Showing posts with label Apa Nama Font?. Show all posts
Showing posts with label Apa Nama Font?. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

[ Apa Nama Font ] : Vanila Coklat

Sejak akhir-akhir ini CC perasan ramai yang bercerita tentang Drama Vanila Coklat yang akan mengambil alih slot Lestary menggantikan Cinta Elysa pada setiap Selasa di TV3. Sinopsis dia tidak perlu CC ceritakan disini kerana CC pun kurang melayan drama tersebut. Yang cuba CC kupas dalam entri ini adalah apakah font yang digunakan pada montaj atau poster drama "Vanila Coklat" itu.

Pasti ramai diantara anda yang ingin menggunakan font itu untuk digunakan dalam design anda nanti.. disini CC sudah pun menyiasat dan font yang digunakan adalah...


Font tersebut adalah Channel yang direka oleh Måns Grebäck





 

RUJUKAN FONT
Channel
Laman Web Rasmi



[ My Google Keyword ] : Apa nama font untuk drama Vanila Coklat Lestari TV3

Sunday, December 11, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Poster ROCK THE WORLD 11

Sudah lama CC tidak membuat siasatan untuk segmen Apa Nama FONT? Kebetulan pula ada seorang sahabat CC Wan Hafizi Whm a.k.a Palacca bertanya tentang font yang digunakan didalam poster
Rock The World : Adrenaline. Jadi sambil membantu beliau mengenal pasti jenis font itu ada baiknya CC jadikan siasatan ini sebagai entri blog untuk rujukan semua.


Sedikit info tentang ROCK THE WORLD:


Rock The World: Adrenaline adalah edisi konsert yang kesebelas yang menjanjikan lebih kepuasan kepada peminat setianya. Bermula pada tahun 2000, Rock The World telah menjadi salah satu festival muzik terbesar di Malaysia dan tidak terkecuali pada tahun ini apabila nama-nama besar muzik indie bakal menggegar di festival yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 10 Disember 2011.


Dulu CC rajin juga ke Konsert RTW ni.. tetapi sekarang dah bersara dari "moshing" di "moshpit".


Ok sekarang mari kita semak, font yang digunakan...



Font yang digunakan bagi tajuk utama iaitu "ROCK THE WORLD" mungkin salah satu daripada 2 font yang CC jumpa ini iaitu SF Comic Script ataupun SF Fedora kerana kedua-duanya kelihatan sama dan dihasilkan oleh ShyFoundry manakala untuk tulisan Tarikh dan Venue tak berapa jelas kerana kualiti gambar yang rendah namun begitu ia mungkin menggunakan Feast of Flesh kerana saya merujuk pada laman rasmi mereka di http://www.rocktheworld.com.my

Rujukan Font:



SF Comic Script :  Download
SF Fedora : Download
Feast of Flesh : Download


[ My Google Keyword ] : Apa Nama Font Poster Rock The World 11 : Adrenaline , Muat Turun Download

Saturday, September 3, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Geisha Melayu Terakhir

Semasa sedang berehat sambil menonton TV di petang raya ke-5, saya terlihat sebuah trailer telefilem yang berkisahkan zaman penjajahan jepun suatu ketika dulu. Yang membuatkan saya tertarik pada trailer ini bukanlah pada barisan pelakonnya Scha Al-Yahya ataupun Tiz Zaqyah tetapi pada font yang digunakan untuk trailer ini. Jadi saya siasat apakah nama font tersebut dan berikut adalah hasil siasatan..

FONT YANG INGIN DIKENALPASTI



TRAILER TELEFILEM


Nama font yang digunakan dalam trailer ini adalah Lightmorning yang dihasilkan oleh
BRIDGEco

Rujukan Font:
Lightmorning

[ My Google Keyword ] : Apa nama font telefilem Geisha Melayu Terakhir

Friday, August 19, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : Microsoft

[ Apa Nama FONT? ] : Microsoft

Pasti ramai dikalangan anda yang menggunakan komputer setiap hari dan siapa yang tak kenal dengan logo ini?



Microsoft sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana merekalah yang mencipta Windows "Operating System" yang digunakan oleh kebanyakan pengguna komputer dan membolehkan anda melayari internet seperti sekarang ini.

Jadi anda biasa melihat logo seperti diatas bukan? Apakah font yang digunakan?

Font yang digunakan adalah Neue Helvetica® 96 Black Italic tetapi ada sedikit pengolahan pada huruf "O" yang menjadi "trademark" bagi jenama Microsoft ini.Huruf F & T juga dirapatkan sedikit dan terhasillah logo korporat gergasi perisian dunia = Microsoft.

Rujukan Font:
Neue Helvetica® 96 Black

[ My Google Keyword ] : Apa nama font microsoft

Saturday, July 30, 2011

[ Apa Nama Font ] : Angry Bird


Pasti ramai yang mengenali akan permainan ANGRY BIRD yang popular di platform android dan juga terdapat dalam versi PC ini.ANGRY BIRD menjadi permainan yang semakin digilai di seluruh dunia dan kita sendiri boleh melihat "merchandise" untuk permainan ini sudah pun bersepah dipasaran.

Bersempena dengan kegilaan terhadap permainan ini.. segmen APA NAMA FONT kali ini akan memperkenalkan kepada anda semua apakah font yang digunakan untuk "FLASH SCREEN" sebelum permulaan permainan ini.

Font tersebut direka oleh Nate Piekos pada tahun 2005 untuk Blambot Fonts dan diberinama

"FEAST OF FLESH"

Sekarang anda sudah tahu apakah font tersebut bukan? Ingin download font itu?
Klik pada butang muat-turun dibawah.



Selepas ini bolehlah anda gunakan font itu untuk projek design anda yang akan datang.

[ My Google Keyword ] : Apa nama font Angry Bird Font

Friday, June 3, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : KL Gangster

Selepas kejayaan filem Khurafat, sekali lagi Syamsul Yusof bakal muncul dengan karya terbarunya, KL GANGSTER. Turut membintangi watak utama dalam KL Gangster ialah Aron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan Zizan.Filem yang bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011. adalah filem Melayu yang padat dengan aksi, 95% adegan bertumbuk akibat ikutkan nafsu amarah dan tamak.

Dengan itu apakah font yang sesuai untuk poster filem ini? Mari kita semak font yang telah digunakan oleh designer poster KL Gangster.

Font yang digunakan adalah dalam klasifikasi Grungy , Distort & Scratchy fonts dan antara ribuan font yang ada, Neo Trash menjadi pilihan!



Rujukan Font:

Muat Turun: Neo Trash

Maaf kerana tiada link untuk Adobe Gothic STD B
Tetapi saya berikan link font yang hampir iaitu disini : Proxima Nova Cond Semibold

[ My Google Keywords ] : apa nama font KL GANGSTER

Para PEMBACA