Wednesday, June 23, 2010

Banner BOLASEPAK

Oleh kerana pada bulan ini adalah bulan kegilaan bolasepak piala dunia, jadi entri saya pada kali ini juga adalah berkenaan dengan bolasepak.

Kebetulan pada bulan lepas salah satu projek saya adalah mereka-cipta "banner" untuk satu pertandingan bolasepak. Berikut adalah hasil yang siap.



Kepada mereka yang mahu menggunakan rekaan ini intuk dijadikan "banner" bagi pertandingan
bolasepak dikawasan anda, bolehlah memuat-turun fail yang telah saya sediakan ini.



Klik disini untuk muat-turun fail *.psd

Friday, June 18, 2010

Lagi Hasilan Kerja LEPAS

Jika entri sebelum ini saya banyak memaparkan hasil kerja bersifat 3D dan realistik, untuk entri kali ini saya ingin memaparkan pula hasil kerja yang lebih bersifat 2D atau maya sahaja..

Sony Ericsson k800i Theme Design


Berikut adalah antara koleksi tema Sony ciptaan saya.


*Tema ini mendapat tempat ke-5 paling popular bagi bulan
Disember 2008 di laman Zedge.net. Sehingga kini jumlah
muat-turun bagi tema ini mencecah 35 000 ++ muat-turun.


*Tema ini diberi nama "ILUVmysony"


*Salah satu dari Tema Siri Sonykaler.


*Tema Siri Qandy

Pada mereka yang menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson.. cubalah memuat-turun tema ciptaan saya di www.zedge.net/profile/wakganas (saya menggunakan nama pena 'wakganas' semasa penghasilan tema).



sagaDRAGster LOGO

*rekabentuk logo sticker kereta untuk "team" sagaDRAGster



LOGO Hari Quality Uitm Pulau Pinang


*Sebenarnya pertandingan rekaan logo ini hanya untuk staff Uitm Pulau Pinang sahaja,
jadi saya diminta untuk menciptanya bagi pihak mereka. Malangnya logo rekaan saya
tidak menang. Tidak mengapa, cuba lagi pada pertandingan lain.



Logo Darul Bayan



*Logo dan web banner ini direka atas permintaan rakan saya Encik Mohd Baihaqi untuk laman webnya. Saya tidak pasti samada ia masih diguna pakai lagi. Ada sesiapa berminat untuk menempah web banner?



Ghetto Scoot 5th Anniversary Family Day

*Rekaan T-shirt versi Putih


*Rekaan T-Shirt versi Hitam

Rekaan ini dibuat khas untuk sahabat "online" saya iaitu Encik Nazhir Musa yang menganjurkan
Hari Keluarga ke 5 kelab skuter Ghetto.


Albatross Exim - Salmon Fish Flyers


*Flyers ini direka atas permintaan sahabat saya Cik Nor Rasidah Shahidan. Pada ketika itu beliau sedang pening untuk membuat flyers yang disuruh oleh majikannya yang hanya tahu mahu semuanya cepat disiapkan tanpa mengira tahap kemahiran seseorang. Jadi saya membantu beliau menyelesaikan masalahnya itu. (Upahnya: Satay Kajang!)


Inilah antara hasilan-hasilan kerja saya yang lepas dan saya akan terus mencuba untuk memenuhi permintaan-permintaan rekaan dimasa yang akan datang.

Wednesday, June 16, 2010

Hasilan kerja LEPAS

Sebelum saya memaparkan projek-projek yang saya jalankan dari masa ke semasa,
terlebih dahulu ingin saya kongsikan sedikit sebanyak hasil kerja @ projek saya
yang lepas.Oleh kerana saya tidak tahu untuk menggambarkan kebolehan dan kemampuan yang ada pada diri saya dalam bidang senireka ini dengan kata-kata.. jadi saya gambarkannya dengan gambar-gambar.. :)

Window Showcase [ 2003 ]

*Seingat saya ini adalah kerja "window showcase display" yang pertama. Reka bentuk oleh
rakan sekerja saya Aizul Hazraf.



Peraduan Fotogenik Bayi [ 2005 ]



*Kerja-kerja "touch-up" bagi menyaipkan pentas bersama rakan(Aizul Hazraf.).



Window Showcase [ 2005 ]



*Hiasan lampu hanya menggunakan kain putih dan kayu terpakai sahaja.


