Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari CreativCOLOR

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari CreativCOLOR

Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri..

CC dapat lihat ramai dikalangan rakan-rakan CC yang telahpun membuat ucapan hari raya dengan menggunakan E-Kad ucapan raya hasil editing sendiri. Ianya sudah menjadi TREND masa kini yang sangat popular bagi ramai blogger-blogger dan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook. Tidak perlu lagi menge-pos kad hari raya untuk setiap orang.. apa yang perlu mereka lakukan hanyalah memuat-naik satu foto ucapan raya dan TAG pada kawan-kawan.

Jadi CC juga tidak ketinggalan menghasilkan satu E-kad ucapan raya untuk anda semua.
Klik pada gambar untuk lihat saiz sebenar.



Dikesempatan ini CC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan rakan-rakan CC.Segala salah silap harap diampun.Diharap anda semua terus menyokong BLOG CC kerana sokongan anda adalah kunci utama blog ini terus aktif.

Friday, August 19, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Microsoft

[ Apa Nama FONT? ] : Microsoft

Pasti ramai dikalangan anda yang menggunakan komputer setiap hari dan siapa yang tak kenal dengan logo ini?



Microsoft sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana merekalah yang mencipta Windows "Operating System" yang digunakan oleh kebanyakan pengguna komputer dan membolehkan anda melayari internet seperti sekarang ini.

Jadi anda biasa melihat logo seperti diatas bukan? Apakah font yang digunakan?

Font yang digunakan adalah Neue Helvetica® 96 Black Italic tetapi ada sedikit pengolahan pada huruf "O" yang menjadi "trademark" bagi jenama Microsoft ini.Huruf F & T juga dirapatkan sedikit dan terhasillah logo korporat gergasi perisian dunia = Microsoft.

Rujukan Font:
Neue Helvetica® 96 Black

[ My Google Keyword ] : Apa nama font microsoft

Wednesday, August 17, 2011

[ Artwork Suka-suka ] : Design Kad Kahwin Khat

Artwork ini hanya untuk suka-suka dan sekadar latihan untuk saya. Terima kasih kepada kawan saya En.Nazhir yang sudi meminjamkan namanya untuk tujuan ekperimen ini.



Ingin dapatkan design sebegini untuk kad kahwin anda? email di creativcolor@gmail.com

[ My Google Keyword ] : Artwork Suka-Suka Foto Photo Editing Photoshopmalaya

[ Artwork Suka-suka ] : Manipulasi Photo

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menyertai satu group di facebook iaitu PhotoshopMalaya. Group ini adalah untuk mereka-mereka yang berminat dalam dunia editing foto menggunakan photoshop.

Yang menariknya mengenai group ini mereka memberi tugasan editing foto kepada ahli-ahli dan kemudiannya selepas siap artwork, ahli memuat-naik semula hasil kerja mereka ke group untuk tatapan dan dikomen oleh ahli-ahli lain. Jadi kita boleh lihat pelbagai hasil karya dengan subjek yang sama.

Berikut adalah hasil tugasan 3 yang saya muat-naik ke group tersebut.

Gambar yang diberi untuk tugasan 3





Hasil "Photoshop Editing" oleh saya





Ahli group ini sudah mencecah lebih 8000 orang dan anda boleh semak hasil kerja dan hasil tugasan 3 yang lain dalam group ini di http://www.facebook.com/groups/photoshopmalaya/

[ My Google Keyword ] : Artwork Suka-Suka Foto Photo Editing Photoshopmalaya

Tuesday, August 16, 2011

[ Kad Kahwin ] : Fared & Azlina

[ Kad Kahwin ] : Fared & Azlina



Alhamdulillah, seorang lagi sahabat baik saya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.. dan terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan kad undangan bagi majlis beliau.

Sesiapa yang ingin khidmat design kad kahwin (custom) boleh email kepada saya di creativcolor@gmail.com untuk maklumat lanjut.

[ My Google Keyword ] design kad kahwin fared & azlina

Friday, August 12, 2011

[ DOWNLOAD ] : Hari Raya Vector

Satu lagi "freebies" untuk anda download sempena musim perayaan ini..
Bermula dari bulan ini kebanyakan "download freebies" saya akan diupload ke dalam
FORUM VECTORISE sebagai usahasama untuk memajukan lagi komuniti tersebut dan juga menaikkan traffik ke BLOG saya dan FORUM






[ My Google Keyword ]: download free vector hari raya

Saturday, August 6, 2011

[ DOWNLOAD ] : Free Vector Ketupat Merdeka

Musim raya sudah hampir tiba.. dapatkan vector ketupat di
Forum Vectorise.net
*Kena daftar sebagai ahli untuk memuat-turun






[ My Google Keyword ]: download free vector ketupat raya merdeka

Thursday, August 4, 2011

Pertandingan Mencipta Slogan untuk Vectorise.net

Pertandingan Mencipta Slogan untuk Vectorise.net

Siapa nak duit raya?? Jika nak duit lebih untuk raya tahun ini apa kata anda semua menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh laman web vectorise.net

Sila rujuk info dibawah:

Salam, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan, kibarkan jalur gemilang
Sebagai penghargaan kami atas sokongan anda, Vectorise.net berbesar hati untuk menganjurkan satu pertandingan Mencipta Slogan.

Terbuka kepada semua warga Malaysia, anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.


TEMA

Bebas (Slogan / Moto yang melambangkan konsep / aktiviti logo vector, perkongsian atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. atau ikut suka)


SPESIFIKASI

1. Format

- Teks Slogan mestilah bersesuaian untuk digunakan pada Vectorise Logo & Vectorise Forum.


2. Rasional Sogan / Moto

Setiap Slogan yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas dan rasional dalam

- Bahasa Malaysia sekiranya Slogan dalam Bahasa Malaysia.
...ATAU
- English sekiranya Slogan dalam English

2 neh sahaja diterima.. lain bahasa.... hakim tak paham lolx


3. Keaslian Slogan

Bentuk Slogan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.

Kreatif dan Lain dari yang lain diutamakan


SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum kecuali admin dan moderator Vectorise.net

Setiap Penyertaan diterhadkan kepada 1 user 3 Slogan Sahaja, bermakna anda boleh menghantar 1, 2 atau 3 Slogan sahaja.

2. Semua penyertaan hendaklah dibuat /dihantar ke ruangan Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan :
Contest - Slogan/Moto .

3. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi :

- Slogan anda
- Penerangan ringkas tentang rasional Slogan


4. Peserta hendaklah memastikan keaslian Slogan yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta Slogan / Moto tersebut.

5. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai Slogan yang direka cipta oleh peserta dan
Slogan pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.

6. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

7. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 20hb Ogos 2011, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.


PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik olehVectorise Forum.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.


HADIAH

Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah :

- Wang Tunai bernilai RM 100.00 (Ringgit : Seratus sahaja)

Pemenang akan dihubungi secara Email / Private Massage / Facebook dan sebagainya oleh pihak kami


Contoh Penyertaan :

Slogan /Moto : "Sharing is Caring"
Rasional : Perkongsian logo diantara pereka pereka grafik di Malaysia bagi memudahkan kerja² disamping memupuk semagat kerjasama antara ahli secara Maya.

Para PEMBACA