Tuesday, July 27, 2010

Hari yang agak SIBUK

Hari ini adalah antara yang sangat sibuk buat saya dimana terdapat ramai client yang datang di meja kerja saya dari pagi hingga ke petang.. (malam pun ada juga). Kerja yang begitu banyak sehinggakan saya pun tidak tahu yang mana harus disiapkan dahulu... Jadi untuk entri kali ini saya paparkan dua projek yang telah saya siapkan hari ini.

BISNES KAD : AIDIT BERJAYA

*Bisnes kad untuk Syarikat Aidit Berjaya Enterprise

BANNER & BANTING : MEDICAL PARAMEDIC & ALLIED HEALTH PROFESSIONAL SCIENTIFIC CONFRENCE 2010

*Rekaan banner


*Rekaan banting

Demikianlah hari yang agak sibuk bagi saya.

Monday, July 26, 2010

Ramadhan AL-MUBARAK

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadi mungkin tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat menyambut bulan puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia, di Malaysia, dan tidak lupa juga mereka yang rajin mengunjungi laman BLOG saya ini.


*Klik untuk melihat paparan lebih jelas

Ini adalah tempahan banner pertama untuk tahun ini yang saya terima bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan InsyaAllah jika ada lagi tempahan yang berkaitan akan saya paparkan rekaan banner yang lain pula.

Ladang Infoternak : Petting ZOO

Ini adalah rekaan untuk logo untuk Petting Zoo (Ladang Infoternak) yang bakal dibuka. "Client" meminta saya mencipta satu logo yang ceria bagi Petting Zoo mereka. Ini mungkin kerana sasaran mereka adalah untuk menarik minat dari golongan kanak-kanak untuk mengunjungi Petting Zoo ini. Apapun saya masih menanti samada logo ini menepati kehendak mereka atau tidak. Sekiranya tidak, saya terpaksa merekacipta satu lagi logo.


*Logo Petting Zoo hasil rekaan saya.

Banner Program Intervensi PELAJAR

Rekaan banner untuk Program Intervensi Pelajar 2010 yang dianjurkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan Kuala Kangsar & Pejabat Pelajaran Kuala Kangsar.



*Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas

Friday, July 23, 2010

Car Sticker CENTRE

Selain membuat rekaan banner,bunting,billboard dan papantanda saya juga sekarang terbabit dalam kerja-kerja merekacipta pelekat kereta (car sticker/car stripes). Buat masa ini saya masih lagi baru didalam bidang ini dan berharap dapat mempertajamkan lagi bakat dalam dunia lekat -melekat ini. Ini adalah papantanda atau billboard yang saya reka untuk kedai pelekat kereta (bakal dibuka) yang juga dimiliki oleh bos saya dan ianya bersebelahan sahaja dengan tempat saya bekerja. Jadi buat masa ini segala kerja merekacipta atau tempahan beroperasi di meja kerja saya.

Ingin menempah? Berikan ukuran saiz dan saya akan minta bos saya beri sebut harga.
untuk pertanyaan bolehlah email saya di creativcolor@gmail.com


*rekaan papantanda/billboard untuk Car Sticker Centre


*papantanda/billboard yang siap dipasang

Heram Wedding PLANNER

Sebenarnya sudah lama saya ingin memaparkan entri ini didalam blog tetapi disebabkan projek ini masih lagi belum menjadi realiti. Saya masih lagi menunggu "client" untuk memberi kata putus samada ingin membuat papan tanda ini atau tidak. Sehingga sekarang grafik ini masih lagi belum direalisasikan lagi. Tidak mengapalah, saya paparkan dulu sementara saya ada masa terluang untuk kemaskini blog.



Ada sesiapa yang berminat dengan rekaan papan tanda sebegini? Boleh hubungi saya jika ingin menempahnya.

Wednesday, July 21, 2010

Karnival Kebudayaan TAMIL

Projek paparan kali ini adalah berkenaan Kebudayaan Tamil. Disini saya cuba memasukkan elemen yang budaya tamil yang boleh dikenalpasti oleh kebanyakan masyarakat kita iaitu tarian dan kolam rangoli

Kad RAYA

Mungkin bagi anda semua, adalah terlalu awal untuk mengucapkan selamat hari raya pada masa sebegini. Mana tidaknya puasa pun belum lagi.. tapi lain ceritanya bagi para-para "designer" tambahan pula pada mereka yang berada dalam "retail line" sepatutnya mereka sudahpun menyiapkan rekaan untuk perayaan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Disini ingin saya kongsikan bersama rekaan kad raya yang belum dicetak atau dimuat-naik kemana-mana laman web sebelum ini. "Minimal & simple".



Kepada sesiapa yang ingin menggunakannya rekaan ini sebagai "e-card" bolehlah berbuat demikian dan sekiranya kalau ada yang ingin mencetaknya dipersilakan.. ianya percuma untuk kegunaan anda. Jika anda ingin mengubahsuai sedikit rekaan ini, bolehlah memuat-turun fail vektor berformat coreldraw (*.cdr) >> Muat-turun Kad Raya

Tuesday, July 20, 2010

Signtech di PWTC



Baru-baru ini saya telah ke 21st Malaysia International Sign & Technology Fair 2010 (Signtech) yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Setelah menghadiri pameran tersebut minda saya bertambah berkembang kerana saya mendapat informasi yang sangat-sangat berguna dimana banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai dunia perniagaan percetakan dan yang sealiran dengannya. Disini pelbagai jenis mesin dipamerkan untuk jualan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan pengiklanan. Saya sungguh teruja kerana berada disitu memandangkan ini adalah kali pertama saya melihat pameran sebegini.


*antara yang dipamerkan di pameran Signtech

Saya pastinya akan mengunjungi lagi pameran Signtech dimasa akan datang dan pameran-pameran yang seumpamanya kerana ia memberi banyak pendedahan kepada saya sekaligus menambah ilmu pengetahuan saya yang sedia cetek ini.

Kepada anda yang berminat dengan dunia percetakan dan pengiklanan ini, saya sangat syorkan anda mengunjunginya pada tahun hadapan. Tetapi sebelum itu saya nasihatkan supaya anda membawa "Business Card" yang secukupnya supaya senang untuk berurusan dengan pembekal-pembekal yang berpotensi memberikan anda peluang perniagaan kelak.

Projek-projek KERAJAAN

Selain daripada membuat rekaan untuk pelanggan persendirian, saya juga diberi peluang untuk menghasilkan rekaan untuk badan kerajaan. Cabaran yang dihadapi apabila membuat rekaan bagi mereka adalah rekaan mestilah bersesuaian dengan konsep dan kehendak beberapa pihak yang mengendalikan projek itu. Inilah yang agak sukar, kerana kadangkala terdapat lebih dari 3 juri atau pengkritik yang akan memberi komen atau mengubah rekaan mengikut citarasa mereka. Tetapi alhamdulillah dalam kes saya ini, rekaan saya diterima dalam masa yang singkat. Berikut adalah antara hasil rekaan saya untuk badan kerajaan.

Pejabat Tenaga Kerja : Tapah


*rekaan untuk hiasan dinding di pejabat Tenaga Kerja : Tapah

Festival Kesenian Islam : Kemas Peringkat Kuala Kangsar

*Rekaan "backdrop" bagi pentas yang digunakan untuk pertandingan nasyid,marhaban dan yang berkaitan Festival Kesenian Islam


Risalah Jabatan Perhutanan Perak : Taman Herba Papan



*risalah untuk bahagian dalaman


*risalah untuk bahagian luaran

Friday, July 9, 2010

Rekaan PAPANTANDA

Selain dari menghasilkan banting, saya juga menghasilkan papantanda perniagaan. Berikut adalah 2 rekaan yang saya pilih untuk dipaparkan bagi entri kali ini.


*rekaan papantanda perniagaan bagi KH Chan Home Planner


*rekaan papantanda stall burger sekaligus sebagai papan menu.

Rekaan BANTING

Demam bolasepak Piala Dunia membuatkan entri saya turut demam seketika sehinggakan ada yang bertanya pada saya; "tidak mahu mengemaskini laman BLOG lagikah?". Bukan tidak mahu menulis entri tetapi kadangkala saya sibuk menjalani kehidupan saya juga. Bukan kerana asyik menonton bolasepak tetapi kadangkala perlu bersosial juga. Jangan hanya menghadap "laptop" dan internet sahaja, ianya tidak baik untuk kesihatan.

Baiklah, entri kali ini adalah berkenaan dengan rekaan banting terawal saya iaitu untuk Pertubuhan Peladang dan juga gerai Nasi Lemak 1 Malaysia. Saya telah menghasilkan banyak banting sepanjang 3bulan kerjaya saya di sini, jadi saya memilih untuk memuat naik rekaan banting saya yang terawal.



*tulisan bahasa cina itu ditulis oleh bos saya, bukan saya. (kredit kepada bos)

Para PEMBACA