*"Window showcase" bagi bulan Ogos 2005



Double A - No Stress No Jam [ 2005 ]

*Ini adalah antara projek "display" kegemaran saya kerana ia begitu mencabar dan menguji kreativiti saya dan rakan-rakan. Uniknya robot ini, figuranya boleh bertukar posisi. Ini bukan robot yang statik.


*Lihat perubahan posisinya..


*Encik Kelvin Teh bersama kepala robot yang belum dipasang.


*Ini dia 3 Orang yang dipertanggungjawabkan dalam menyiapkan projek ini.
dari kiri; Haris Faizal, Aizul Hazraf, Teh Yau Heng



Tracia Miss World [ 2005 ]




Barbie 12 Dancing Princess
[ 2006
]

*Ini adalah projek "display" yang paling saya sukai antara semua projek yang pernah saya lakukan. Terdapat pelbagai teknik dan material digunakan bagi menyiapkan projek ini.


*Dari jarak dekat.


*Haris Faizal dan Azzally Ahmad dipertanggungjawabkan bagi memastikan projek ini siap dalam tempoh yang ditetapkan sambil dibantu oleh Hani & Ng Sin Fook



Drypers [ 2006 ]




Colgate Kids Superstar [ 2006 ]


*Rekabentuk "backdrop" pertandingan nyanyian yang direka oleh saya.



Pasti Ada Satu Sunsilk Khas Untukmu [ 2006 ]

*Rekabentuk pentas ini direka oleh saya. Kerja paling mencabar dalam projek ini ialah untuk menyiapkan 3 biji botol Sunsilk gergasi.



Mamy Poko - Tidur Lena Pagi Senyuman [ 2007 ]



*Dalam projek ini, maskot-maskot digunakan sebagai pelaris produk.


*Maskot yang diukir hasil dari kerja tangan saya.




Shieldtox - Tiada Aedes Tiada Denggi [ 2007 ]



*Nyamuk gergasi yang mendatangkan demam kepada saya dalam projek ini. Replika nyamuk dihasilkan oleh saya.



Darlie All Shiny White [ 2007 ]

*Projek ini adalah untuk mempromosikan produk baru(ketika itu) keluaran Darlie.Projek ini juga merupakan "display" terakhir saya di Ipoh sebelum saya meneruskan kerjaya di Sungai Siput.


*"Tooth Fairy" menarik keluar produk baru Darlie dari sebiji limau.
Idea & Konsep : Yvonne Yap / Rekabentuk : Haris Faizal / Binaan Pentas : Azzally Ahmad / Dibantu Oleh : Ng Sin Fook

Sebenarnya terdapat banyak lagi projek-projek yang gambarnya tiada dalam simpanan saya.
Kalau boleh ingin saya paparkan semuanya, tapi memadailah dengan beberapa seleksi dan diharap boleh memberi sedikit inspirasi pada sesiapa yang melihatnya.

Tuesday, June 15, 2010

Muat-naik PERTAMA

Bagi muat naik untuk paparan blog saya yang pertama, terlebih dahulu saya ingin memuat naik sesuatu yang bukanlah dari hasilan kerja saya tetapi ingin saya jadikan ia sebagai permulaan kandungan blog dan aspirasi untuk saya terus memuat naik dari masa ke semasa.

Logo 1 Malaysia.




Bersesuaian dengan tema muat-naik pertama, saya mengambil Logo 1 Malaysia dimana terdapat angka 1 yang sangat dominan dan menjadi kekuatan pada logo ini.

Setiap perkara permulaan yang kita lakukan sudah semestinya akan kita labelkan sebagai nombor 1. Jadi saya memilih logo ini sebagai permulaan kandungan blog saya.

Pemilihan muat-naik ini bukan berdasarkan angkanya semata-mata tetapi juga disebabkan
logo ini kerap saya gunakan dalam pelbagai jenis rekaan grafik saya dimana kebanyakan
klien menginginkan logo ini dimasukkan kedalam rekabentuk banner ataupun papan tanda perniagaan mereka.

Sudah pasti ada diantara anda yang ingin menggunakan logo ini didalam proposal,kerja kursus,rekaan baju ataupun
projek pembentangan berbentuk "powerpoint".

Jadi disini anda bolehlah memuat-turun logo 1Malaysia dalam resolusi dan kualiti yang memuaskan.

