Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Rak Kereta HOTWHEELS



Alhamdulillah, akhirnya siap juga rak untuk meletak kereta mainan Hotwheels yang telah ditempah oleh salah seorang rakan saya. Pada asalnya beliau ingin membelinya di e-bay tetapi malangnya tiada sebarang "shipping" (penghantaran) ke Malaysia untuk produk ini. Jadi beliau meminta saya untuk merealisasikan impiannya memiliki sebuah rak kereta Hotwheels peribadi dengan meminta saya menghasilnya sebuah rak untuknya. Dengan berkat kesabaran selama hampir dua bulan, akhirnya dapat juga rak ini disiapkan.

Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan rak seperti ini tapi malangnya selepas diberitahu harga untuk rak seperti ini ramai yang senyap begitu saja. Untuk menyiapkan rak sebegini sememangnya memakan kos yang agak tinggi memandangkan material-nya yang agak mahal. Jadi saya memutuskan untuk tidak mengambil tempahan untuk rak ini buat sementara waktu.

Monday, August 2, 2010

Minggu yang amat SIBUK

Minggu ini adalah minggu yang amat sibuk buat saya. Sampai tak menang tangan saya dibuatnya. Perkara yang paling ditakuti oleh para designer sudah semestinya projek last minute dan juga projek yang bertangguh-tangguh iaitu projek yang terpaksa menunggu kelulusan dari pelbagai pihak sebelum ianya boleh dicetak.

Terdapat dua projek yang terpaksa saya kendalikan dengan kedua-duanya mempunya dateline yang sama. Selain dari dua projek ini saya juga terpaksa menyiapkan beberapa permintaan pelanggan yang datang seperti tempahan stiker,plat nombor,plat alamat rumah dan sudah pastinya banner dan banting. Disini saya ingin paparkan Banner & Banting : Petting ZOO yang merupakan salah satu dari tempahan selain poster, pelekat botol susu, pelekat paket daging,pelekat paket baja dan juga pintu gerbang.


*klik untuk gambar lebih jelas



Saya akan cuba memaparkan entri mengenai projek-projek lain apabila saya ada masa terluang kelak kerana buat masa ini saya akan sibuk menyiapkan projek-projek permintaan dari pelanggan.

Tuesday, July 27, 2010

Hari yang agak SIBUK

Hari ini adalah antara yang sangat sibuk buat saya dimana terdapat ramai client yang datang di meja kerja saya dari pagi hingga ke petang.. (malam pun ada juga). Kerja yang begitu banyak sehinggakan saya pun tidak tahu yang mana harus disiapkan dahulu... Jadi untuk entri kali ini saya paparkan dua projek yang telah saya siapkan hari ini.

BISNES KAD : AIDIT BERJAYA

*Bisnes kad untuk Syarikat Aidit Berjaya Enterprise

BANNER & BANTING : MEDICAL PARAMEDIC & ALLIED HEALTH PROFESSIONAL SCIENTIFIC CONFRENCE 2010

*Rekaan banner


*Rekaan banting

Demikianlah hari yang agak sibuk bagi saya.

Monday, July 26, 2010

Ramadhan AL-MUBARAK

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadi mungkin tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat menyambut bulan puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia, di Malaysia, dan tidak lupa juga mereka yang rajin mengunjungi laman BLOG saya ini.


*Klik untuk melihat paparan lebih jelas

Ini adalah tempahan banner pertama untuk tahun ini yang saya terima bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan InsyaAllah jika ada lagi tempahan yang berkaitan akan saya paparkan rekaan banner yang lain pula.

Ladang Infoternak : Petting ZOO

Ini adalah rekaan untuk logo untuk Petting Zoo (Ladang Infoternak) yang bakal dibuka. "Client" meminta saya mencipta satu logo yang ceria bagi Petting Zoo mereka. Ini mungkin kerana sasaran mereka adalah untuk menarik minat dari golongan kanak-kanak untuk mengunjungi Petting Zoo ini. Apapun saya masih menanti samada logo ini menepati kehendak mereka atau tidak. Sekiranya tidak, saya terpaksa merekacipta satu lagi logo.


*Logo Petting Zoo hasil rekaan saya.

Para PEMBACA