Sunday, April 24, 2011

[ Apa Nama Font ] : Maharaja Lawak

Demam lawak sedang melanda seluruh negara dengan kemunculan MAHARAJA LAWAK, satu lagi program realiti lawak hasil dari himpunan finalis-finalis dari pertandingan RAJA LAWAK ASTRO dari musim 1 hingga 5. Rancangan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna muncul megegarkan skrin TV anda pada setiap Jumaat bermula jam 10.00 malam itu pastinya akan membuatkan anda semua ketawa tak kering gusi.

Jadi untuk segmen Apa Nama Font kali ini saya akan infokan kepada anda semua apakah font untuk Title LOGO MAHARAJA LAWAK. Jom kita semak!!



Rujukan Font : http://new.myfonts.com/fonts/urw/copperplate/t-bold/



[ My Google Keyword ]: font maharaja lawak

Banting PEMAKANAN

Sudah menjadi trend pada masa kini bagi kebanyakan peniaga-peniaga dari industri pemakanan mempromosikan produk-produk mereka dengan menggunakan medium banting. Permintaan untuk banting seperti ini semakin meningkat dan mendapat tempat perhatian ramai peniaga-peniaga dalam melariskan jualan mereka dan strategi ini dianggap telah berjaya menarik perhatian dimata pembeli.

Disini saya paparkan lagi beberapa design banting yang dikategorikan dalam bidang pemakanan.





*Design Bunting Sri Ayuni Enterprise





*Design bunting untuk RJJ ROTI JOHN





[ My Google Keywords ] banting roti john banting bahulu banting rempeyek banting kuih bakar banting pemakanan

Monday, April 18, 2011

Design Stiker Kereta VIVA

Apabila saya melihat pada statistik kata kunci pengunjung yang singgah ke blog saya, saya mendapati banyak kali perkataan "stiker kereta" tertera sebagai kata kunci carian yang membuatkan pengunjung singgah ke blog ini. Jadi saya hasilkan beberapa design sticker kereta Perodua VIVA untuk tatapan anda.

[ My Google Keywords ] : design sticker kereta viva

Saturday, April 16, 2011

Selamat Datang : BILLBOARD

Design billboard Selamat Datang ke Kuala Kangsar - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

[ My Google Keywords ] : design billboard selamat datang

[ Apa Nama FONT? ] : FACEBOOK




*Video Typography Facebook


Saya yakin pastinya ramai dikalangan anda yang mempunyai akaun FACEBOOK.Sama ada menggunakannya untuk mencari kawan lama, bersosial dengan kawan baru ataupun berniaga.
Untuk entri segmen APA NAMA FONT? kali ini mari kita siasat apakah font yang digunakan pada logo laman sosial kepunyaan En.Mark Zuckerberg ini.

Berikut adalah beberapa font yang tersenarai sebagai font paling hampir dengan logo FACEBOOK...




5. Linotype Ergo Bold


6. The Sans Extra Bold



7. Vecta Bold

*Walaupun font ini ianya agak jauh berbeza tetapi agak menarik juga font ini jika dijadikan sebagai logo FACEBOOK.

Selepas siasatan demi siasatan akhirnya Klavika Bold dapat menjawab segala persoalan tentang font FACEBOOK yang dicari-cari selama ini.


Sebenarnya logo FACEBOOK adalah "custom made" dan tidak ada sebarang font yang sama dengan logo tersebut.

Ini buktinya! --> DESIGNER LOGO FACEBOOK


Ingin download font Klavika? Tekan butang download dibawah.




Kredit pada sumber rujukan
- Yahoo Answer
- Ask Metafilter
- Typohile
- Identifont
- Fontyukle (Download provider)
- Lucasfont

[ My Google Keyword ] : facebook font | nama font facebook

Friday, April 15, 2011

Bunting Sofinur ENTERPRISE

Alhamdulillah, rezeki saya mmg murah apabila selepas mendapat tempahan bisnes kad, SOFINUR ENTERPRISE menempah bunting pula. Ini adalah 2 design bunting yang saya design untuk syarikat tersebut dan saya harap dapat menerima lebih banyak lagi tempahan dari SOFINUR atau pun syarikat-syarikat lain.
My Google Keywords ] : design bunting katering banner katering banting katering

Thursday, April 14, 2011

Design  T-SHIRT zaman DULU-DULU

Design T-SHIRT zaman DULU-DULU

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda antara design karektor yang bertujuan untuk percetakan T-Shirt yang pernah saya design pada tahun 2007. Pada mulanya saya ingin terjun ke bidang percetakkan T-Shirt tapi disebabkan tiada asas dalam bidang ini dan tiada pula SIFU @ tok guru yang sudi mengajar, jadi saya tangguhkan dulu minat ini.

Berikut adalah antara design T-shirt saya..







Setelah bertanya serba sedikit kepada kawan-kawan.. barulah saya tahu design yang semacam ini amat sukar untuk dihasilkan menggunakan teknik SILKSCREEN tetapi boleh dihasilkan dengan menggunakan cara HEATPRESS.

