Tuesday, February 28, 2012

Tips pilihan warna yang sesuai untuk bilik anda

Buat mereka yang sedang mencari-cari warna yang sesuai untuk mengecat bilik, disini CC kongsikan tips pemilihan warna yang sesuai untuk setiap sudut di rumah anda..


Psikologi warna

Tempat | Warna | Psikologi


Pejabat : Biru : Warna yang paling produktif
Bilik Tidur : Hijau : Warna ketenangan dan kesihatan
Bilik Perempuan : Merah Jambu : Warna kehangatan dan menenangkan
Dapur : Kuning : Warna yang menaikan metabolisma,menceriakan suasana dan memberikan tenaga
Ruang Tamu : Lavender : Warna yang menenangkan saraf dan berehat
Ruang Makan : Merah : Warna yang menaikkan selera makan

[ LOGO ] : PMC - Postal Motoring Club

Projek logo ini diberikan kepada CC oleh Admin BicaraHati.com.Terima Kasih kerana memilih CC untuk menghasilkan logo untuk kelab permotoran anda..

Walaupun client memberi bajet yang kecil untuk projek logo ini namun CC cuba menghasilkan seberapa banyak logo yang boleh untuk dipilih pihak client mengikut spesifikasi yang dinyatakan oleh pihak client.

Berikut adalah logo yang CC hasilkan untuk pilihan mereka...




dan logo akhir yang dipilih adalah...


Monday, February 27, 2012

[ TUTORIAL ] : Cara menggunakan Photoshop Action

Mungkin ramai dikalangan anda yang biasa menggunakan Photoshop tetapi tidak sedar akan kewujudan Photoshop Action. Kepada yang sudah tahu dan mahir menggunakan Action.. Tahniah CC ucapkan. Kepada mereka yang masih tidak tahu apa itu Photoshop Action disini CC terangkan serba sedikit tentang photoshop action.

Photoshop action adalah satu plug-in dimana langkah-langkah untuk penghasilan sesuatu efek telah di simpan(save) kedalam satu file action (*.atn). Ianya sangat berguna dan sangat menjimatkan masa sekiranya anda mahu meng-edit banyak gambar dan menggunakan effect yang sama berulang kali.

Disini akan CC tutor-kan bagaimana cara menggunakan photoshop action dan untuk tutorial ini CC akan merujuk kepada bagaimana menghasilkan effect Retro seperti dalam entri CC mengenai Efek Foto Retro menggunakan Photoshop Action.

Mari kita mulakan...

*Mula-mula muat-turun (download) photoshop action efek instagram dari dbox.tumblr
kemudian scroll kebawah dan cari butang download..





LANGKAH 1 : Buka file yang ingin ada edit.



Sunday, February 26, 2012

Menjadikan gambar kelihatan Retro dengan mudah menggunakan Photoshop Action


Untuk entri kali ini CC ingin kongsikan kepada anda terdapat satu teknik mudah untuk menghasilkan effect gambar kelihatan retro. Teknik ini tidak memerlukan sebarang kepakaran editing, kerana kita akan menggunakan Photoshop Action yang boleh kita perolehi secara percuma di dbox.tumblr.

Action ini adalah untuk menghasilkan filter effect seperti Instagram iaitu satu aplikasi Photo Filter yang dihasilkan untuk iPhone.

Monday, February 20, 2012

[ PROMO ] : Khidmat Design Animasi Flash!

[ PROMO ] : Khidmat Design Animasi Flash!


Adakah anda mencari servis animasi flash hasil anak tempatan? Ok disini CC nak promokan kepada anda tentang penganjur pertandingan merekacipta logo Woot Stud.E.Owh yang kini menjadi sahabat seperjuangan CC dalam industri kreatif ini. Kelebihan yang ada pada Woot Stud.E.Owh adalah mereka mampu menghasilkan animasi FLASH untuk kegunaan web ataupun presentation produk anda.

Jika anda berminat mendapatkan khidmat Woot Stud.E.Owh ini sila klik link dalam animasi diatas. :)

[ My Google Keyword ] : khidmat design animasi flash animation malaysia

Sunday, February 19, 2012

[ Bisnes Kad ] : Homestay De Kampung

Antara design bizkad yang dikemukakan kepada client.

*Design Kad Depan




*Design Kad Belakang




*Design Akhir Kad



[ My Google Keyword ] : Contoh Bisnes Kad Homestay De Kampung

[ LOGO ] : Homestay De Kampung

CC baru sahaja menyelesaikan satu projek untuk Homestay De Kampung iaitu rangkaian homestay yang diuruskan oleh Hijrah Masyur Enterprise yang bertempat di Berseri, Perlis. Terdapat beberapa item didalam projek ini iaitu Logo/Bizkad/Banner/Bunting dan Flyers. Untuk entri ini CC akan fokuskan pada LOGO.

