Saturday, December 31, 2011

[ LOGO ] : Branding ID untuk Cuppacake B'Licious

Alhamdulillah, ramai kawan-kawan CC sudah mula memberi peluang kepada CC untuk menghasilkan projek-projek kreatif untuk mereka. Disini CC ingin paparkan satu lagi "Sneak Preview" Logo Branding yang dihasilkan untuk Cuppacake B'Licious


Buat masa sekarang logo branding ini masih lagi dalam proses pemilihan.. dan harap awal bulan depan kita boleh lihat branding rasmi untuk Cuppacake B'Licious. :)

[ My Google Keyword ] : Logo Branding Cuppacake B'Licious

Entri penutup tahun 2011

Assalamualaikum dan terima kasih kepada kalian semua yang selama ini telah banyak menyokong CC, memberi tunjuk ajar, pandangan dan pelbagai input dan pengalaman yang berguna buat CC untuk terus berada dibidang kreatif ini dan terus kekal menulis. Ini adalah entri khas bagi menutup tirai 2011 dan selepas ini akan CC akan terus meneruskan perjuangan di tahun yang baru dan harap dapat menimba pelbagai lagi ilmu dan pengalaman lain di tahun mendatang. Apa pun 2011 telah meninggalkan banyak kenangan pahit manis buat CC dan sebelum menjelang tahun baru 2012 ini CC ingin menambil kesempatan untuk menoleh sejenak apa yg telah dicapai selama ini dan akan membuatkan CC terus kehadapan..


1. CreativCOLOR in Vectorise.Net

*screenshot forum vectorise

*kad ahli rasmi vectorise.net

Diam tak diam sudah lebih setahun CC menjadi ahli forum Vectorise.Net dan disamping mendapatkan bantuan dan info, CC juga diberi peluang untuk membantu yang lain dan CC amat berbangga dan berterima kasih kepada tuan punya web dan ahli-ahli forum yang lain kerana memberi kepercayaan kepada CC menjadi Global Mod. Sesungguhnya sumbangan yang CC berikan masih kecil dan CC akan cuba untuk tingkatkan lagi kualiti servis CC.

Laman Vectorise.net telah menjadi idola dan "influence" buat CC untuk terus aktif di dunia kreatif dan blog.

Arigato Vectorise!




2. CreativCOLOR as a Nuffnanger

*jumlah kutipan iklan nuffnang

Walaupun sudah setahun mempunyai akaun Nuffnang, tapi CC masih belum pernah merasa membuat tuntutan bayaran dari laman pengiklanan blog Nuffnang ini. Mungkin traffic pelawat blog CC tidak sesibuk laman blog hiburan atau awek-awek panas yang lain. Namun motif CC yang sebenar bukanlah untuk menjadi popular seperti mereka tetapi cukuplah sekadar menyumbang ke arah industri kreatif dan menyampaikan info.

Namun begitu akaun Nuffnang CC masih menjana pendapatan walaupun sedikit dan ia membuatkan CC bersemangat untuk melihat akan perubahan positifnya kelak.. Harap-harap tahun 2012 boleh tuntut cek Nuffnang!




3. CreativCOLOR Branding

 
*sketch asas logo rasmi CC

Bagi mengekalkan CC terus bernyawa dalam bidang kreatif yang serba mencabar ini, perancangan adalah amat penting disamping berusaha keras dengan apa yang telah dirancang. Jadi satu branding perlu diwujudkan bagi memudahkan CC dikenali dengan lebih cepat dan dengan itu terhasillah lakaran seperti diatas dimana ia akan digunakan sebagai Logo rasmi untuk CC. Namun begitu sehingga sekarang CC masih belum tentukan satu logo FINAL yang akan CC gunakan untuk semua produk CC.. Ini lah sukarnya. Selalunya CC menghasilkan logo untuk orang lain.. tetapi untuk diri sendiri CC belum boleh tentukan kerana terlalu memikirkan kesesuaian kegunaannya untuk segala benda. Insya Allah Lamanweb rasmi CreativCOLOR.net akan dilancarkan pada tahun hadapan bagi menandakan bermulanya branding CC.





