Saturday, July 30, 2011

[ Apa Nama Font ] : Angry Bird


Pasti ramai yang mengenali akan permainan ANGRY BIRD yang popular di platform android dan juga terdapat dalam versi PC ini.ANGRY BIRD menjadi permainan yang semakin digilai di seluruh dunia dan kita sendiri boleh melihat "merchandise" untuk permainan ini sudah pun bersepah dipasaran.

Bersempena dengan kegilaan terhadap permainan ini.. segmen APA NAMA FONT kali ini akan memperkenalkan kepada anda semua apakah font yang digunakan untuk "FLASH SCREEN" sebelum permulaan permainan ini.

Font tersebut direka oleh Nate Piekos pada tahun 2005 untuk Blambot Fonts dan diberinama

"FEAST OF FLESH"

Sekarang anda sudah tahu apakah font tersebut bukan? Ingin download font itu?
Klik pada butang muat-turun dibawah.



Selepas ini bolehlah anda gunakan font itu untuk projek design anda yang akan datang.

[ My Google Keyword ] : Apa nama font Angry Bird Font

[ Info Design ] : Kekuatan Teks Dan Warna Dalam Iklan


Sekiranya anda rajin ke KLCC pastinya anda dapat kenalpasti dimana lokasi gambar yang saya paparkan diatas.Saya yakin setiap orang pastinya tidak akan terlepas pandang pada "Advertising Board" diatas. Mengapa?

Lokasinya terletak betul-betul bertentangan dengan "escalator" LRT menuju ke SURIA KLCC. Dari jarak yang agak jauh iaitu lingkungan 15 kaki dari "escalator" Advertising Board ini telah berjaya menangkap mata audience dengan sekelip mata. Ianya tidak memerlukan gambar-gambar model cantik atau kacak untuk menarik perhatian anda, cukup hanya sekadar teks dan warna.

Penggunaan teks sans-serif yang tebal disokong dengan warna latar "plain" yang dominan seperti merah dan biru telah berjaya membuatkan audience "terpaksa" membacanya. Ini kerana susun atur teks yang jelas memudahkan audience membacanya dengan sekilas lalu walaupun audience tersebut tidak berniat untuk membacanya.Dengan penggunaan saiz teks yang berbeza mengikut kepentingan mesej yang cuba disampaikan saya menganggap "Advertising Board" ini adalah salah satu pengiklanan yang berjaya!

Disinilah kekuatan yang ada pada penggunaan TEKS dan pemilihan WARNA.

Thursday, July 21, 2011

[ Vehicle Design ] : Ikan Bakar Hooo Liao Lorry

Alhamdulillah semenjak setahun setengah berada dalam bidang grafik design ini.. bermacam-macam jenis design produk yang telah saya hasilkan.. Kali ini saya paparkan satu lagi kebolehan yang telah saya miliki iaitu "Vehicle Wrap". Tapi design lori dibawah ini bukanlah totaly "Vehicle Wrap". Cuma beberapa bahagian sahaja dilekatkan.

Jika tak silap saya ini adalah lori yang ke-8 yang telah saya hasilkan rekaannya.






[ My Google Keyword ] : Vehicle Wrap , Design Stiker Lori Ikan Bakar

[ Display ] : Wedding Balloon Decoration

Bulan ini saya agak kurang aktif untuk menjenguk dan mengemaskini BlogCC. Ini disebabkan ada perkara-perkara lain yang harus saya dahulukan terlebih dahulu. Apapun dengan dengan sedikit masa yang ada ini saya cuba luangkan untuk menambah entri di BlogCC.

Entri untuk kali ini agak berbeza sedikit dari entri BlogCC sebelum ini. Kali ini saya paparkan projek yang dikendalikan oleh adik saya pula. Projek tersebut adalah projek dekorasi belon untuk sebuah majlis perkahwinan salah seorang rakannya. Berikut adalah hasil kerjanya.



Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat dekorasi belon sempena majlis perkahwinan kendalian adik saya ini, anda bolehlah email kepada saya untuk tempahan. (*Buat masa ini tempahan disekitar Ipoh sahaja diterima) dan saya akan sampaikan tempahan kepada beliau dan seterusnya beliau akan menghubungi dan maklumkan kepada anda samada beliau boleh membuat dekorasi untuk anda pada tarikh yang dipinta. Sila email kepada creativcolor@gmail.com

[ My Google Keyword ] : Wedding Balloon decoration | Dekorasi Belon Untuk Majlis Perkahwinan sekitar Ipoh

Saturday, July 16, 2011

[ Sticker Label ] : Anderson Rugby Invitation

Kini saya telahpun menambah satu lagi produk dalam servis percetakan saya iaitu Sticker Label.
Sticker label sebegini bolehlah digunakan untuk melekat pada cenderahati, packaging produk makanan ringan, botol dan pelbagai jenis barangan yang memerlukan label.

Selain itu juga Sticker label ini boleh dijadikan sticker untuk majlis perkahwinan anda dan dengan kebolehan designing yang ada, saya harap dapat membantu dalam memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda.

Jika berminat sila email kepada creativcolor@gmail.com untuk mendapatkan sebut harga.

Berikut adalah contoh produk yang saya katakan..


* "Design" telah disediakan oleh "owner" sticker

[ My Google Keyword ] : Sticker Label Stiker Cenderehati

[ Banner ] : Sambutan Hari Ibu Bapa



*Kredit pada bos untuk teks dalam bahasa cina.

[ My Google Keywords ] : Banner sambutan hari ibu bapa

Thursday, July 7, 2011

[ LOGO ] : Logo Rasmi Creativcolor

Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya merekacipta LOGO untuk diri sendiri. Setelah setahun menjadi pereka grafik, bermacam-macam pengalaman yang telah saya timba, semakin ramai saya mengenali rakan seperjuangan dan semakin terbuka mata saya memandang akan keluasannya bidang ini. Jadi bagi memperkenalkan lagi khidmat yang mampu saya tawarkan maka saya memerlukan satu bentuk 'branding' supaya lebih mudah dikenali lagi.

LOGO adalah satu bentuk 'branding' yang terbaik bagi memperkenalkan sesuatu perkhidmatan atau produk. Jadi proses 'branding' amat sesuai dimulakan dengan mempunyai logo. Dan ini ada contoh logo yang saya hasilkan untuk diri sendiri dan masih dalam peringkat 'development'.

[ LOGO ] : Pertandingan Mencipta Logo & Tagline : Ned Henna ( Part 2 )

Setelah mendapat beberapa komen untuk konsep design yang saya reka untuk Ned Henna, saya telah cuba menghasilkan satu set lagi semalam. Ini dia Hasilnya

Wednesday, July 6, 2011

[ LOGO ] : Pertandingan Mencipta Logo & Tagline : Ned Henna

Sebelum ini saya ada memaparkan design logo untuk pertandingan merekacipta LOGO & TAGLINE bagi sebuah syarikat jualan hijab online Radiusite. Kali ini ada satu lagi pertandingan merekacipta LOGO & TAGLINE yang dikelolakan oleh Ned Henna. Seorang yang berkecimpung dalam bidang menginai pengantin. Jadi kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah jenguk-jenguk info di http://www.nedhenna.blogspot.com

Setelah beberapa jam menghadap laptop semalam, terhasilah design logo dan tagline saya untuk pertandingan tersebut seperti dibawah. Sila klik "like" logo saya di fanpage mereka di Facebook


Para PEMBACA