Berikut adalah logo yang CC cadangkan untuk dipilih oleh pelanggan,(Cik Annie)


Setelah di-review oleh Cik Annie, beliau ingin membuat sedikit pindaan dan CC melakukan proses semakan peringkat pertama. Berikut adalah hasil selepas semakan pertama dibuat :


Kemudian Logo di-review sekali lagi oleh Cik Annie dan beliau memilih tema warna no.4 dan meminta penambahan nama tempat diletakkan pada logo. Dan ini adalah hasil design Logo selepas semakan kedua.


Dan ini adalah hasil akhir Logo setelah dipilih dah di-"approve" oleh pihak Cik Annie dan menjadi logo untuk perniagaan Homestay De Kampung.


[ My Google Keyword ] : Contoh Logo Homestay De Kampung Berseri Perlis

Saturday, February 18, 2012

[ T-Shirt ] : Karikatur Jozan

Khas buat peminat JOZAN....


Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan baju ini boleh emailkan order anda ke creativcolor@gmail.com


Harga RM45.00 sehelai
Tapi kalau order lebih dari 6 helai CC berikan diskaun 15%


Kos pos RM3 setaip sehelai..

[ My Google Keyword ] : Baju T-shirt karikatur buat peminat JOZAN ( Johan & Zizan )

Thursday, February 16, 2012

Untuk mereka yang mencari Inspirasi Warna

Kepada anda yang selalu buntu dalam membuat pemilihan warna yang sesuai untuk projek design anda disini CC ingin kongsikan satu laman blog yang boleh mungkin dapat membantu anda dalam menentukan warna yang sesuai untuk projek design anda. Disini juga pelbagai tips design dan penyesuaian warna untuk fesyen, dekorasi rumah dan bermacam-macam lagi. Laman blog yang CC maksudkan adalah

COLOURlovers

Antara inspirasi yang terdapat di COLOURlovers..






Monday, February 13, 2012

Akaun PAYPAL CreativCOLOR

 
Sudah sekian lama CC hendak membuat akaun PAYPAL sendiri sebenarnya tapi tidak berapa tahu akan prosedurnya. Alhamdulillah akhirnya hari ini CC berjaya juga mempunyai akaun paypal rasmi yang siap "verified". Bermula dari hari ini CC sudah boleh mengambil "job project" dari luar negara. Dengan ini CC umumkan secara rasmi.. pembayaran melalui paypal juga diterima dengan syarat transaksi untuk sesuatu projek hendaklah RM200 keatas.

Sunday, February 12, 2012

[ Kad Kahwin ] : Contoh Design Typography

Seperti yang sedia maklum memang CC ada menerima tempahan kad kahwin dan telah pun menghasilkan beberapa projek kad kahwin sebelum ini. Namun CC sering ditanya oleh bakal pelanggan mengenai contoh-contoh design kad kahwin. Sebenarnya servis CC bukan memfokuskan kepada kad kahwin, tetapi servis design atas permintaan pelanggan. Bermakna CC tidak menghasilkan design kad kahwin ready made untuk dipilih sebaliknya CC akan Custom Design kan 1 kad khas untuk pelanggan mengikut citarasa yang diminta.

Jadi disebabkan terlalu banyak yang meminta contoh design kad kahwin jadi CC ambik sedikit masa untuk menghasilkan 3 design kad kahwin berkonsepkan Typography. Berikut adalah hasilnya...


*Kad Kahwin Typography :  Design 1


*Kad Kahwin Typography :  Design 2

*Kad Kahwin Typography :  Design3

Jika berminat untuk mendapatkan design ini bolehlah hubungi CC melalui email atau telefon seperti maklumat yang tertera diatas. Jika anda mahukan konsep design yang lain juga bolehlah hubungi CC.



[My Google Keyword ] : Design Rekaan Kad Kahwin Tipografi Typography

Tuesday, February 7, 2012

[ BLOG DESIGN ] : Cuppacake B'Licious

Pada masa kini terdapat banyak kedai-kedai online yang diwujudkan dan di Malaysia kebanyakan pemilik kedai online menggunakan blogspot sebagai platform untuk memasarkan produk. Kelebihan memiliki kedai online melalui blog ini adalah ia boleh bertindak sebagai medium untuk mempromosikan produk anda secara berterusan seolah-olah anda memiliki kedai 7-Eleven yang dibuka 24jam.

Walaupun semakin ramai peniaga online yang menjual produk dengan menggunakan blog tetapi mereka mengabaikan satu kriteria yang penting dalam perniagaan online iaitu mereka tidak menitik beratkan soal "PRESENTATION".

