Sunday, December 23, 2012

[ STICKER ] : Borneo ViVAC Family Day

Sticker Cermin / Reverse Sticker / Windscreen Sticker



Jika berminat untuk mendapatkan sticker sebegini boleh hubungi CC.

Minimum Order = 100keping

[ BIZCARD ] : Neutra Sweet



Berikut adalah design idea untuk bizcard Neutra Sweet.



Setelah melalui beberapa sessi semakan (ammendments) maka hasil akhir kad adalah seperti berikut..



[ My Google Keyword ] : Bizcard kad nama perniagaan pemakanan

[ FLYERS ] : CreativCOLOR InHouse Flyers

Kini CC tidak lagi bergerak secara FREELANCE tetapi sudahpun mempunyai "Creative Team" kami sendiri. Ini bermakna CC haruslah lebih serius lagi dalam bidang ini dan perlu perkenalkan servis dan nama CC pada lebih ramai pelanggan. Dan dengan itu terhasilah FLYERS kami yang pertama!


*design flyers bahagian depan


*design flyers bahagian belakang
(harga yang dipaparkan dalam flyers ini tidak sah selepas dari tarikh yang tercatat pada flyers)

[ My Google keyword ] : Flyers Design CreativCOLOR

Baju Uniform CC yang pertama

Seperti yang pernah CC terangkan dalam entri blog sebelum ini.. CC sudahpun menubuhkan sebuah syarikat baru yang diberinama Creative Colony Sdn. Bhd.dan ini adalah Uniform kami yang pertama! Dengan bangganya Creative Colony mengekalkan Logo Branding CreativCOLOR dengan maskot sesumpahnya..

[ KAD KAHWIN ] : Nazhir & Nur Ayu

Dulu CC pernah buat satu teaser kad kahwin jawi dengan meminjam nama salah seorang sahabat CC. Kali ini CC diberi tugasan untuk menghasilkan untuk majlis yang sebenar. Tema yang dipilih adalah RED & BLACK yang SIMPLE & EKSLUSIVE.. Setelah sessi perbincangan dan brainstorming maka ini lah hasilnya..



*beliau memilih kad kahwin berkonsepkan poket dengan menggunakan
"Black Metallic Paper" & "Silver Hotstamping"


*untuk bahagian jemputan beliau memilih konsep sekeping dengan memilih
"Diamond Board Card" dan cetakan menggunakan laserjet
 


*untuk bahagian peta lokasi pula material "Tracing Paper" digunakan.
juga dicetak menggunakan laserjet


*Hasil keseluruhan tempahan

CC sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menghasilkan kad undangan untuk hari bahagia buat sahabat baik CC ini. Akhir kata.. Selamat menempuh alam perkahwinan buat Nazhir a.k.a FLIP!

[ My Google Keyword ] : Traditional Custom Handmade Wedding Card

[ BANNER ] : Jamsari Car Wash

Sudah lama CC tidak membuat kemaskini entri blog..Diam tak diam sudah masuk 3bulan blog CC bersawang. Untuk pengetahuan semua CC telahpun berpindah dari Ipoh ke Seri Kembangan,Selangor dan kini telahpun menubuhkan syarikat yang diberi nama Creative Colony Sdn. Bhd. Nanti CC akan ceritakan lebih lanjut tentang Creative Colony. Bermula dari entri ini semua karya yang dihasilkan adalah dibawah Creative Colony.
Terima Kasih kerana sudi menjenguk CC disini.. :)




[ My Google Keyword ]: Car Wash & Polish Banner Cuci Kereta

Friday, August 31, 2012

[ FLYERS ] : Bluepink Catshouse

CC bukan sahaja telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan BIZCARD bagii pihak Bluepink Catshouse, tetapi juga diberi tugasan untuk menghasilkan flyers bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat mengenai lokasi pusat penjagaan kucing Bluepink ini.


*Berikut adalah design cadangan yang CC kemukakan.