4. CreativCOLOR Fanpage


*Fanpage CreativCOLOR

Setelah sekian lama membangunkan blog, kini sudah tiba masanya CC masuk kepada fasa promosi dan pemasaran dengan menggunakan kepantasan Facebook Fanpage. Bukannya CC tidak mahu buat awal-awal tetapi rasanya belum sampai masa untuk membuka fanpage ketika itu. Kini CC akan cuba gunakan kekuatan promosi pemasaran facebook fanpage yang dikatakan sangat berkesan itu. Mari kita cuba di 2012 nanti!




5. CreativCOLOR BLOG


*COLOR HARMONY : A Guide to Creative Color Combinations

Pelbagai entri yang telah dipaparkan ke dalam blog ini, dari hasil kerja dahulu, kini, dan juga info-info untuk tatapan pengunjung blog ini. CC sangat berterima kasih pada mereka yang sudi meninggalkan komen dan menjadi pembaca (follower blog) CC dan berkemampuan menguruskan laman blog ini adalah pengcapaian CC yang terbaik dalam hidup CC dan sgt sayang pada blog ini. Jadi apakah hala tuju blog ini di tahun 2012? Insya Allah jika ada kelapangan nanti CC akan menulis entri-entri yang lebih berkaitan tentang warna seperti mana yang terkandung dalam buku yang menjadi rujukan CC selama ini.

Dengan ini CC akhiri entri 2011 ini dengan ucapan "Selamat Tahun Baru 2012" buat semua!

Potret Karikatur Vektor oleh Fqemo Design

 

Adakah anda berminat untuk melihat wajah anda dikarikaturkan seperti potret CC seperti diatas? Ok disini CC nak promo kan sedikit kemahiran yang ada pada salah seorang rakan CC iaitu En.Fqemo dimana beliau membuat freelance mem-vektor-kan wajah anda dalam bentuk karikatur seperti diatas. Harga yang dikenakan amatlah berpatutan dan bukan sahaja karikatur anda diemailkan pada anda tetapi juga hardcopy berbentuk PRINT OUT bersaiz A3 akan dipos kan kerumah anda. Macamana? Berminat? Jika anda berminat boleh lawati laman blog beliau di http://www.fqemo.blogspot.com

Untuk pengetahuan anda, En.Fqemo mempunyai pengalaman yang agak tinggi dalam bidang penghasilan logo dan setakat ini belaiu sudah trace semula lebih dari 400 logo yang telah beliau muat-naik kan (upload) di laman web himpunan logo Vectorise.net .Beliau juga menerima tempahan design seperti saya. Iaitu membuat kad nama, flyers, banner, khidmat trace logo dan pelbagai produk berkaitan design dan printing.

Mungkin ada yang hairan kenapa CC mempromosikan orang yang boleh dikatakan menjadi saingan (competitor) kepada CC dalam bidang ini, tapi bagi CC rezeki Allah itu luas.. dan kami punyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza dari setiap sudut. Jadi tidak salah rasanya CC mempromosikan rakan seperjuangan. :)

[ My Google Keyword ] : Karikatur Potret Vektor Vector Fqemo Simply Design

[ LOGO ] : Woot Stud.E.Owh Logo Design Contest


Baru-baru ini CC dapat jemputan untuk sertai pertandingan mencipta logo Woot Stud.E.Owh. Info contest ini boleh lah anda lihat di facebook mereka di laman Facebook Woot Stud.E.Owh

Ini adalah hasil logo yang CC hasilkan untuk pertandingan itu..





Sila la "LIKE" jika ingin melihat logo ini menang pertandingan itu ye..

[ My Google Keyword ] : Pertandingan Cipta :ogo Woot Stud.E.Owh Logo Design Contest | Character Design | Adidas Panda Shoe

[ STICKER ] : The Smurfs Project

Baru-baru ni CC dapat buat satu project yang best iaitu menghasilkan sticker The Smurfs untuk dilekatkan pada dinding. Projek ni kawan CC yang bagi dan saya sangat teruja untuk menghasilkannya.. ianya mengambil masa 3 hari untuk menyiapkannya bermula dari proses mencari grafik, tracing, cutting dan finising.

Ini dia hasil projek tersebut


Ini pula gambar yang CC pinjam dari facebook tuan punya sticker..




*almari smurfs..