Ramai dikalangan peniaga yang tidak tahu betapa penting dan besarnya sumbangan "BLOG PRESENTATION" yang kemas terhadap sesuatu perniagaan online. Ianya juga sama seperti kedai yang sebenar dimana "PRESENTATION" kedai yang menarik akan menarik lebih pengunjung untuk ke sebuah kedai dan sekaligus menaikkan jualan kedai tersebut.

Memandangkan untuk membina laman blog adalah sangat mudah jadi sesiapa sahaja boleh memiliki sebuah kedai online tanpa memerlukan modal besar dan pengetahuan mendalam tentang peniagaan yang ditonjolkan. Dan salah satu cara untuk membezakan peniaga yang serius dengan peniaga yang hanya sekadar suka-suka adalah dengan melihat "BLOG PRESENTATION" mereka.

Kebiasaannya mereka yang serius akan cuba menghasilkan satu identiti atau "branding" bagi perniagaan online mereka dan sudah semestinya BLOG yang bertindak sebagai kedai online atau medium promosi mereka haruslah kelihatan kemas dan cantik supaya bakal pelanggan akan yakin dengan servis dan produk yang mereka tawarkan.

Untuk projek blog yang CC dapat kali ini, CC telah cuba sedaya-upaya menghasilkan satu design blog yang dapat menonjolkan identiti dan menarik bakal pelanggan untuk berurusan dengan pihak Cuppacake B'Licious iaitu satu perniagaan kek dan cupcake secara online.

Berikut adalah preview design yang dihasilkan..


Sila klik pada gambar untuk melihat blog yang telah CC hasilkan untuk Cuppacake B'Licious.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan design blog (Blogspot atau Wordpress) untuk perniagaan online anda, bolehlah hubungi CC untuk berbincang. Harga sesuatu design blog bergantung kepada spesifikasi blog dan kehendak pelanggan.CC akan kenakan harga yang amat berpatutan Insya Allah...

[ My Google Keyword ] : Contoh design blog cupcake Cuppacake B'Licious blogspot design

Friday, February 3, 2012

[ DOWNLOAD ] : Koleksi Design Logo

Kepada yang mencari logo untuk digunakan dalam projek assignment ataupun jika anda syarikat baru yang memerlukan logo dengan kadar segera bolehlah muat-turun freebies STOCK LOGO ini untuk kegunaan anda. Dan jika anda inginkan custom logo, bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan khidmat rekaan logo. Harga yang saya tawarkan amat berpatutan.

Sila edit freebies ini menggunakan Adobe Illustrator. :)





Format Fail : *.eps
Saiz Fail : 117kb




[ My Google Keyword ]: download free logo

Wednesday, February 1, 2012

Mewarnakan lakaran kartun ARTZAM

Kadangkala kita perlu juga melihat hasil-hasil karya orang lain dan melihat cara mereka bekerja dan perkembangan idea mereka supaya dapat kita dapat jadikan ilham untuk hasil kerja kita yang akan datang.Karya Seni bukannya boleh terhasil 100% dari otak tetapi juga dari pemerhatian.

CC terlihat salah seorang rakan Facebook yang berkebolehan menghasilkan lakaran komik.Disini CC ingin memgucapkan tahniah buat saudara ARTZAM atas usahanya untuk menghasilkan karektor-karektor yang beliau namakan sebagai Cabaran 1 Hari 1 Lukisan dan sebagai tanda sokongan CC mewarnakan hasil lakarannya supaya beliau terus bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi lukisan komik.

Hasil karya asli oleh ARTZAM


Hasil yang CC warnakan






Hasil karya asli oleh ARTZAM


Hasil yang CC warnakan

 


Anda Boleh Lihat hasil-karya beliau di

http://artzam.deviantart.com/

http://nawai2comic.blogspot.com/

atau sudi-sudikanlah berkenalan dengan beliau di facebook di

http://www.facebook.com/kaptenzee


[ My Google Keyword ] : Mewarnakan lakaran kartun komik ARTZAM | vektor kartun comel

[ LOGO ] : Warna Awan Photography Logo Design Contest

Nampaknya sekanrang makin ramai pihak yang mengajurkan pertandingan mereka cipta logo. Ini adalah entri logo ciptaan CC untuk Warna Awan Photography. Contest ini masih dibuka dan pada sesiapa yang ingin menyertainya boleh lah lawati laman facebook Warna Awan Photography


[ My Google Keyword ] : Contoh logo fotografi | Warna Awan Wedding Perkahwinan Photograpy Fotografi | idea kreatif logo fotografi

Para PEMBACA