Amyaifa Enterprise : SIGNBOARD


Ini adalah close-up untuk design signboard bagi sebuah kedai Hamper dan Hadiah yang terletak di Kuala Kangsar. Dalam tugasan ini saya perlu mengikut konsep seperti yang terdapat pada bisnes kad pemilik dan inilah hasilnya...



*Design Versi Purple Pink



*Design Versi Coco Cream

[ My Google Keyword ] : gift & hamper signboard design


Beyond Auto Arena : BISNES KAD

Design Bisnes Kad untu Beyond Auto Arena. Sebuah pusat aksesori kereta dia Chemor.


*Design Depan


*Design Belakang

Wednesday, April 13, 2011

Bunting PELANCONGAN

Bunting ini sudah lama saya design cuma tak berkesempatan untuk memuat-naik dan memaparkannya didalam BLOG CC. Bunting bekonsepkan pelancongan dan paling mencabar dalam tugasan ini adalah untuk menaip didalam tulisan tamil. Jika anda ingin tahu bagaimana untuk menaip dalam tamil untuk design anda.. tunggu entri yang akan datang dimana saya akan menyentuh tentang cara-cara menaip dalam bahasa tamil pula.


Monday, April 11, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Rango The Movie

Kepada anda yang sudah menonton filem animasi RANGO suara lakonan Johnny Deep ini saya ucapkan TAHNIAH! Dan kepada yg hanya dapat melihat trailer dan posternya sahaja jangan kecewa kerana saya akan beritahu pada anda dimana untuk download font RANGO yang sangat cantik ini...

dan nama font ini ialah....



Download RANGOTHEMOVIE Font

[ My Google Keywords ] : font used in Rango Movie | font Rango

Friday, April 8, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Kotak Tisu PREMIER

Entri ini dibuat khas untuk seorang sahabat saya yang bertanyakan kepada saya mengenai font kotak tisu berjenama PREMIER dan saya ingin mengucapkan terima kasih pada beliau (En.Fqemo) kerana diatas pertanyaan itu saya dapat menambah informasi kedalam BLOG CC dan diharap entri-entri sebegini dapat dijadikan rujukan buat anda semua.

Paparan dibawah akan menjawab persoalan yang diutarakan itu..



Rujukan Font:

Avantgarde : http://new.myfonts.com/fonts/adobe/itc-avant-garde-gothic/
Futura Bd Cn BT : http://www.eaglefonts.com/futura-bdcn-bt-bold-ttf-19805.htm
Caflish Script Pro : http://new.myfonts.com/fonts/adobe/caflisch-script/regular/
Futura Hv BT : http://www.eaglefonts.com/futura-hv-bt-heavy-ttf-19848.htm

DOWNLOAD : Futura Font Family

[ My Google Keywords ] : premier box tissue font

Thursday, April 7, 2011

[ InfoDESIGN ] : Istilah Crossed W?

Crossed W (huruf W bersilang) adalah terma atau istilah yang digunakan bagi merujuk kepada huruf W yang bersilang yang terdapat pada sesetengah font. Terdapat banyak font yang mempunyai huruf Crossed W didalam setnya tetapi kebanyaknnya Crossed W hanyalah terdapat pada Capital Letters@Huruf Besar sahaja. Disini saya senaraikan beberapa font yang mempunyai Crossed W dan senarainya akan saya tambah dari masa ke semasa.

Jika anda mengetahui jenis font yang mempunyai karektor Crossed W bolehlah tinggalkan komen dibawah untuk dikongsi bersama.

Berikut adalah senarai font yang mempunyai karektor Crossed W:










Saturday, April 2, 2011

Wajah Baru BLOG CC

Kini blog CreativCOLOR : Bicara Idea & Medium Kreatif telah pun berwajah baru dan dengan ini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada design BLOG CC untuk bulan Mac yang lalu...



ARIGATO GOZAIMAS ~ SAYONARA....

Bermula April 2011 BLOG CC akan menggunakan design ini dan saya menghabiskan masa selama 4hari dalam penghasilannya. Saya sudah lama berminat dalam pembinaan laman web dan saya dapati pembinaan blog yang di-platform-kan oleh BLOGGER BLOGSPOT (Google) ini sangat popular dikalangan blogger Malaysia. Jadi saya mengambil inisiatif untuk mempelajari serba sedikit cara-cara meng-edit code BLOGGER dan Alhamdulilah usaha selama 4 hari telah membuahkan hasil dan kini saya sudah boleh merekacipta design blog sendiri.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat design blog.. Sila klik pada menu SERVIS

Design BLOG CC bermula April 2011...



Friday, April 1, 2011

Bisnes Kad : Sofinur ENTERPRISE

Berikut adalah design namecard untuk SOFINUR ENTERPRISE, sebuah syarikat katering. Kepada mereka yang tinggal sekitar Ipoh bolehlah menghubungi nombor yang tertera pada design namecard ini jika inginkan servis katering.









[ My Google Keywords : design namecard katering ]

Para PEMBACA