Siapa nak duit raya?? Jika nak duit lebih untuk raya tahun ini apa kata anda semua menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh laman web vectorise.net
Sila rujuk info dibawah:
Salam, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan, kibarkan jalur gemilang
Sebagai penghargaan kami atas sokongan anda, Vectorise.net berbesar hati untuk menganjurkan satu pertandingan Mencipta Slogan.
Terbuka kepada semua warga Malaysia, anda adalah dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini.
TEMA
Bebas (Slogan / Moto yang melambangkan konsep / aktiviti logo vector, perkongsian atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. atau ikut suka)
SPESIFIKASI
1. Format
- Teks Slogan mestilah bersesuaian untuk digunakan pada Vectorise Logo & Vectorise Forum.
2. Rasional Sogan / Moto
Setiap Slogan yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan ringkas dan rasional dalam
- Bahasa Malaysia sekiranya Slogan dalam Bahasa Malaysia.
...ATAU
- English sekiranya Slogan dalam English
2 neh sahaja diterima.. lain bahasa.... hakim tak paham lolx
3. Keaslian Slogan
Bentuk Slogan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan.
Kreatif dan Lain dari yang lain diutamakan
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan mestilah berdaftar sebagai ahli Vectorise Forum kecuali admin dan moderator Vectorise.net
Setiap Penyertaan diterhadkan kepada 1 user 3 Slogan Sahaja, bermakna anda boleh menghantar 1, 2 atau 3 Slogan sahaja.
2. Semua penyertaan hendaklah dibuat /dihantar ke ruangan Vectorise Forum dan hendaklah dipostkan ke ruangan :
Contest - Slogan/Moto .
3. Penyertaan hendaklah membuat post pada ruangan tersebut dengan memberi :
- Slogan anda
- Penerangan ringkas tentang rasional Slogan
4. Peserta hendaklah memastikan keaslian Slogan yang dicipta terpelihara. Pihak Vectorise tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta Slogan / Moto tersebut.
5. Pihak Vectorise juga mempunyai hak untuk mengubahsuai Slogan yang direka cipta oleh peserta dan
Slogan pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak kami.
6. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
7. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 20hb Ogos 2011, sila post penyertaan anda pada atau sebelum tarikh akhir ini.
PENGADILAN
1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik olehVectorise Forum.
2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang email meng'email' tidak akan dilayan.
HADIAH
Hanya seorang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah :
- Wang Tunai bernilai RM 100.00 (Ringgit : Seratus sahaja)
Pemenang akan dihubungi secara Email / Private Massage / Facebook dan sebagainya oleh pihak kami
Contoh Penyertaan :
Slogan /Moto : "Sharing is Caring"
Rasional : Perkongsian logo diantara pereka pereka grafik di Malaysia bagi memudahkan kerja² disamping memupuk semagat kerjasama antara ahli secara Maya.
Pertandingan Mencipta Slogan untuk Vectorise.net
4/
5
Oleh
CreativColor
1 Komen:
Tulis Komenterima kasih creativcolor ;)
Replytweeted