Friday, August 27, 2010

Program Kem Kecemerlangan & Intelek Muda : WEB BANNER

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini rezeki saya memang murah sekali. Allah kurniakan saya dengan pelbagai perkara yang baik-baik. Kelmarin sejurus saya memaparkan entri kad raya eksperimen saya, En. Mohd Baihaqi dari laman web RibatLife telah menawarkan satu tugasan rekaan untuk saya dimana saya diminta menghasilkan satu Web Banner untuk Program terbaru anjuran syarikat beliau iaitu Program Kem Kecemerlangan & Intelek Muda dan inilah hasilnya..

Thursday, August 26, 2010

Rekaan Kad RAYA

Walaupun dalam kesibukan kerja, saya bersyukur kerana saya masih sempat menghasilkan sedikit grafik yang untuk ucapan Hari Raya. Berikut adalah eksperimentasi saya terhadap warna didalam penggunaan Kad Hari Raya. Jika diperhatikan elemen-element yang ada hampir serupa tetapi setiap elemen diubahsuai warna atau kedudukan bagi mendapatkan rekaan yang berlainan. Ini juga dinamakan "perkembangan idea" dimana elemen yang sama diolah bagi mendapatkan hasil akhir yang berlainan. Insya Allah saya akan cuba menghasilkan beberapa rekaan lain pula selepas ini.

*NOTA : Sekiranya anda ingin gunakan imej kad raya ini diBLOG anda.. dipersilakan.. tak perlu minta izin pada saya... grafik ini percuma untuk anda.















Tuesday, August 24, 2010

Melangkah Setapak KEHADAPAN

Melangkah Setapak KEHADAPAN

Hari ini akan bermulalah perjalanan baru saya didalam bidang yang sungguh saya minati ini. Mulai pada hari ini CreativColor Enterprise telah didaftarkan sebagai sebuah perniagaan yang berkaitan dengan Reka Bentuk Grafik dan Percetakan.

Pengalaman baru akan bermula dan saya akan mencuba sedaya upaya dan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memperluaskan lagi pengetahuan serta pengalaman didalam bidang ini.
Sesugguhnya ilmu yang ada masih cetek, pengalaman yang ada masih mentah dan dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya mengharapkan agar usaha saya yang tiada hentian jemu ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti. INSYA ALLAH.

Saturday, August 14, 2010

Gerak Gempur IMIGRESEN

Baru-baru ini saya menerima tugasan untuk menyiapkan logo bagi pihak IMIGRESEN.
Terima kasih kepada En.Alias Abdul Rani kerana memberi tugasan ini. Kalau ada lagi tugasan
yang boleh mengisi poket saya, silalah bagitahu ye..

Banner Ucapan RAYA

Rekaan banner untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi & Kepenggunaan.



*Disini saya ingin memberi kredit kepada Khairudin Mohd Thani (JiDiN)
kerana saya telah menggunakan foto beliau dalam sebahagian rekaan saya.

Pautan Sumber : http://www.flickr.com/photos/giding/3214748088/
Menulis KEMBALI

Menulis KEMBALI

Sebagaimana tajuk 2 entri saya yang sebelum ini yang bertajuk "Hari yang agak SIBUK" & "Minggu yang amat SIBUK" jadi blog saya juga turut sunyi dari entri-entri baru selama hampir dua minggu. Tetapi kini saya kembali untuk memaparkan entri-entri di blog saya. Sememangnya banyak rekaan yang saya perlu siapkan dalam seminggu dua ini dan saya jangkakan ianya akan berterusan sehingga hari raya nanti. Jadi mungkin entri-entri saya pada masa yang akan datang hanya akan memaparkan hasil kerja sahaja terlebih dahulu dan sebarang komentar atau informasi bagi entri tersebut akan di masukkan kemudian. Tujuannya adalah supaya blog ini sentiasa dikemaskini dan memperlihatkan entri-entri baru. Jadi tidaklah ianya terbiar lama tanpa kemaskini. Dengan ini saya akan mula memaparkan entri-entri seterusnya... Selamat melawat.

Monday, August 2, 2010

Minggu yang amat SIBUK

Minggu ini adalah minggu yang amat sibuk buat saya. Sampai tak menang tangan saya dibuatnya. Perkara yang paling ditakuti oleh para designer sudah semestinya projek last minute dan juga projek yang bertangguh-tangguh iaitu projek yang terpaksa menunggu kelulusan dari pelbagai pihak sebelum ianya boleh dicetak.

Terdapat dua projek yang terpaksa saya kendalikan dengan kedua-duanya mempunya dateline yang sama. Selain dari dua projek ini saya juga terpaksa menyiapkan beberapa permintaan pelanggan yang datang seperti tempahan stiker,plat nombor,plat alamat rumah dan sudah pastinya banner dan banting. Disini saya ingin paparkan Banner & Banting : Petting ZOO yang merupakan salah satu dari tempahan selain poster, pelekat botol susu, pelekat paket daging,pelekat paket baja dan juga pintu gerbang.


*klik untuk gambar lebih jelas



Saya akan cuba memaparkan entri mengenai projek-projek lain apabila saya ada masa terluang kelak kerana buat masa ini saya akan sibuk menyiapkan projek-projek permintaan dari pelanggan.

Para PEMBACA