Thursday, September 23, 2010

Mesin pencetak baru! : Challenger FY-3206HF

Dalam 2-3 hari ini saya kurang melakukan kerja-kerja rekaan kerana diberi taklimat dari segi aspek teknikal tetang mesin pencetak yang baru sahaja sampai.Mesin model
Challenger FY-3206HF ini menurut kata juruteknik; berharga dalam lingkungan RM90,000 dipasaran masa kini.

Ini dia rupa bentuk mesin seperti yang saya nyatakan..


*Model ini mempunyai 6 Printhead dan kami hanya menggunakan 4 Printhead sahaja buat masa ini. Jadi kami menggunakan tetapan model FY-3204HF yang menggunakan 4 printhead


*Bentuk keseluruhan mesin


*Tangki Kepala Pencetak.(Printhead Tank)


*Sistem aliran dakwat yang terletak dibahagian belakang tangki kepala pencetak.


*Sistem utama yang membolehkan mesin ini beroperasi.


*Tangki simpanan dakwat solvent / bahagian sisi sistem utama mesin.


*Butang Tutup dan "Kecemasan" / Sistem sensor yang mengesan bahan yang hendak dicetak.


*Mesin ini juga dilengkapi dengan kipas dan alat pemanas..

Tuesday, September 21, 2010

Creativcolor.NAME CARD

Bulan puasa adalah bulan yang begitu sibuk bagi saya.Al-maklumlah pada bulan ini tempahannya "extra" sedikit dari biasa. Kerana sibuk menyiapkan tempahan yang datang bagaikan hujan, maka kesempatan untuk menulis blog agak terbatas sedikit. Salah satu lagi sebab mengapa saya tidak berkesempatan menulis blog adalah disebabkan saya sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan "artwork" serta "printing" untuk satu "event" yang akan diadakan di UNITEN. Ingin tahu apakah "event" tersebut? Ikuti entrinya yang akan saya masukkan pada bulan Oktober depan.

Biasanya saya memaparkan rekaan Kad Nama untuk orang lain tapi untuk entri kali ini, saya akan paparkan rekaan Kad Nama untuk diri saya sendiri pula.

Ini dia hasilnya...


*Kad Bahagian Hadapan


*Kad Bahagian Belakang (p/s: font Graphics o>> Designs o>> Prints tu mmg saya "custom made" jadi tak payahlah anda cari di internet, tak mungkin jumpa.)


*KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT REKAAN KAD NAMA BOLEHLAH EMAIL KEPADA SAYA DI > creativcolor@gmail.com


CreativCOLOR

Saturday, September 4, 2010

Rak Kereta HOTWHEELS



Alhamdulillah, akhirnya siap juga rak untuk meletak kereta mainan Hotwheels yang telah ditempah oleh salah seorang rakan saya. Pada asalnya beliau ingin membelinya di e-bay tetapi malangnya tiada sebarang "shipping" (penghantaran) ke Malaysia untuk produk ini. Jadi beliau meminta saya untuk merealisasikan impiannya memiliki sebuah rak kereta Hotwheels peribadi dengan meminta saya menghasilnya sebuah rak untuknya. Dengan berkat kesabaran selama hampir dua bulan, akhirnya dapat juga rak ini disiapkan.

Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan rak seperti ini tapi malangnya selepas diberitahu harga untuk rak seperti ini ramai yang senyap begitu saja. Untuk menyiapkan rak sebegini sememangnya memakan kos yang agak tinggi memandangkan material-nya yang agak mahal. Jadi saya memutuskan untuk tidak mengambil tempahan untuk rak ini buat sementara waktu.

Wednesday, September 1, 2010

Aku seorang BLOGGER : Mini GIFT



Baru-baru ini saya melayari laman-laman blog orang lain untuk melihat sendiri apa yang dikatakan sebagai "komuniti blogger". Rupanya terdapat satu istilah yang diberi nama "BLOGWALKING" dimana para blogger akan melawat laman-laman blog rakan-rakan atau "follower" mereka dan bertegur-sapa bagi mengeratkan silaturahim. Ada juga yang memberi "award" dan ada juga yang mengadakan "contest" bagi memeriahkan lagi komuniti blogger di Malaysia ini. Seronok juga menjadi blogger dan memandangkan saya adalah seorang blogger baru, saya juga perlu mencontohi senior-senior blogger bagi memeriahkan lagi Komuniti Blogger di Malaysia.

Disini saya ada mini GIFT nak diberikan dan ianya bukanlah seperti "contest" tetapi hanya sekadar untuk mengeratkan silaturahim dan menambah lagi rakan blogger saya. Mini GIFT yang saya maksudkan adalah seperti yang tertera diatas..

Cara-cara untuk mendapatkan mini GIFT ini:

1. Jadi salah seorang follower CreativCOLOR.BLOG
2. Buat "banner exchange" dengan CreativCOLOR.BLOG
3. E-mail kan alamat rumah anda ke creativcolor@gmail.com supaya saya boleh send mini GIFT ini.

*Buat masa ini saya ada 10 mini GIFT sahaja dan Insya Allah saya akan peruntukkan lebih banyak mini GIFT untuk pembaca CreativCOLOR.BLOG

Para PEMBACA