Tuesday, January 31, 2012

[ LOGO ] : Branding ID untuk CreativCOLOR

Akhirnya logo rasmi CreativCOLOR telah dipilih setelah melalui proses perkembangan idea dan sessi kritikan dari kawan-kawan inilah logo yang akan digunakan oleh CC sebagai pengenalan atau identiti CC.


Subject Matter untuk logo adalah seekor sesumpah (chameleon) iaitu sejenis haiwan yang boleh menukar warna kulitnya mengikut keadaan sekelilingnya. Ia dipilih berdasarkan keunikan bentuk dan sifatnya yang mampu menyesuaikan diri pada alam sekeliling bersesuaian dengan servis design yang saya tawarkan kepada pelanggan dimana saya akan cuba menyesuaikan design mengikut kehendak pelanggan.

Bentuk sesumpah (chameleon) di-stylize-kan dengan memasukkan elemen huruf C sebagai identiti nama CC dan dibiarkan dengan warna plain ataupun lebih senang CC katakan sebagai tanpa warna.Hanya bentuk sahaja yang CC jadikan sebagai logo rasmi tetapi tiada warna spesifik untuk logo tersebut walaupun identiti yang dibawakan oleh logo itu berkaitan dengan warna.

CC tidak dapat memilih apakah warna yang ingin dijadikan sebagai logo utama kerana nama "CreativCOLOR" itu sudah cukup untuk memberitahu bahawa apa sahaja warna boleh digunakan untuk logo CC.

Jadi dengan itu CC cuba membuat satu eksperimen dimana dengan menggunakan 1 bentuk asas, CC cuba gunakan pelbagai warna untuk logo berkenaan dah hasilnya boleh dilihat seperti gambar diatas dan akan wujud lebih banyak lagi variasi warna logo CC yang akan CC hasilkan mengikut mood,tema dan kesesuaian.

Dengan menggunakan bentuk logo yang sama, CC buat sedikit penambahan untuk dijadikan sebagai watermark yang akan digunakan untuk Blog,Hasil Kerja, dan artwork progress preview.


Untuk melihat logo eksperimen CC yang sebelumnya sila klik sini

Saturday, January 28, 2012

Terpilih sebagai pemenang!!

Keputusan pertandingan mencipta LOGO dan TAGLINE bagi An Nur Gallery telahpun diumumkan dan Alhamdulillah logo dan tagline rekaan CC telah berjaya memenangi hati JURI dan dinobatkan sebagai pemenang kategori FAVOURITE STYLE.

Senarai pemenang bagi kategori lain sila klik SINI

Atas permintaan penganjur, sedikit perubahan dilakukan keatas logo sebelum ianya digunakan secara rasmi bagi perniagaan mereka. Berikut adalah logo akhir bagi An Nur Galeri.


Dan ini pula logo final yang dipilih..


Dan hadiah yang diterima adalah wang tunai RM150 dari penganjur An Nur Gallery dan sekotak chocolate sumbangan ArahChocolate

 

[ My Google Keyword ] : Logo & Tagline Contest 2012
FREELANCER dan Projek Gantung Diri!!

FREELANCER dan Projek Gantung Diri!!

Disini CC ingin kongsikan satu kisah berdasarkan pada satu pengalaman yang baru CC lalui. Kes ini berkaitan dengan beberapa perkara iaitu "INGIN TOLONG KAWAN" - "MEMPELAJARI BENDA BARU" - "DATELINE" & "DUIT".

Ok baiklah.. apakah kaitan 4 perkara tersebut dalam cerita yang ingin CC sampaikan disini?

Ceritanya begini..

Pada suatu hari ada seorang kawan menawarkan satu projek yang belum pernah CC buat sebelum ini. Pada mulanya CC mengambil projek tersebut atas rasa ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru tetapi setelah memikirkan dateline yang terlalu singkat untuk proses TRY & ERROR maka CC menolak projek tersebut. Kemudian setelah dipujuk dan dengan niat untuk membantu kawan yang agak terdesak kerana dateline projek itu yang semakin singkat, jadi CC terima untuk projek ini bagi membantu beliau disamping mendapat duit tepi.

Jika nak dikirakan, projek ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan pun kepada CC kerana bayaran yang diberi hanya cukup-cukup untuk menampung kos pembelian material. Tapi seperti yang CC nyatakan, disebabkan ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru maka CC tidak terlalu memikirkan soal duit.

Tetapi tanpa diduga projek yang difikirkan mudah itu sebenarnya lebih susah dari yang CC sangkakan dan sebelum terjadi kerugian yang lebih besar, CC memilih untuk berhenti dari meneruskan projek berkenaan memandangkan ilmu dan kelengkapan mengenai projek yang tidak mencukupi. Lalu CC memberitahu kepada kawan CC tentang masalah itu.

Akan tetapi
Entri Pembukaan 2012

Entri Pembukaan 2012

Assalamualaikum dan dalam sejahtera buat pelawat blog yang tidak jemu-jemu menyinggah ke Blog CC ini. Banyak perkara yang CC lalui diawal tahun 2012 ini. Ada perkara yang baik dan ada juga yang perlu CC jadikan iktibar dalam meneruskan karier dan hidup.

Hidup sebagai seorang FREELANCER sepenuh masa sememangnya mencabar dan haruslah bekerja dengan lebih gigih dari designer yang bergaji. Namun kedua-duanya ada pro dan kontranya. Walaupun kehidupan FREELANCER sangat bebas tetapi masih ada risikonya. Projek lambat dibayar adalah salah satu situasi dimana ia boleh menjejaskan perancangan dan kitaran kerja seseorang FREELANCER. Masalah 'underpaid' juga kadangkala terjadi dimana apabila berada dalam keadaan terdesak maka apa sahaja tawaran yang tidak munasabah akan diterima tanpa berfikir panjang bagi menampung kos harian dan bagi membuat pusingan modal bagi projek-projek seterusnya termasuklah membayar semula hutang piutang untuk projek-projek lepas.

Banyak pengalaman yang CC pelajari diawal tahun ini dan apa yang terjadi akan CC jadikan iktibar dan pengajaran untuk menghadapi situasi dimasa akan datang. Apapun CC tetap akan teruskan  berusaha walaupun cabaran yang akan datang semakin hari semakin hebat dan CC ingin ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang memberi semangat dan tak kurang juga yang memberi cabaran. Segala nasihat dan kritikan akan dijadikan sebagai renungan untuk menempuhi hari mendatang.

Para PEMBACA