Tuesday, March 29, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Lord Of The Rings

Untuk entri ini saya ingin membongkarkan rahsia font yang digunakan didalam filem epik kegemaran saya iaitu filem Lord Of The Rings (LOTR). Jadi mari kita siasat apakah font yg digunakan dalam filem arahan Peter Jackson ini.



Untuk memuat-turun / download beberapa font lain yg digunakan didalam filem LOTR ini

sila

klik sini

[ My Google Keywords : font used in Lord Of The Rings movies ]

[ Apa Nama FONT? ] : Fast & Furious 5

Adakah anda meminati siri filem FAST & FURIOUS? Ini ada sedikit info untuk anda dimana filem sekuel Fast & Furious 5 ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 5 May 2011. Filem ini juga diberi nama FAST FIVE!

Ok.Cukuplah sedikit info tentang filem FAST FIVE ini kerana tujuan asal entri ini adalah bagi mengisi segmen Apa Nama Font? dan kali ini mari kita lihat apakah jenis font yang digunakan
bagi poster filem ini.



Rujukan Font:

Antique Oliv Compact Italic : http://new.myfonts.com/fonts/urw/antique-olive/t-compact-italic/

*Font yang dikenalpasti dipilih dari font yang paling hampir dengan font yg digunakan didalam design ini. Tidak semestinya font itu tepat.


[ My Google Keywords : font used in Fast & Furious 5 poster ]

Friday, March 25, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Khurafat

Pasti ramai yang telah menonton filem Khurafat dan ramai penonton memberi respon mengatakan bahawa filem ini amat seram sehingga ada yang tidak dapat tidur malam.
Mari kita lihat pulak adakah font yang digunakan untuk poster filem Khurafat ini menyeramkan atau tidak!


*Font yang dikenalpasti dipilih dari font yang paling hampir dengan font yg digunakan didalam design ini. Tidak semestinya font itu tepat.

[ My Google Keywords : font poster filem Khurafat ]

[ Apa Nama FONT? ] : The A-Team

The A-Team adalah sebuah siri TV yang klasik dan telah difilemkan dan ditayangkan pada Jun 2010. Mari kita tinjau apakah jenis font yang digunakan didalam poster filem ini!



Rujukan Font

Stencil : http://new.myfonts.com/fonts/bitstream/stencil/
Capture It : http://www.dafont.com/capture-it.font

*Font yang dikenalpasti dipilih dari font yang paling hampir dengan font yg digunakan didalam design ini. Tidak semestinya font itu tepat.

[ My Google Keywords : font used in The A-team movie poster ]

Menu MAKANAN

Sudah lama rasanya tidak memaparkan apa-apa design didalam entri blog saya ini. Dua bulan sudah berlalu dan disebabkan penyakit TIBI yang saya hidapi ini sedikit sebanyak mengurangkan produktiviti saya. Untuk entri kali ini saya paparkan design menucard untuk sebuah restoran.

Thursday, March 24, 2011

[ InfoDESIGN ] : Siapa pencipta font FUTURA?

[ InfoDESIGN ] : Siapa pencipta font FUTURA?








Paul RennerSelalukah anda menggunakan font FUTURA ataupun PLAX dalam hasil kerja design anda? Jadi mari saya kenalkan pada anda Font Designer untuk FUTURA iaitu Paul Renner. Beliau lahir pada 8 September 1878 di Wernigerode, Jerman dan meninggal Pada 25 April 1956 (78 tahun) di Hödingen, Jerman.Beliau adalah seorang seniman grafik, pelukis, pereka mukataip, penulis dan juga merupakan seorang guru.

Pernah menuntut ilmu senibuna dan lukisan di Berlin, Munich dan Karlsruhe dan kemudiannya bekerja sebagai pelukis di Munich. Pada tahun 1907-1917 beliau bekerja sebagai pembantu pengeluaran dan
pengurus persembahan untuk Georg Müller Verlag di Munich. Beliau juga adalah salah seorang pengasas sekolah swasta yang menawarkan kelas ilustrasi di Munich pada 1911 dan pernah menjadi Ketua Jabatan Seni Komersial dan Taipografi di Frakfurter Kunstschule pada 1925-1926.Seterusnya beliau meneruskan kerjayanya sebagai pengarah bandar Munich Grafische Berufsschulen bermula pada tahun 1926 dan dari tahun 1927 berkhidmat untuk Meisterschule für
Deutschlands. Pada tahun 1933 beliau telah diberhentikan dari mengajardan
bekerja sebagai pelukis dari tahun 1934 dan seterusnya.Paul
Renner juga ada menulis tentang topik yang berkaitan dengan taipografi,
huruf, grafik dan kajian Warna.