Muat-turun Pakej Logo 1 Malaysia

> 1Malaysia.ai (vector)
> 1Malaysia.psd (CMYK Color Mode)
> 1Malaysia.jpg (resolusi 150dpi)
> 1Malaysia.png (resolusi 150dpi)

Saturday, June 12, 2010

Pengenalan DIRI

Pengenalan DIRI

Sebelum saya menulis entri-entri berikutnya, terlebih dahulu ingin saya introduksikan serba
sedikit mengenai diri saya.

Bagaimana saya boleh berkecimpung didalam bidang seni ini?
Sebenarnya saya dididik secara tidak langsung didalam bidang ini
oleh arwah ayah saya sejak dari kecil lagi dimana beliau dahulunya
adalah seorang ahli tukang yang amat peka kepada kesenian.

Memandangkan saya anak sulung kepada arwah, maka arwah ingin sekali melihat
saya mengikut jejaknya yang cinta akan kesenian. Arwah sentiasa mendedahkan saya
terhadap dunia seni dan sering membawa saya ke pameran-pameran seni walaupun
pada masa itu saya masih kecil dan tidak begitu memahami apa itu seni,rekaan dan
konsep apatah lagi persepsi dan falsafah seni.

Arwah dahulunya membuka sebuah kedai kecil dimana disitulah punca rezeki kami sekeluarga.
Bermula dengan menjual barangan antik dan kemudiannya diikuti dengan
mengambil tempahan pertukangan dan rekaan. Disitu jugalah saya didedahkan dengan
kesenian. Mungkin cara pembuatan seni pada masa itu dan sekarang sudah jauh berbeza
disebabkan teknologi; namun semuanya bermula dari asas dan berkembang hinggalah apa yang
kita dapat lihat pada hari ini.

Sedikit demi sedikit saya mula berminat dengan dunia ini dan mengasah bakat. Sebenarnya
saya juga tidak pasti adakah bakat ini datang secara semulajadi, dari genetik ataupun
perlu dilatih. Apapun yang saya tahu, mata pelajaran disekolah yang paling digemari
sudah tentunya seni lukis.
Idea Menulis BLOG

Idea Menulis BLOG

Dari mana datangnya idea untuk menulis blog ini?

Sebenarnya jika boleh; saya ingin membina terus sebuah laman
web portfolio sendiri.Tetapi saya tidak mempunyai cukup bahan/masa dan peruntukan
untuk berbuat demikian.Jadi idea portfolio itu ditangguhkan sehinggalah kehari ini.
Pada suatu hari saya menerima "job" untuk menyiapkan iklan surat khabar bagi
syarikat dimana saya pernah bekerja dan saya memerlukan beberapa logo-logo vector bagi
menyiapkan iklan tersebut. Logo vector tersebut dihasilkan semula oleh saya dan memakan
masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Tiba-tiba terfikir; mungkinkah saya boleh peroleh
logo vector tersebut dari internet? Alhamdulillah saya dapat memuat turun beberapa logo
vector walaupun tidak kesemua yang saya perlukan ada di internet.
Sekurang-kurangnya saya dapat menjimatkan masa untuk menyiapkan beberapa logo vector.
Terima kasih saya ucapkan kepada "designer" yang tidak lokek berkongsi hasil kerja mereka.
Alangkah bagusnya jika terdapat lebih ramai yang ingin berkongsi.

Mengapa pula saya hanya berharap "designer" lain untuk berkongsi sedangkan saya tidak?
Jadi tanpa berlengah dan berfikir panjang, saya lupakan hasrat untuk membina laman portfolio sendiri sebaliknya terus menulis sahaja pada laman blog ini.
Introduksi BLOG

Introduksi BLOG

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua yang sudi menyinggah
ke laman blog saya ini. Laman blog ini saya tuliskan sebagai satu
medium bagi mencurahkan segala hasilan dan idea kreatif yang tersimpan
diminda saya ini dan juga secara tidak langsung boleh dijadikan
sebagai portfolio bagi diri saya sendiri.

Laman blog ini sengaja ditulis dalam bahasa melayu memandangkan
pemfokusan saya adalah untuk pembaca-pembaca di malaysia.

Saya berharap agar suatu hari nanti ramai yang mendapat manfaat
dari entri blog saya sebagaimana saya mendapat manfaat dari entri
blog orang lain.

Para PEMBACA