Thursday, March 24, 2011

[ InfoDESIGN ] : Siapa pencipta font FUTURA?








Paul RennerSelalukah anda menggunakan font FUTURA ataupun PLAX dalam hasil kerja design anda? Jadi mari saya kenalkan pada anda Font Designer untuk FUTURA iaitu Paul Renner. Beliau lahir pada 8 September 1878 di Wernigerode, Jerman dan meninggal Pada 25 April 1956 (78 tahun) di Hödingen, Jerman.Beliau adalah seorang seniman grafik, pelukis, pereka mukataip, penulis dan juga merupakan seorang guru.

Pernah menuntut ilmu senibuna dan lukisan di Berlin, Munich dan Karlsruhe dan kemudiannya bekerja sebagai pelukis di Munich. Pada tahun 1907-1917 beliau bekerja sebagai pembantu pengeluaran dan
pengurus persembahan untuk Georg Müller Verlag di Munich. Beliau juga adalah salah seorang pengasas sekolah swasta yang menawarkan kelas ilustrasi di Munich pada 1911 dan pernah menjadi Ketua Jabatan Seni Komersial dan Taipografi di Frakfurter Kunstschule pada 1925-1926.Seterusnya beliau meneruskan kerjayanya sebagai pengarah bandar Munich Grafische Berufsschulen bermula pada tahun 1926 dan dari tahun 1927 berkhidmat untuk Meisterschule für
Deutschlands. Pada tahun 1933 beliau telah diberhentikan dari mengajardan
bekerja sebagai pelukis dari tahun 1934 dan seterusnya.Paul
Renner juga ada menulis tentang topik yang berkaitan dengan taipografi,
huruf, grafik dan kajian Warna.



Antara Font yang direka oleh beliau:

Futura® (1928)
Plak® (1928)
Futura® Black (1929)
Futura® licht (1932)
Futura® Schlagzeile (1932)
Ballade (1937)
Renner™ Antiqua (1939)
Steile Futura ® (1954)



[ My Google Keywords : Futura font designer ]

Entri Berkaitan

[ InfoDESIGN ] : Siapa pencipta font FUTURA?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA