Showing posts with label BlogCC Notepad. Show all posts
Showing posts with label BlogCC Notepad. Show all posts

Friday, August 5, 2016

BlogCC is Back!!



Entah kenapa tiba-tiba terdetik dihati untuk menghidupkan BlogCC ini kembali. Setelah 3 tahun tidak membuat entri blog, rasanya sudah tiba masanya untuk menyambung semula misi berkongsi ilmu melalui blog. Alhamdulillah ilmu pun dah semakin bertambah. Selalunya update di FACEBOOK sahaja tapi bila nak cari balik status-status berbentuk ilmiah tu dah tak jumpa.

Pelbagai pengalaman telah CC lalui sepanjang hampir 6 tahun berkecimpung dalam bisnes kreatif ini.. Pahit,Manis,Jatuh,Bangun macam-macam dah rasa... Jadi ada baiknya sambung BLOGGING ni... boleh "share" macam-macam kan?

Untuk konsep blog pula CC akan gabungkan sekali "blogging" dan "business portfolio" supaya tak payah nak manage banyak web lagi dah.. Semua menu akan menggunakan bahasa inggeris tetapi artikel atau entri akan ditulis dalam bahasa melayu dan akan campurkan sedikit terma inggeris supaya semua mudah faham. Tak semua bahasa melayu tu mudah faham betul tak?

Oklah.. CC harap dapat update blog sekerap yang mungkin.. Selamat Membaca! :)

Friday, August 31, 2012

Terpilih antara pemenang LOGO MERDEKA versi KUKUBESI

Sebulan yang lalu komuniti pereka (designer) telah digemparkan dengan pemilihan logo kemerdekaan yang telah dikatakan sebagai mencabar dan menghina kredibiliti pereka-pereka (grafik khususnya). Logo yang telah diluluskan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah menimbulkan kemarahan kerana ia seperti memperlekehkan kebolehan yang ada pada pereka tempatan dan logo yang dipilih sebagai logo rasmi itu (sila google "Logo 1 Malaysia 55 Merdeka Janji Ditepati") tidak mencapai tahap kelayakan atau standard untuk dijadikan logo apatah lagi untuk digolongkan didalam kelompok LOGO KEMERDEKAAN NEGARA.

Sehubungan dengan itu terdapat banyak bantahan yang disuarakan pelbagai pihak dan KUKUBESI MANIPULASI adalah salah satu daripada mereka yang menganjurkan pertandingan bagi memilih visual atau LOGO tidak rasmi untuk Hari Kemerdekaan ke 55.

Terdapat lebih 500 karya yang dihantar kepada pihak KUKUBESI dan Alhamdulillah, logo rekaan CC tersenarai dalam kelompok 20 penyertaan terbaik.

Berikut adalah keputusan yang menyenaraikan logo rekaan CC

Berikut pula adalah logo-logo yang CC hantar kepada pihak KUKUBESI








Ini pula logo rekaan CC yang berbeza dari tema retro yang dianjurkan KUKUBESI


Jika dilihat dari sudut positif, isu ini sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan dimana orang ramai mula sedar betapa pentingnya penciptaan logo yang dahulunya tidak begitu dititikberatkan oleh masyarakat.
Semoga MINDA kita akan lebih MERDEKA selepas isu ini.
[ My Google Keyword ] : Logo Hari Kemerdekaan 55 Tahun Versi KUKUBESI


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55



Hari ini adalah 31 Ogos 2012 dan dikesempatan ini CC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 buat semua rakyat Malaysia dan pembaca blog CC khasnya. Kepada mereka yang mengikuti perkembangan blog CC mungkin dapat merasakan bahawa entri blog CC agak sepi kebelakangan ini. Ini kerana CC agak sibuk untuk menyiapkan tempahan-tempahan yang semakin memberansangkan dan CC bersyukur kerana semakin ramai yang berminat dengan khidmat design CC.

InsyaAllah selepas ini CC akan paparkan kerja-kerja yang telah CC siapkan semasa CC menyepikan dari dari menulis entri blog.

Semoga Kemerdekaan yang kita capai sehingga ke hari ini dapat diselami erti dan maknanya dan bukan semata-mata hanya dengan laungan MERDEKA! MERDEKA MERDEKA!

Sekian.


Sunday, March 11, 2012

Portfolio Logo di Logopond

CC sedang dalam proses untuk mencuba pasaran logo/design antarabangsa dan buat permulaan CC telah membina sebuah portfolio logo dilaman web yang mengumpulkan designer-designer logo dari seluruh dunia.



