Monday, March 19, 2012

[ LOGO ] : Projek menghasilkan logo Glazed Cake

Entri kali ini CC akan memaparkan cara kerja atau proses yang CC lakukan bagi pelanggan yang membuat tempahan logo Servis 3. Seperti yang CC maklumkan dalam iklan promo Servis Design Logo CC, untuk servis design logo 3 CC akan menumpukan lebih masa untuk menghasilkan logo yang berkualiti dan memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan.

Berikut adalah proses kerja penghasilan logo Glazed Cake.

1. Email diterima dari pihak pelanggan dan menyatakan serba sedikit tentang logo yang diinginkan

2. CC memberi maklumbalas nak mendapat persetujuan dengan pelanggan tentang servis yang dipilih

3. Pelanggan memasukkan deposit dan kerja-kerja logo dimulakan.

4. 3 logo pertama dikemukan kepada pelanggan.



5. Logo tidak 100% menepati citarasa pelanggan

6. CC kemukakan 2 lagi logo berdasarkan informasi tambahan dari pelanggan dimana beliau mahukan logo tetap kelihatan cantik dan menyerlah walaupun hanya dengan warna hitam putih atau monokromatik.


7. Pelanggan membuat pilihan logo dan meminta CC kemukakan 3 Skema Warna untuk dipilih iaitu
"Striking Colors" , "Pastel Colors" &  "English Colors".



8. Pelanggan suka pada warna "pink,brown,white" dan mencadangkan CC mencuba kombinasi tersebut untuk logonya.

9. Dan akhirnya pelanggan memilih...


sebagai logo rasmi perniagaannya..

[ BISNES KAD ] : Glazed Cake

Setelah mencipta logo dan branding untuk Glazed Cake.. tugasan CC seterusnya adalah menghasilkan bisnes kad untuk mereka ini adalah design yang CC hasilkan untuk bisnes kad mereka.


*Design Bisnes Kad 1
 



*Design Bisneskad 2


*Produk yang telah siap


Sunday, March 11, 2012

Portfolio Logo di Logopond

CC sedang dalam proses untuk mencuba pasaran logo/design antarabangsa dan buat permulaan CC telah membina sebuah portfolio logo dilaman web yang mengumpulkan designer-designer logo dari seluruh dunia.



Sudilah lawati Showcase Portfolio CC di Logopond.com

Friday, March 9, 2012

Servis Printing Sticker

Kepada anda yang mencari khidmat percetakan sticker secara online CC ada berita baik untuk anda.
Kini CC menyediakan perkhidmatan percetakan sticker (large format.) Untuk makluman anda, mesin yang digunakan bukan untuk mencetak sticker-sticker kecil seperti sticker label atau sticker produk tetapi ini untuk mencetak sticker berskala besar seperti pintu kedai atau papan tanda. Sekiranya anda sudah mempunyai design sendiri bolehlah menghantar kepada CC dan CC akan uruskan proses pencetakan (printing)  dan penghantaran.

*Contoh sticker cetakan

*Kualiti cetakan sticker "close-up"

Harga cetak sticker untuk 1 kaki persegi adalah seperti berikut.

Outdoor Print      : RM4.00
Indoor Print         : RM7.50
Indoor Metallic   : RM8.50

*Harga ini sah sehingga 1 April 2012

Sekiranya anda ingin mencetak sticker tetapi tiada design sendiri, CC menyediakan khidmat design bagi pihak  anda dengan sedikit tambahan bayaran bergantung pada kesukaran design yang anda mahukan.

[ My Google Keyword ] : Khidmat cetakan sticker secara online

Thursday, March 8, 2012

Pertandingan Mencipta Logo Balloon Artist

Pertandingan Mencipta Logo Balloon Artist

Anda kreatif? Beminat untuk mencari ekstra duit poket sebanyak RM100?
Disini CC nak umumkan kepada anda terdapat satu pertandingan ciptaan logo. Butirannya adalah seperti berikut,...




Vectorise Logo & Vectorise Forum menganjurkan satu pertandingan mencipta logo.
Anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.

TEMA

Bebas (melambangkan konsep Balloon atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. )

SPESIFIKASI


1. Saiz, Format

- Saiz ukuran untuk website berskala Width 268 pixels X Height 50 pixels berlatarbelakangkan background Putih atau Transparent
- Reka cipta logo perlu dibuat menggunakan software Vector Grafik seperti Adobe Illustrator / Coreldraw dan disimpan dalam fail asal (softcopy).
- Bagaimana pun untuk menyertai pertandingan ini, cukup sekadar mempersembahkan rekacipta dalam format PNG atau JPG sahaja untuk dipost ke dalam forum ini.
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang nanti mestilah menyerahkan fail vector asal (original vector softcopy) untuk menuntut hadiah.