Antara Font yang direka oleh beliau:

Futura® (1928)
Plak® (1928)
Futura® Black (1929)
Futura® licht (1932)
Futura® Schlagzeile (1932)
Ballade (1937)
Renner™ Antiqua (1939)
Steile Futura ® (1954)



[ My Google Keywords : Futura font designer ]

Segmen Baru : Apa Nama FONT?

Saya bukanlah "Master of Font" (Pakar Mukataip), tetapi segmen ini saya wujudkan untuk berkongsi info bersama semua pelawat mengenai font disamping membantu meningkatkan memori saya dalam mengingati berpuluh ribu nama-nama font yang telah direka oleh ramai designer hebat. Tidak keterlaluan jika saya katakan Font Designers adalah antara artis yang patut dikagumi kerana atas sumbangan mereka inilah yang telah mempermudahkan designer lain untuk menghasilkan pelbagai design berbentuk informatif.

Nama-nama seperti Max Miedinger,Claude Garamond,Paul Renner,Hermann Zapf,Ed Benguiat & Rudolf Koch adalah antara artis yang telah memberi sumbangan dalam memperkayakan satu cabang seni yang juga dikenali sebagai Typography..

Jadi sebagai entri pertama untuk segmen Apa Nama Font? ini.. mari kita kenalpasti font yang terdapat pada poster "MARS NEED MOMS".





Rujukan Font

Futura Xblk : http://www.freedownloadablefonts.net/fontswebsite/ShowFont.aspx?FontID=11994
Walt Disney : http://www.urbanfonts.com/fonts/Walt_Disney.htm
Agency Gothic Bold : http://new.myfonts.com/fonts/castletype/agency-gothic-ct/agency-gothic-bold/
Agency FB Compressed Light : http://bit.ly/ihdKI9
Eurostile MN Extended Bold : http://new.myfonts.com/fonts/itfmecanorma/eurostile/extended-bold/

*Font yang dikenalpasti dipilih dari font yang paling hampir dengan font yg digunakan didalam design ini. Tidak semestinya font itu tepat.

[ My Google Keywords : font used in Mars Need Moms movie poster ]

Tuesday, March 15, 2011

Perubahan Konsep BLOG

Perubahan Konsep BLOG

Selepas berehat seketika dari menulis entri di blog ini.. saya terfikir.. kemanakah hala tuju dan matlamat blog ini? Sudah beberapa bulan blog ini ditulis tetapi jumlah lawatan masih belum mencapai sasaran.

Jadi saya memutuskan untuk mengubah konsep blog ini dari konsep Portfolio kepada konsep Blog Majalah bagi menarik lebih ramai pengunjung ke laman ini.

Jadi ada beberapa perubahan yang perlu saya lakukan untuk blog ini iaitu:

PERTAMA!

Terma-terma Bahasa Inggeris akan digunakan dan tidak lagi diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Ini kerana didalam senireka terdapat banyak terma-terma bahasa inggeris yang menjadi kata kunci untuk carian pengguna-pengguna internet di Malaysia.

Sebagai contoh :
Lebih banyak pengguna internet menggunakan kata kunci "design" kad kahwin daripada menggunakan kata kunci "rekaan" kad perkahwinan didalam carian GOOGLE mereka.

Jadi dengan mengekalkan terma bahasa inggeris, blog ini akan lebih kerap muncul dalam carian pengguna internet terutamanya mereka yang membuat carian di GOOGLE.

KEDUA!

Beberapa segmen perlu ditambah kedalam blog bagi memantapkan isi kandungan blog bersesuaian dengan konsep Blog Majalah dengan mengekalkan idea asal blog ini iaitu untuk berkongsi idea dan informasi dalam bidang senireka. Buat masa ini saya telah memikirkan 2 segmen untuk ditambah pada blog dan saya akan umumkan apakah nama segmen itu kelak.

Saturday, March 12, 2011

Khidmat Design CreativCOLOR

Khidmat Design CreativCOLOR

Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat rekaan logo,risalah,kad nama,kad kahwin,iklan web,banner & banting atau apa-apa jenis yg rekaan diperlukan daripada saya boleh menghantarkan SMS ke 017-5288870 ataupun e-mail ke creativcolor@gmail.com
Anda juga boleh menghubungi saya melalui facebook di http://www.facebook.com/creativcolor

Perhatian: Khidmat saya hanya akan diberi kepada mereka yang SERIUS SAHAJA.

Para PEMBACA