*Client mahukan foto kucing dimasukkan kedalam flyers.

*Design ini menjadi pilihan.




*hasil sesudah dicetak.



[ My Google Keyword ] : Contoh design flyers kedai penjagaan kucing Bluepink Catshouse

[ BIZCARD ] : Bluepink Catshouse


Projek bizcard yang CC terima kali ini adalah berbeza dari sebelum ini.. Kali ini CC diberi tugasan untuk menghasilkan bizcard untuk perniagaan Penjagaan Kucing. Berikut adalah design yang CC hasilkan untuk pemilik kedai iaitu Pn.Maisara Hussin



*Pada mulanya CC kemukakan konsep single side design begini



*Client meminta CC hasilkan design double side




*Design yang terakhir dipilih dan masuk ke proses percetakan.


 [ My Google Keyword ] : Contoh design bizcard business card kad nama kedai penjagaan kucing

[ STICKER ] : Suffer8Zine Territory






Sticker yang ditempah oleh Suffer8Zine Territory. Sticker ini digunakan sebagai freegift kepada pembaca website/blog mereka.

[ My Google Keyword ] : Sticker Label Freegift Freebies Suffer8Zine Territory

[ LOGO ] : Arlip Stunt Riders


CC mendapat satu lagi projek rebranding dimana CC diberi contoh sketch LOGO dan CC perlu memperkemaskan lagi logo sedia ada sebelum ianya dijadikan sticker.
Arlip Stunt Riders adalah sebuah organisasi yang sering membuat pertunjukan STUNT dan pernah terlibat dalam produksi penggambaran .

Berikut adalah hasil design yang dijadikan sticker.

[ My Google Keyword ] : Arlip Stunt Riders logo sticker.

Terpilih antara pemenang LOGO MERDEKA versi KUKUBESI

Sebulan yang lalu komuniti pereka (designer) telah digemparkan dengan pemilihan logo kemerdekaan yang telah dikatakan sebagai mencabar dan menghina kredibiliti pereka-pereka (grafik khususnya). Logo yang telah diluluskan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah menimbulkan kemarahan kerana ia seperti memperlekehkan kebolehan yang ada pada pereka tempatan dan logo yang dipilih sebagai logo rasmi itu (sila google "Logo 1 Malaysia 55 Merdeka Janji Ditepati") tidak mencapai tahap kelayakan atau standard untuk dijadikan logo apatah lagi untuk digolongkan didalam kelompok LOGO KEMERDEKAAN NEGARA.

Sehubungan dengan itu terdapat banyak bantahan yang disuarakan pelbagai pihak dan KUKUBESI MANIPULASI adalah salah satu daripada mereka yang menganjurkan pertandingan bagi memilih visual atau LOGO tidak rasmi untuk Hari Kemerdekaan ke 55.

Terdapat lebih 500 karya yang dihantar kepada pihak KUKUBESI dan Alhamdulillah, logo rekaan CC tersenarai dalam kelompok 20 penyertaan terbaik.

Berikut adalah keputusan yang menyenaraikan logo rekaan CC

Berikut pula adalah logo-logo yang CC hantar kepada pihak KUKUBESI








Ini pula logo rekaan CC yang berbeza dari tema retro yang dianjurkan KUKUBESI


Jika dilihat dari sudut positif, isu ini sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan dimana orang ramai mula sedar betapa pentingnya penciptaan logo yang dahulunya tidak begitu dititikberatkan oleh masyarakat.
Semoga MINDA kita akan lebih MERDEKA selepas isu ini.
[ My Google Keyword ] : Logo Hari Kemerdekaan 55 Tahun Versi KUKUBESI


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55



Hari ini adalah 31 Ogos 2012 dan dikesempatan ini CC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 buat semua rakyat Malaysia dan pembaca blog CC khasnya. Kepada mereka yang mengikuti perkembangan blog CC mungkin dapat merasakan bahawa entri blog CC agak sepi kebelakangan ini. Ini kerana CC agak sibuk untuk menyiapkan tempahan-tempahan yang semakin memberansangkan dan CC bersyukur kerana semakin ramai yang berminat dengan khidmat design CC.