2. Rasional Reka Bentuk
Berkonsepkan Perkataan "Balloon Artist".

3. Warna Bebas

4. Keaslian logo
Reka bentuk logo mestilah karya asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.

SYARAT PENYERTAAN


1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum. (termasuk mod, uploader pun boleh meyertai..) sebab yang mengadili adalah pihak "Balloon Aritst"

2. Semua penyertaan hendaklah dipersembahkan melalui Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan Ballon Artist Logo. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi : - Imej dalam format PNG (with white/transparent background) atau JPG

3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

4. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.

5. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

6. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 1hb April 2011, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.

PENGADILAN


1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh Pihak Balloon Artist .
2. Keputusan Pihak Balloon Artist adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.

HADIAH
Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah : - Wang Tunai bernilai RM 100.00 (Ringgit : Seratus sahaja)

Selamat mencuba!

 *P/s : CC juga mungkin akan menyertainya dan  semoga kita dapat bersaing secara sihat. :)

[ My Google Keyword ] : Pertandingan Mencipta Logo 2012

Monday, March 5, 2012

[ DOWNLOAD ] : Kartun Pengantin Untuk Kad Kahwin

CC sering melihat statistik blog CC dan mendapati bahawa ramai dikalangan pengunjung yang singgah ke blog CC menggunakan kata kunci seperti "kartun kahwin comel,kad kahwin kartun,kad kahwin kreatif,design kad kahwin sendiri,kad kahwin vector,kad kahwin mini."

Jadi untuk tidak menghampakan para pelawat disini CC nak bagi satu lagi freebies untuk anda dan diharap freebies Kartun Pengantin Chibi ala-ala LEGO (kata kawan CC la...) dapat memenuhi kriteria bagi kata kunci yang sering digunakan pelawat.

Akhirnya anda boleh buat Kad Kahwin Kartun anda sendiri.. Jika anda menggunakan Kartun Pengantin ini diharap anda dapat berikan kredit pada CC dengan mempromosikan semula blog CC. Dan CC ingin sekali melihat hasil kad yang mengunakan karektor pengantin ini.


Bagi sesiapa yang tukar warna baju bagi kartun pengantin chibi  bolehlah gunakan file *.AI yang telah disediakan
Senarai Muat Turun
DOWNLOAD LINK - Kartun Kahwin (Include *.AI file)

Selamat men-download

[ My Google Keyword ] : Kartun Comel Pengantin Baru Chibi Untuk Design Sendiri Kad Kahwin Kreatif

Sistem Muat-Turun Blog CC

Bagi memudahkan CC untuk penyelenggaraan fail-fail 'freebies download' CC telah sediakan satu sistem download dimana CC akan lebih mudah untuk memantau fail-fail download yang disediakan untuk pelawat blog. Dengan adanya sistem ini CC dapat melihat statistik fail untuk melihat fail apa yang digemari pelawat dan sekali gus dapat mengetahui apakah fail-fail yang patut CC muat naik dimasa akan datang. Dengan adanya sistem ini, anda juga boleh melihat info lebih terpeinci mengenai fail yang akan anda download. Tidak seperti sebelum ini maklumat untuk sesuatu fail download agak kurang jelas.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan sistem ini. :)

Friday, March 2, 2012

[ INFOGRAFIK ] : Rekaan Logo NIKE

Kenalkah anda pada logo produk NIKE? CC yakin ramai yang kenal pada logo dan produk ternama ini.
Tapi kenalkah anda siapa yang merekacipta logo NIKE tersebut?

Disini CC kupaskan mengenainya dalam bentuk infografik. Dan ini adalah percubaan CC yang pertama dalam penghasilan infografik.

*Sila klik pada gambar untuk paparan beresolusi tinggi. Selamat membaca.



 

[ My Google Keyword ] : Infografik Infographic Logo Nike

Thursday, March 1, 2012

[ Apa Nama Font ] : Vanila Coklat

Sejak akhir-akhir ini CC perasan ramai yang bercerita tentang Drama Vanila Coklat yang akan mengambil alih slot Lestary menggantikan Cinta Elysa pada setiap Selasa di TV3. Sinopsis dia tidak perlu CC ceritakan disini kerana CC pun kurang melayan drama tersebut. Yang cuba CC kupas dalam entri ini adalah apakah font yang digunakan pada montaj atau poster drama "Vanila Coklat" itu.

Pasti ramai diantara anda yang ingin menggunakan font itu untuk digunakan dalam design anda nanti.. disini CC sudah pun menyiasat dan font yang digunakan adalah...


Font tersebut adalah Channel yang direka oleh Måns Grebäck





 

RUJUKAN FONT
Channel
Laman Web Rasmi



[ My Google Keyword ] : Apa nama font untuk drama Vanila Coklat Lestari TV3

Para PEMBACA