*dinding smurfs


[ My Google Keyword ] : Wall Sticker Dinding The Smurfs Wall Stickers

Saturday, December 24, 2011

[ LOGO ] : An Nur Gallery LOGO & TAGLINE CONTEST

Anda berbakat? Kreatif? Jomm sertai 'LOGO & TAGLINE CONTEST' yang dianjurkan oleh An Nur Gallery iaitu sebuah kedai hijab. Terbuka hanya untuk warganegara Malaysia & berumur 18 tahun keatas. Boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu asalkan ia berlainan. Pemarkahan berdasarkan 50% 'LIKE' tertinggi & 50% lagi dari juri yg dilantik (Jadi peluang untuk mereka yang tak pandai design pun masih cerah untuk menang).

Tarikh Mula menghantar penyertaan : 19/12/2011
Tarikh Akhir menghantar penyertaan :16/01/2012
Tarikh Tutup 'LIKE' :18/01/2012
Tarikh Umumkan Pemenang : 20/01/2012

Maklumat lanjut klik sini

Sebenarnya CC pada mulanya sudah malas nak sertai pertandingan yang berdasarkan LIKE di FB ni... sebab sudah tentu kesudahan keputusan pemenang akan jadi tak masuk akal.. mana tidaknya LIKE paling banyak baru boleh menang.. macamana dengan kreativiti? Pada kebiasanya pertandingan logo sebegini diadili berdasarkan kreativiti dan idea bernas untuk sesuatu logo itu..

apa-apa pun ini dia logo yang CC hasilkan untuk pertandingan tersebut. Kali ini CC tidak akan meminta kawan-kawan LIKE logo CC.. biarkan saja orang yang suka VOTE logo CC.. lagipun CC bukan target nak menang pun..



 

[ My Google Keywords ] : Logo Design Hijab Online Shop

Monday, December 19, 2011

[ STICKER / LOGO ] : Paintball Crew


Sebenarnya logo ini tiada sesiapa yang tempah.. tapi CC saja suka-suka design untuk ditambah kedalam koleksi CreativColor StickaWorks.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan logo ini sebagai Logo untuk Team Painball anda, bolehlah hubungi saya di facebook : CreativColor untuk berbincang mengenai spesifikasi yang ingin diubah contohnya warna,tulisan atau apa-apa penambahan pada logo..

[ My Google Keyword ] : akatsuki paintball crew | pink angel paintball crew logo sticker decal design

Monday, December 12, 2011

[ T-Shirt DESIGN ] : Club Jiwa Luka

Design T-Shirt untuk sebuah Group di Facebook. Semalam ada ahli group ini mencadangkan agar diadakan T-Shirt untuk group yang diberi nama Club Jiwa Luka. Jadi CC membantu mereka menghasilkan contoh design sebelum dipersetujui untuk cetakan. Design macam ini boleh??



*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Sunday, December 11, 2011

Gathering ke 4 Vectorise.net

Gathering ke 4 Vectorise.net

Harap masih belum terlewat sekiranya CC canangkan tentang Gathering Komuniti Vectorise (Komuniti yang ingin mengumpulkan dan menyatu padukan pereka grafik dan pekerja bidang industri kreatif di Malaysia). Macam-macam usaha telah dilakukan dalam membangunkan komuniti dan antara aktiviti yang dilakukan adalah :

~ Merekacipta logo Komuniti Vectorise
~ Merekacipta slogan Komuniti Vectorise
~ Perjumpaan tidak rasmi sesama ahli
~ Memberikan projek kreatif sesama ahli
~ Khidmat trace & design logo

dan macam-macam lagi perancangan untuk memantapkan lagi komuniti ini.

Jadi CC ingin menjemput para designer yang berminat untuk menyertai Gathering Komuniti Vectorise ke4 supaya kita dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita dan memperoleh lebih banyak manfaat memandangkan kita dalam industri yang sama.


Sila ke Forum Vectorise.net untuk maklumat terkini.

[ LOGO ] : Echo Boomerz Enterprise

Design logo ini CC hasilkan untuk kawan CC (Saiko Nadia Ismail) yang mengusahakan bisnes percetakan baju. Saja nak tolong kawan-kawan buat branding sendiri manalah tahu suatu hari nanti bisnes beliau maju dan terkenal, boleh CC tumpang glamour.. hehe

Antara logo yang dihasilkan untuk Echo Boomerz



Rasa-rasanya yang mana satu akan digunapakai sebagai logo rasmi?
Klik SINI untuk melihat logo yang digunapakai

Dikesempatan ini CC nak tolong promosikan sekali bisnes Pn.Nadia ni..
Jadi pada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat cetakan baju bolehlah mengunjungi laman facebook
Echo Boomerz Enterprise untuk maklumat lanjut.

