Friday, August 31, 2012

[ FLYERS ] : Bluepink Catshouse

CC bukan sahaja telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan BIZCARD bagii pihak Bluepink Catshouse, tetapi juga diberi tugasan untuk menghasilkan flyers bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat mengenai lokasi pusat penjagaan kucing Bluepink ini.


*Berikut adalah design cadangan yang CC kemukakan.

*Client mahukan foto kucing dimasukkan kedalam flyers.

*Design ini menjadi pilihan.




*hasil sesudah dicetak.



[ My Google Keyword ] : Contoh design flyers kedai penjagaan kucing Bluepink Catshouse

[ BIZCARD ] : Bluepink Catshouse


Projek bizcard yang CC terima kali ini adalah berbeza dari sebelum ini.. Kali ini CC diberi tugasan untuk menghasilkan bizcard untuk perniagaan Penjagaan Kucing. Berikut adalah design yang CC hasilkan untuk pemilik kedai iaitu Pn.Maisara Hussin



*Pada mulanya CC kemukakan konsep single side design begini



*Client meminta CC hasilkan design double side




*Design yang terakhir dipilih dan masuk ke proses percetakan.


 [ My Google Keyword ] : Contoh design bizcard business card kad nama kedai penjagaan kucing

[ STICKER ] : Suffer8Zine Territory






Sticker yang ditempah oleh Suffer8Zine Territory. Sticker ini digunakan sebagai freegift kepada pembaca website/blog mereka.

[ My Google Keyword ] : Sticker Label Freegift Freebies Suffer8Zine Territory

[ LOGO ] : Arlip Stunt Riders


CC mendapat satu lagi projek rebranding dimana CC diberi contoh sketch LOGO dan CC perlu memperkemaskan lagi logo sedia ada sebelum ianya dijadikan sticker.
Arlip Stunt Riders adalah sebuah organisasi yang sering membuat pertunjukan STUNT dan pernah terlibat dalam produksi penggambaran .

Berikut adalah hasil design yang dijadikan sticker.

[ My Google Keyword ] : Arlip Stunt Riders logo sticker.

Terpilih antara pemenang LOGO MERDEKA versi KUKUBESI

Sebulan yang lalu komuniti pereka (designer) telah digemparkan dengan pemilihan logo kemerdekaan yang telah dikatakan sebagai mencabar dan menghina kredibiliti pereka-pereka (grafik khususnya). Logo yang telah diluluskan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah menimbulkan kemarahan kerana ia seperti memperlekehkan kebolehan yang ada pada pereka tempatan dan logo yang dipilih sebagai logo rasmi itu (sila google "Logo 1 Malaysia 55 Merdeka Janji Ditepati") tidak mencapai tahap kelayakan atau standard untuk dijadikan logo apatah lagi untuk digolongkan didalam kelompok LOGO KEMERDEKAAN NEGARA.

Sehubungan dengan itu terdapat banyak bantahan yang disuarakan pelbagai pihak dan KUKUBESI MANIPULASI adalah salah satu daripada mereka yang menganjurkan pertandingan bagi memilih visual atau LOGO tidak rasmi untuk Hari Kemerdekaan ke 55.

Terdapat lebih 500 karya yang dihantar kepada pihak KUKUBESI dan Alhamdulillah, logo rekaan CC tersenarai dalam kelompok 20 penyertaan terbaik.

Berikut adalah keputusan yang menyenaraikan logo rekaan CC

Berikut pula adalah logo-logo yang CC hantar kepada pihak KUKUBESI








Ini pula logo rekaan CC yang berbeza dari tema retro yang dianjurkan KUKUBESI


Jika dilihat dari sudut positif, isu ini sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan dimana orang ramai mula sedar betapa pentingnya penciptaan logo yang dahulunya tidak begitu dititikberatkan oleh masyarakat.
Semoga MINDA kita akan lebih MERDEKA selepas isu ini.
[ My Google Keyword ] : Logo Hari Kemerdekaan 55 Tahun Versi KUKUBESI


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55



Hari ini adalah 31 Ogos 2012 dan dikesempatan ini CC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 buat semua rakyat Malaysia dan pembaca blog CC khasnya. Kepada mereka yang mengikuti perkembangan blog CC mungkin dapat merasakan bahawa entri blog CC agak sepi kebelakangan ini. Ini kerana CC agak sibuk untuk menyiapkan tempahan-tempahan yang semakin memberansangkan dan CC bersyukur kerana semakin ramai yang berminat dengan khidmat design CC.

InsyaAllah selepas ini CC akan paparkan kerja-kerja yang telah CC siapkan semasa CC menyepikan dari dari menulis entri blog.

Semoga Kemerdekaan yang kita capai sehingga ke hari ini dapat diselami erti dan maknanya dan bukan semata-mata hanya dengan laungan MERDEKA! MERDEKA MERDEKA!

Sekian.


Para PEMBACA