Sudilah lawati Showcase Portfolio CC di Logopond.com

Thursday, March 8, 2012

Pertandingan Mencipta Logo Balloon Artist

Pertandingan Mencipta Logo Balloon Artist

Anda kreatif? Beminat untuk mencari ekstra duit poket sebanyak RM100?
Disini CC nak umumkan kepada anda terdapat satu pertandingan ciptaan logo. Butirannya adalah seperti berikut,...




Vectorise Logo & Vectorise Forum menganjurkan satu pertandingan mencipta logo.
Anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.

TEMA

Bebas (melambangkan konsep Balloon atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. )

SPESIFIKASI


1. Saiz, Format

- Saiz ukuran untuk website berskala Width 268 pixels X Height 50 pixels berlatarbelakangkan background Putih atau Transparent
- Reka cipta logo perlu dibuat menggunakan software Vector Grafik seperti Adobe Illustrator / Coreldraw dan disimpan dalam fail asal (softcopy).
- Bagaimana pun untuk menyertai pertandingan ini, cukup sekadar mempersembahkan rekacipta dalam format PNG atau JPG sahaja untuk dipost ke dalam forum ini.
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang nanti mestilah menyerahkan fail vector asal (original vector softcopy) untuk menuntut hadiah.

2. Rasional Reka Bentuk
Berkonsepkan Perkataan "Balloon Artist".

3. Warna Bebas

4. Keaslian logo
Reka bentuk logo mestilah karya asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.

SYARAT PENYERTAAN


1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum. (termasuk mod, uploader pun boleh meyertai..) sebab yang mengadili adalah pihak "Balloon Aritst"

2. Semua penyertaan hendaklah dipersembahkan melalui Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan Ballon Artist Logo. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi : - Imej dalam format PNG (with white/transparent background) atau JPG

3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

4. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.

5. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

6. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 1hb April 2011, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.

PENGADILAN


1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh Pihak Balloon Artist .
2. Keputusan Pihak Balloon Artist adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.

HADIAH
Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah : - Wang Tunai bernilai RM 100.00 (Ringgit : Seratus sahaja)

Selamat mencuba!

 *P/s : CC juga mungkin akan menyertainya dan  semoga kita dapat bersaing secara sihat. :)

[ My Google Keyword ] : Pertandingan Mencipta Logo 2012

Monday, March 5, 2012

Sistem Muat-Turun Blog CC

Bagi memudahkan CC untuk penyelenggaraan fail-fail 'freebies download' CC telah sediakan satu sistem download dimana CC akan lebih mudah untuk memantau fail-fail download yang disediakan untuk pelawat blog. Dengan adanya sistem ini CC dapat melihat statistik fail untuk melihat fail apa yang digemari pelawat dan sekali gus dapat mengetahui apakah fail-fail yang patut CC muat naik dimasa akan datang. Dengan adanya sistem ini, anda juga boleh melihat info lebih terpeinci mengenai fail yang akan anda download. Tidak seperti sebelum ini maklumat untuk sesuatu fail download agak kurang jelas.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan sistem ini. :)

Monday, February 13, 2012

Akaun PAYPAL CreativCOLOR

 
Sudah sekian lama CC hendak membuat akaun PAYPAL sendiri sebenarnya tapi tidak berapa tahu akan prosedurnya. Alhamdulillah akhirnya hari ini CC berjaya juga mempunyai akaun paypal rasmi yang siap "verified". Bermula dari hari ini CC sudah boleh mengambil "job project" dari luar negara. Dengan ini CC umumkan secara rasmi.. pembayaran melalui paypal juga diterima dengan syarat transaksi untuk sesuatu projek hendaklah RM200 keatas.

Saturday, January 28, 2012

Terpilih sebagai pemenang!!

Keputusan pertandingan mencipta LOGO dan TAGLINE bagi An Nur Gallery telahpun diumumkan dan Alhamdulillah logo dan tagline rekaan CC telah berjaya memenangi hati JURI dan dinobatkan sebagai pemenang kategori FAVOURITE STYLE.

Senarai pemenang bagi kategori lain sila klik SINI

Atas permintaan penganjur, sedikit perubahan dilakukan keatas logo sebelum ianya digunakan secara rasmi bagi perniagaan mereka. Berikut adalah logo akhir bagi An Nur Galeri.


Dan ini pula logo final yang dipilih..


Dan hadiah yang diterima adalah wang tunai RM150 dari penganjur An Nur Gallery dan sekotak chocolate sumbangan ArahChocolate

 

[ My Google Keyword ] : Logo & Tagline Contest 2012
FREELANCER dan Projek Gantung Diri!!

FREELANCER dan Projek Gantung Diri!!