InsyaAllah selepas ini CC akan paparkan kerja-kerja yang telah CC siapkan semasa CC menyepikan dari dari menulis entri blog.

Semoga Kemerdekaan yang kita capai sehingga ke hari ini dapat diselami erti dan maknanya dan bukan semata-mata hanya dengan laungan MERDEKA! MERDEKA MERDEKA!

Sekian.


Wednesday, July 18, 2012

[ LOGO ] : Floral Daisy Boutique

Projek logo yang CC terima kali ini adalah untuk sebuah butik pakaian yang baru dibuka. Sebelum ini pemilik butik ini meniaga secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam dan Alhamdulillah dengan berkat usaha,kesungguhan dan kesabaran mengharungi dunia perniagaan pakaian akhirnya pemilik ini berjaya membuka butik sendiri yang diberi nama Floral Daisy Boutique. CC amat berbangga kerana dapat menghasilkan untuk beliau dan berharap agar perniagaan beliau terus maju. Amin..

Berikut adalah proses penghasilan logo untuk Floral Daisy Boutique.

Seperti biasa setelah client memasukkan deposit sebagai tanda bersetuju dengan
harga servis, maka CC kemukakan design logo dalam tempoh yang dijanjikan.
3 logo design unik dikemukakan


Kemudian client memilih konsep logo no.3 tetapi meminta CC mengolah sedikit supaya lebih mudah dibaca. Jadi CC kemukakan 2 lagi rekaan logo.


Tetapi client lebih sukakan konsep awal yang dikemukan dan cuma mahukan supaya ia tidak terlalu bersambung. Jadi CC olah semula menjadi seperti ini.


Saturday, July 7, 2012

[ DOWNLOAD ] : Ramadhan Khat

Ramadhan hampir tiba.. pasti ada yang memerlukan vector khat Ramadhan untuk kerja-kerja design bulan ni. Ini dia CC berikan freebies untuk semua pengunjung BlogCC.

Ramadhan wording dengan pattern bertulis Alhamdulillah dibelakangnya...



[ My Google Keywords ] : Free download khat ramadhan vector eps

[ STICKER ] : CA Garage

Sticker yang ditempah oleh CA Garage. Sticker ini digunakan sebagai freegift kepada pelanggan yang membeli "sparepart kereta" yang dijual oleh CA Garage.


Sticker yang sudah siap dibungkus untuk penghantaran



[ My Google Keyword ] : CA Garage stickers

[ LOGO ] : Hotwheels Collectors Ipoh

Design logo untuk kelab pengumpul kereta Hotwheels Ipoh/Perak.


Design logo ini telah dijadikan sebagai sticker untuk diagihkan kepada ahli kelab.


[My Google Keyword] HWCI Hotwheels Collectors Ipoh logo design

[ LOGO ] : Pusat Tuisyen Caliph

Projek logo yang CC dapat kali ini adalah berkaitan dengan pendidikan. CC diminta menghasilkan logo untuk sebuah pusat tuisyen yang diberinama Pusat Tuisyen Caliph dan dalam logo ini wajib mempunyai cogan kata "Everyone Can Score A Now". Berikut adalah logo yang CC kemukakan kepada client.


Dan akhirnya klien memilih logo ini sebagai logo rasmi Pusat Tuisyen Caliph.

 

[ My Google Keyword ] : Contoh design logo pusat tuisyen kolej

Sunday, June 3, 2012

[ BIZCARD ] : Fazdlan Enterprise

Design bizcard untuk Fadzlan Enterprise.
Client mahukan design yang "clean,simple & nice". Jadi CC kemukakan design berikut.



Kemudian client memilih konsep design 1 dengan sedikit perubahan maklumat.



[ My Google Keyword ] : black clean simple and nice business card bizcard design

Para PEMBACA