[ My Google Keyword ] : Echo Boomerz T-Shirt Printing Logo Branding Design

[ Apa Nama FONT? ] : Poster ROCK THE WORLD 11

Sudah lama CC tidak membuat siasatan untuk segmen Apa Nama FONT? Kebetulan pula ada seorang sahabat CC Wan Hafizi Whm a.k.a Palacca bertanya tentang font yang digunakan didalam poster
Rock The World : Adrenaline. Jadi sambil membantu beliau mengenal pasti jenis font itu ada baiknya CC jadikan siasatan ini sebagai entri blog untuk rujukan semua.


Sedikit info tentang ROCK THE WORLD:


Rock The World: Adrenaline adalah edisi konsert yang kesebelas yang menjanjikan lebih kepuasan kepada peminat setianya. Bermula pada tahun 2000, Rock The World telah menjadi salah satu festival muzik terbesar di Malaysia dan tidak terkecuali pada tahun ini apabila nama-nama besar muzik indie bakal menggegar di festival yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 10 Disember 2011.


Dulu CC rajin juga ke Konsert RTW ni.. tetapi sekarang dah bersara dari "moshing" di "moshpit".


Ok sekarang mari kita semak, font yang digunakan...



Font yang digunakan bagi tajuk utama iaitu "ROCK THE WORLD" mungkin salah satu daripada 2 font yang CC jumpa ini iaitu SF Comic Script ataupun SF Fedora kerana kedua-duanya kelihatan sama dan dihasilkan oleh ShyFoundry manakala untuk tulisan Tarikh dan Venue tak berapa jelas kerana kualiti gambar yang rendah namun begitu ia mungkin menggunakan Feast of Flesh kerana saya merujuk pada laman rasmi mereka di http://www.rocktheworld.com.my

Rujukan Font:



SF Comic Script :  Download
SF Fedora : Download
Feast of Flesh : Download


[ My Google Keyword ] : Apa Nama Font Poster Rock The World 11 : Adrenaline , Muat Turun Download

Tuesday, December 6, 2011

[ Sticker ] : Harimau Malaya

Untuk Dijual...



Info Sticker:
Harimau Malaya Head Logo
4.5cm x 4.5cm
2 layer Sticker Cut (Black & Yellow)


RM3.00 per pcs


sekiranya berminat sila bolehlah email kepada creativcolor@gmail.com


atau ke laman facebook CC 


[ My Google Keyword ] : Sticker Harimau Malaya

[ KAD KAHWIN ] : Haslinda & Bahtiar

Kad undangan perkahwinan Haslinda & Bahtiar ini adalah hasil rekaan oleh adik CC. Berbakat tak beliau dalam menghasilkan kad undangan perkahwinan? Sekiranya berminat mendapatkan kad begini bolehlah emailkan kepada creativcolor@gmail.com untuk pertanyaan..



[ My Google Keywords ] : Kad Undangan Perkahwinan Kahwin Kartun Karikatur Cartoon Pink Magenta

[ KAD KAHWIN ] : Ainee Rizal

ALhamdulillah.. tidak lama lagi seorang lagi kawan CC yang akan melangsungkan perkahwinan.. CC sgt berbesar hati untuk menghasilkan kad majlis perkahwinannya...


Wednesday, November 30, 2011

[ BLOG DESIGN ] : D'Utama Homestay Bayan Lepas Pulau Pinang

Hasil akhir tempahan BLOG oleh D'Utama Homestay Bayan Lepas Pulau Pinang


Kepada mereka yang mencari tempat untuk menginap semasa berada di Pulau Pinang bolehlah layari ke laman blog dibawah untuk maklumat tempahan.

http://www.homestay-d-utama-bayanlepas-penang.blogspot.com/

Laman blog ini dihasilkan oleh CC dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat pembinaan laman blog samaada platform BLOGSPOT atau WORDPRESS boleh lah hubungi CC untuk perbincangan.