Disini CC ingin kongsikan satu kisah berdasarkan pada satu pengalaman yang baru CC lalui. Kes ini berkaitan dengan beberapa perkara iaitu "INGIN TOLONG KAWAN" - "MEMPELAJARI BENDA BARU" - "DATELINE" & "DUIT".

Ok baiklah.. apakah kaitan 4 perkara tersebut dalam cerita yang ingin CC sampaikan disini?

Ceritanya begini..

Pada suatu hari ada seorang kawan menawarkan satu projek yang belum pernah CC buat sebelum ini. Pada mulanya CC mengambil projek tersebut atas rasa ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru tetapi setelah memikirkan dateline yang terlalu singkat untuk proses TRY & ERROR maka CC menolak projek tersebut. Kemudian setelah dipujuk dan dengan niat untuk membantu kawan yang agak terdesak kerana dateline projek itu yang semakin singkat, jadi CC terima untuk projek ini bagi membantu beliau disamping mendapat duit tepi.

Jika nak dikirakan, projek ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan pun kepada CC kerana bayaran yang diberi hanya cukup-cukup untuk menampung kos pembelian material. Tapi seperti yang CC nyatakan, disebabkan ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru maka CC tidak terlalu memikirkan soal duit.

Tetapi tanpa diduga projek yang difikirkan mudah itu sebenarnya lebih susah dari yang CC sangkakan dan sebelum terjadi kerugian yang lebih besar, CC memilih untuk berhenti dari meneruskan projek berkenaan memandangkan ilmu dan kelengkapan mengenai projek yang tidak mencukupi. Lalu CC memberitahu kepada kawan CC tentang masalah itu.

Akan tetapi
Entri Pembukaan 2012

Entri Pembukaan 2012

Assalamualaikum dan dalam sejahtera buat pelawat blog yang tidak jemu-jemu menyinggah ke Blog CC ini. Banyak perkara yang CC lalui diawal tahun 2012 ini. Ada perkara yang baik dan ada juga yang perlu CC jadikan iktibar dalam meneruskan karier dan hidup.

Hidup sebagai seorang FREELANCER sepenuh masa sememangnya mencabar dan haruslah bekerja dengan lebih gigih dari designer yang bergaji. Namun kedua-duanya ada pro dan kontranya. Walaupun kehidupan FREELANCER sangat bebas tetapi masih ada risikonya. Projek lambat dibayar adalah salah satu situasi dimana ia boleh menjejaskan perancangan dan kitaran kerja seseorang FREELANCER. Masalah 'underpaid' juga kadangkala terjadi dimana apabila berada dalam keadaan terdesak maka apa sahaja tawaran yang tidak munasabah akan diterima tanpa berfikir panjang bagi menampung kos harian dan bagi membuat pusingan modal bagi projek-projek seterusnya termasuklah membayar semula hutang piutang untuk projek-projek lepas.

Banyak pengalaman yang CC pelajari diawal tahun ini dan apa yang terjadi akan CC jadikan iktibar dan pengajaran untuk menghadapi situasi dimasa akan datang. Apapun CC tetap akan teruskan  berusaha walaupun cabaran yang akan datang semakin hari semakin hebat dan CC ingin ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang memberi semangat dan tak kurang juga yang memberi cabaran. Segala nasihat dan kritikan akan dijadikan sebagai renungan untuk menempuhi hari mendatang.

Saturday, December 31, 2011

Entri penutup tahun 2011

Assalamualaikum dan terima kasih kepada kalian semua yang selama ini telah banyak menyokong CC, memberi tunjuk ajar, pandangan dan pelbagai input dan pengalaman yang berguna buat CC untuk terus berada dibidang kreatif ini dan terus kekal menulis. Ini adalah entri khas bagi menutup tirai 2011 dan selepas ini akan CC akan terus meneruskan perjuangan di tahun yang baru dan harap dapat menimba pelbagai lagi ilmu dan pengalaman lain di tahun mendatang. Apa pun 2011 telah meninggalkan banyak kenangan pahit manis buat CC dan sebelum menjelang tahun baru 2012 ini CC ingin menambil kesempatan untuk menoleh sejenak apa yg telah dicapai selama ini dan akan membuatkan CC terus kehadapan..


1. CreativCOLOR in Vectorise.Net

*screenshot forum vectorise

*kad ahli rasmi vectorise.net

Diam tak diam sudah lebih setahun CC menjadi ahli forum Vectorise.Net dan disamping mendapatkan bantuan dan info, CC juga diberi peluang untuk membantu yang lain dan CC amat berbangga dan berterima kasih kepada tuan punya web dan ahli-ahli forum yang lain kerana memberi kepercayaan kepada CC menjadi Global Mod. Sesungguhnya sumbangan yang CC berikan masih kecil dan CC akan cuba untuk tingkatkan lagi kualiti servis CC.

