Monday, April 23, 2012

[ LOGO ] : Delicious Homemade Bakery

Design Logo ini diberi secara percuma sebagai terima kasih kepada "returning customer" (Cik Annie).
Logo ini digunakan untuk labelling dalam produk bakeri milik Hijrah Mashyur



Logo ini telah digunakan untuk..

 
Bizcard

  
Labelling Sticker

  
 TQ Tag 


 
  Keseluruhan Tempahan

[ LOGO ] : Entri Pertandingan Logo I Luv Islam - Konsep 3

 

Penerangan Logo

Muka Taip Logo:
Muka taip bertulis "I Luv Islam" dihasilkan secara bulatan dan berterusan (continous ambigram design)
melambangkan cinta terhadap Islam yang berterusan.

Pemilihan Tagline:
"Inspiring the ummah" adalah tagline yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
dan diinspirasi dari seni khat kufi. Kedudukan Tagline diletakkan didalam bentuk Hati membawa
maksud Cinta terhadap Islam dapat memberi inspirasi pada semua.


Pemilihan Konsep Warna:
Hitam,Merah dan putih adalah konsep warna yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Bentuk:
Elemen Hati atau "heart/love" adalah konsep bentuk yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Konsep Logo:
Menggunakan konsep logo "Combination Marks" dimana ianya menonjolkan simbol dan perkataan dalam satu logo.

Fungsi Tambahan Logo:
~ Sesuai dijadikan watermark
~ Sesuai dijadikan produk untuk jualan seperti sticker/keychain/fridge magnet/t-shirt
~ Boleh digunakan untuk letterhead
~ Boleh dijadikan label untuk pelbagai produk keluaran "I Luv Islam"
~ Boleh dijadikan sebagai "Rubberstamp"

[ LOGO ] : Entri Pertandingan Logo I Luv Islam - Konsep 2

 

Penerangan adalah seperti berikut

Muka Taip Logo:
Muka taip bertulis "I Luv Islam" adalah di inspirasikan dari Khat Kufi iaitu  salah satu cabang seni kaligrafi Islam.

Pemilihan Tagline:
"Inspiring the ummah" adalah tagline yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Konsep Warna:
Hitam,Merah dan putih adalah konsep warna yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Bentuk:
Elemen Hati atau "heart/love" diolah menjadi huruf V dan ditambah dengan efek "glossy"
bagi menonjolkan konsep kecintaan.

Pemilihan Konsep Logo:

Menggunakan konsep minimalism dengan mengekalkan "mood" logo asal dan menjaga "BRANDING"
I Luv Islam.

Fungsi Tambahan Logo:
~ Masih sesuai digunakan sebagai pengganti header laman web rasmi
~ Juga sesuai dijadikan watermark
~ Sesuai dijadikan produk untuk jualan seperti sticker/keychain/fridge magnet/t-shirt
~ Boleh digunakan untuk letterhead
~ Boleh dijadikan sebagai abel untuk pelbagai produk keluaran "I Luv Islam"

[ LOGO ] : Entri Pertandingan Logo I Luv Islam - Konsep 1

 

Penerangan logo adalah seperti berikut

Muka Taip Logo:

Muka taip bertulis "I Luv Islam" (seperti syarat ditetapkan) adalah di inspirasikan dari Khat Kufi dan diolah sedikit untuk menonjolkan bentuk kubah masjid dimana masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah tapi juga dijadikan pusat pentadbiran dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di zaman Rasulullah.

Pemilihan Tagline:
"Inspiring the ummah" adalah tagline yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Konsep Warna:
Hitam, Merah dan Putih adalah konsep warna yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Bentuk:
Elemen Hati atau "heart/love" juga adalah ditetapkan oleh penganjur bagi mengekalkan
penjenamaan asal Iluvislam.com.

Pemilihan Konsep Logo:

Konsep ambigram digunakan dalam logo ini bagi menyampaikan maksud Islam tetap agama sama dan adil walau dipandang dari persepsi siapa dan dimana sekalipun. Ambigram menjadikan logo ini boleh dilihat secara terbalik tetapi tetap kelihatan sama.

Cadangan Tambahan:
Elemen hati atau "heart/love" diwarnakan dengan warna hijau (warna yg tidak termasuk dalam syarat pertandingan) bagi melambangkan Kecintaan terhadap Islam dan Islam adalah agama syumul yang aman. 

Pertandingan mencipta logo baru I LUV ISLAM.com

Baru-baru ini CC telah di TAG oleh seorang kawan di facebook memberitahu mengenai satu pertandingan mencipta logo. CC agak teruja melihat hadiah menanti pemenang. Siapa yang tidak mahukan SAMSUNG GALAXY NOTE...? Tapi apapun tujuan utama CC memasuki pertandingan ini bukan kerana hadiahnya, tetapi kerana ada sebab yang lebih bermakna untuk CC.

 

Entri logo CC adalah seperti berikut

[ LOGO ] : Penyertaan untuk Pertandingan Reka logo Balloon Artist

Berikut adalah entri CC untuk pertandingan mereka cipta logo Balloon Artist. Sila rujuk blog entri ini untuk info.
  
[ My Google Keyword ] : Logo Design Balloon Artist

Wednesday, April 11, 2012

Segmen Inspirasi  Warna

Segmen Inspirasi Warna

Jika anda mengikuti perkembangan Blog CC pastinya anda sedar bahawa entri-entri CC terbahagi kepada beberapa segmen. Antara segmen yang ada dalam blog CC adalah "Apa Nama Font","Info Design","Tutorial","Promo" dan "Freebies". Kali ini CC akan tambahkan lagi segmen yang CC beri nama Inspirasi Warna. Buat permulaan CC akan muatkan dahulu entri skema warna susunan CC sendiri dan insya Allah dimasa akan datang CC akan muatkan juga inspirasi warna dari designer lain yang CC rasakan menarik untuk dikongsi.

Skema warna sejuk yang CC namakan "She Is Mint Series"..


She Is Mint


She Is Mint II


She Is Mint III


She Is Mint IV


She Is Mint V

Wednesday, April 4, 2012

Pertandingan "MOO + COLOURlovers : Business Card Design"

Pertandingan "MOO + COLOURlovers : Business Card Design"

2 minggu yang lepas CC agak sibuk dengan beberapa aktiviti dan kerja luar sehinggakan kurangnya masa untuk membuat design apatah lagi hendak memasukkan entri blog. Tapi kali ini CC luangkan sedikit masa untuk membuat satu entri baru dan InsyaAllah selepas ini CC akan menambah segmen baru dalam blog CC lebih memfokus kepada topik warna.

Sebagai permulaan segmen, CC ingin promo terlebih dahulu pertandingan "MOO Card Design Contest" Anjuran Moo.com dengan bantuan COLOURlovers.com pertandingan ini bermula 3 April 2012 dan tamat pada 8 April 2012.

Berikut adalah entri oleh CC. Sekiranya anda suka pada pallet warna dari CC.. silalah klik "LOVED" :)



Para PEMBACA