tak payahlah anda cari di internet, tak mungkin jumpa.)


*KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT REKAAN KAD NAMA BOLEHLAH EMAIL KEPADA SAYA DI > creativcolor@gmail.com


CreativCOLOR

Para PEMBACA