Laman Vectorise.net telah menjadi idola dan "influence" buat CC untuk terus aktif di dunia kreatif dan blog.

Arigato Vectorise!




2. CreativCOLOR as a Nuffnanger

*jumlah kutipan iklan nuffnang

Walaupun sudah setahun mempunyai akaun Nuffnang, tapi CC masih belum pernah merasa membuat tuntutan bayaran dari laman pengiklanan blog Nuffnang ini. Mungkin traffic pelawat blog CC tidak sesibuk laman blog hiburan atau awek-awek panas yang lain. Namun motif CC yang sebenar bukanlah untuk menjadi popular seperti mereka tetapi cukuplah sekadar menyumbang ke arah industri kreatif dan menyampaikan info.

Namun begitu akaun Nuffnang CC masih menjana pendapatan walaupun sedikit dan ia membuatkan CC bersemangat untuk melihat akan perubahan positifnya kelak.. Harap-harap tahun 2012 boleh tuntut cek Nuffnang!




3. CreativCOLOR Branding

 
*sketch asas logo rasmi CC

Bagi mengekalkan CC terus bernyawa dalam bidang kreatif yang serba mencabar ini, perancangan adalah amat penting disamping berusaha keras dengan apa yang telah dirancang. Jadi satu branding perlu diwujudkan bagi memudahkan CC dikenali dengan lebih cepat dan dengan itu terhasillah lakaran seperti diatas dimana ia akan digunakan sebagai Logo rasmi untuk CC. Namun begitu sehingga sekarang CC masih belum tentukan satu logo FINAL yang akan CC gunakan untuk semua produk CC.. Ini lah sukarnya. Selalunya CC menghasilkan logo untuk orang lain.. tetapi untuk diri sendiri CC belum boleh tentukan kerana terlalu memikirkan kesesuaian kegunaannya untuk segala benda. Insya Allah Lamanweb rasmi CreativCOLOR.net akan dilancarkan pada tahun hadapan bagi menandakan bermulanya branding CC.





4. CreativCOLOR Fanpage


*Fanpage CreativCOLOR

Setelah sekian lama membangunkan blog, kini sudah tiba masanya CC masuk kepada fasa promosi dan pemasaran dengan menggunakan kepantasan Facebook Fanpage. Bukannya CC tidak mahu buat awal-awal tetapi rasanya belum sampai masa untuk membuka fanpage ketika itu. Kini CC akan cuba gunakan kekuatan promosi pemasaran facebook fanpage yang dikatakan sangat berkesan itu. Mari kita cuba di 2012 nanti!




5. CreativCOLOR BLOG


*COLOR HARMONY : A Guide to Creative Color Combinations

Pelbagai entri yang telah dipaparkan ke dalam blog ini, dari hasil kerja dahulu, kini, dan juga info-info untuk tatapan pengunjung blog ini. CC sangat berterima kasih pada mereka yang sudi meninggalkan komen dan menjadi pembaca (follower blog) CC dan berkemampuan menguruskan laman blog ini adalah pengcapaian CC yang terbaik dalam hidup CC dan sgt sayang pada blog ini. Jadi apakah hala tuju blog ini di tahun 2012? Insya Allah jika ada kelapangan nanti CC akan menulis entri-entri yang lebih berkaitan tentang warna seperti mana yang terkandung dalam buku yang menjadi rujukan CC selama ini.

Dengan ini CC akhiri entri 2011 ini dengan ucapan "Selamat Tahun Baru 2012" buat semua!

Sunday, December 11, 2011

Gathering ke 4 Vectorise.net

Gathering ke 4 Vectorise.net

Harap masih belum terlewat sekiranya CC canangkan tentang Gathering Komuniti Vectorise (Komuniti yang ingin mengumpulkan dan menyatu padukan pereka grafik dan pekerja bidang industri kreatif di Malaysia). Macam-macam usaha telah dilakukan dalam membangunkan komuniti dan antara aktiviti yang dilakukan adalah :

~ Merekacipta logo Komuniti Vectorise
~ Merekacipta slogan Komuniti Vectorise
~ Perjumpaan tidak rasmi sesama ahli
~ Memberikan projek kreatif sesama ahli
~ Khidmat trace & design logo

dan macam-macam lagi perancangan untuk memantapkan lagi komuniti ini.

Jadi CC ingin menjemput para designer yang berminat untuk menyertai Gathering Komuniti Vectorise ke4 supaya kita dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita dan memperoleh lebih banyak manfaat memandangkan kita dalam industri yang sama.


Sila ke Forum Vectorise.net untuk maklumat terkini.

Para PEMBACA