[ My Google Keyword ] : Khidmat Design Laman Blog | D'Utama Homestay Bayan Lepas Pulau Pinang

[ LOGO ] : Homestay De' MITC

Antara logo design untuk Homestay De'MITC yang terletak di Ayer Keroh Melaka.




Logo Akhir yang dipilih oleh Client.




Signboard yang telah siap..


Sekiranya anda ingin ke Ayer Keroh dan memerlukan tempat ditinggal yang selesa dan berpatutan bolehlah layari http://homestay-demitc.blogspot.com dan hubungi Cik/Puan Faridah Kamis di talian yang tertera di blog tersebut.

[ My Google Keyword ] : Logo Signboard Design Homestay De'MITC Taman Tasik Utama Ayer Keroh

Tuesday, November 29, 2011

Baru membeli Plotter sendiri.

Alhamdulilah sudah sekian lama saya mengimpikan untuk memiliki plotter sendiri akhirnya hari ini barulah saya berjaya memilikinya. Dengan adanya plotter PC-CUT PS630 ini selepas ini CC sudah boleh menghasilkan produk baru berasaskan sticker ataupun mengambil tempahan stiker dari anda.

Ini adalah rupabentuk plotter milik CC dan ruang kerja CC yang baru.



Jadi perancangan CC yang seterusnya adalah untuk menghasilkan sticker-sticker yang unik dah kreatif dengan menggunakan plotter ini...

[ My Google Keyword ] : Plotter PCCUT PS630, mesin potong sticker, sticker cutter

Wednesday, November 16, 2011

[ BizCard ] : Fatimah Enterprise

Design BizCard untuk Fatimah Enterprise. Jenis perniagaan yang dijalankan adalah mengenai barangan berasaskan kelapa dan produk utama adalah santan segar



[ My Google Keyword ] : business card , namecard

[ Kad Kahwin ] : Galaticos Design

Entri kali ini saya ingin memperkenalkan seorang rakan online saya yang juga seorang designer dan sekarang semakin serius dengan menghasilkan kad perkahwinan. Rakan yang saya maksudkan adalah Cik Galaticos.

Ini adalah contoh kad kahwin hasil tangan beliau yang telahpun disiapkan.






Untuk melihat contoh-contoh @ hasil design kad kahwin oleh Galaticos bolehlah layari


Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat rekaan kad kahwin dari beliau.. sila lah hubungi di talian yang tertera pada laman blognya

[ Sticker ] : Majlis Perkahwinan Azie & Jazmi

Semenjak kebelakangan ini BlogCC sudah seakan sepi dengan entri-entri baru. Tapi ini tidak bermakna CC sudah bosan atau malas untuk ber-BLOGGING lagi.. sebenarnya CC terpaksa mengutamakan kerja-kerja FREELANCE yang memerlukan ianya disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Jadi rasanya sekarang sudah tibalah masanya untuk CC kembali aktif mengendalikan BlogCC ini dan memuatkan entri-entri baru.

Baru-baru ini CC mendapat tempahan sticker untuk majlis perkahwinan dan ini adalah produk yang telah disiapkan...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada bakal pengantin... :)



[ My Google Keyword ] : Sticker cenderahati majlis perkahwinan

Friday, October 28, 2011

Qiesya Beauty & Spa

Baru-baru ini juga saya ada mendapat tugasan untuk membuat design advertising material bagi sebuah Spa iaitu Qiesya Beauty & Spa. Spa ini telah diambil alih dan ditukar milik dan pemiliknya menginginkan warna Oren sebagai warna tema perniagaan.
Disebabkan padat dengan tugasan-tugasan lain dan masa untuk menyiapkan advertising material ini juga amat singkat, jadi inilah yang termampu untuk saya hasilkan...


*Design Bunting


*Banner Promosi (5'x4')


*Flyers (bahagian luar)


*Flyers (bahagian dalam)

[ BANNER ] : Ucapan Deepavali

Disebabkan terlalu sibuk dan banyak perkara yang perlu diuruskan... Hari ini baru saya berpeluang untuk memuat-naik hasil kerja untuk banner Deepavali. Saya harap belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali buat semua kaum India.

Berikut adalah hasil design saya untuk banner Perayaan Deepavali.


*Banner Ucapan Deepavali Parti Gerakan


*Banner Ucapan Deepavali Parti DAP

Para PEMBACA