Wednesday, October 27, 2010

Ingin Berjinak Dengan FOTOGRAFI

Baru-baru ini saya pergi bercuti selama 2 hari di Cameron Highland bersama rakan-rakan. Kami membekukan kenangan dan memori didalam bentuk gambar dimana kebanyakan orang masa kini berbuat demikian apabila mereka pergi bercuti dan bersiar-siar. Saya tidak mempunyai sebarang kamera DSLR seperti kawan-kawan yang lain, dan dengan berbekalkan telefon bimbit Nokia N82, saya membuat sesi fotografi atau dalam bahasa pasarnya.. "bergambar!"

Seperti sedia maklum kemampuan kamera pada telefon bimbit tidaklah se-GAH kamera digital apatah lagi jika nak berlawan dengan DSLR yang mempunyai aksesori lensa yang menelan belanja ribuan ringgit...

TETAPI.. dengan sedikit "touch up" menggunakan Photoshop, gambar dirakam dengan telefon bimbit juga mampu menyerlah.

Berikut adalah antara foto yang saya rakam di Cameron Highland dan perbezaannya selepas di-edit.











Jom Reka LOGO!!!

Jom Reka LOGO!!!

Vectorise.net adalah satu laman web yang menghimpunkan pelbagai logo vektor yang di muatturun dan digunapakai oleh para designer Malaysia dalam rekaan mereka. Jadi bagi menghargai usaha murni mereka yang telah membantu menjimatkan masa ramai para designer sekalian, apakata kita sama-sama membantu Vectorise.net mencari identiti logo mereka yang tersendiri.

Imbuhannya? Sila baca dibawah ini.




PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO VECTORISE

Vectorise Logo & Vectorise Forum menganjurkan satu pertandingan mencipta logo.
Anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.
Setiap penyertaan mestilah mengandungi 3 set logo iaitu:

1. vectorise (logo asas)
2. vectorise logo (akan ganti 'Loogoo' lama di Vectorise Logo)
3. vectorise forum (akan digunakan di forum ini Vectorise Forum)

Nota: logo asas 'vectorise' hendaklah sama untuk no.2 dan no.3


TEMA

Bebas dan melambangkan konsep vector atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.


SPESIFIKASI

1. Saiz, Format

- Saiz adalah bebas dan mestilah bersesuaian untuk digunakan pada header website.
- Reka cipta logo perlu dibuat menggunakan software Vector Grafik seperti Adobe Illustrator / Coreldraw dan disimpan dalam fail asal (softcopy).
- Bagaimana pun untuk menyertai pertandingan ini, cukup sekadar mempersembahkan rekacipta dalam format PNG atau JPG sahaja untuk dipost ke dalam forum ini.
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang nanti mestilah menyerahkan fail vector asal (original vector softcopy) untuk menuntut hadiah.


2. Rasional Reka Bentuk

Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas dan rasional dalam Bahasa Malaysia.


3. Warna

Bebas


4. Keaslian logo

Reka bentuk logo mestilah karya asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.


SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum.

2. Semua penyertaan hendaklah dipersembahkan melalui Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan : Contest - Logo Design untuk diundi dan disenarai pendekkan.

4. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi :

- Imej 3 set Logo Design (seperti diterangkan di atas) dalam format PNG (with transparent background) atau JPG
- Penerangan ringkas tentang rasional logo
- Sertakan dibawahnya Username anda, Pekerjaan / latarbelakang bidang anda & Umur.

3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

4. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan
logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.

5. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

6. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 31hb Disember 2010, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.


PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh Vectorise Forum.

2. Bagaimanapun bilangan undi juga akan diambil kira untuk disenarai pendek ke pemilihan akhir.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.


HADIAH

Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah :

- Wang Tunai bernilai RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja)
- Dan ruangan Iklan di Vectorise Logo selama 3 Bulan.

Kempen Keselamatan Pengguna Jalan Raya : Anjuran POLIS KONTINJEN PERAK

Rekaan banner



Rekaan bunting

Saya Suka TYPOGRAPHY!

Typography adalah antara perkara yang amat saya suka didalam senireka ini. Ia adalah salah satu elemen yang amat penting didalam bidang pengiklanan.Typography memainkan peranan terhadap sesuatu iklan ataupun rekaan.

Sesetengah mukataip dapat menterjemahkan secara terus mengenai apa yang ingin disampaikan tanpa perlu membaca keseluruhan teks. Saya akan menulis satu entri khas mengenai mukataip jika ada kelapangan kelak.

Disini ingin saya paparkan rekaan berkaitan dengan Typography.

Bulan lepas saya ada menerima satu tugasan dimana saya perlu merekacipta plat nama,yang mana ianya menggantikan plat nombor kereta untuk klien yang akan melangsungkan perkahwinan (telahpun berlangsung). Klien meminta agar saya merekacipta Typography berdasarkan nama mereka dengan tema cinta.

Jadi.........
inilah hasilnya




Sememangnya saya sangat berminat dengan TYPOGRAPHY dan sungguh kagum dengan para designer yang telah mencipta berpuluh ribu jenis FONT dan telah digunapakai dalam pelbagai perkara dan bertahun lamanya.Dengan rasa keterujaan itu saya juga telah mencipta "Custom FONT" saya sendiri beberapa tahun yang lalu tetapi masih belum lengkap sepenuhnya.

Inilah ciptaan saya...



Selain dari ciptaan diatas, saya juga pernah merekacipta Hiroglif dalam lingkungan tahun 2006. Pada asalnya ia dicipta untuk projek ONLINE GAME : SHADO TRIBE dimana saya bekerjasama dengan seorang rakan saya yang merupakan seorang PROGRAMMER. Selain mencipta FONT saya juga mencipta karekter bagi ONLINE GAME tersebut dan juga merekacipta bahasa sendiri, tetapi malangnya hajat kami tidak kesampaian kerana masing-masing begitu sibuk dengan kerja dan kami pula sudah bekerja di syarikat yang berlainan. Maka terkuburlah hasrat untuk menghasilkan ONLINE MMORPG SHADO TRIBE. Semua "Artwork" masih lagi dalam simpanan saya dan tidak pernah saya paparkan dimana-mana laman web.

Inilah dia Shado Gliphs rekaan saya...

Para PEMBACA