Showing posts with label infoDESIGN. Show all posts
Showing posts with label infoDESIGN. Show all posts

Friday, March 2, 2012

[ INFOGRAFIK ] : Rekaan Logo NIKE

Kenalkah anda pada logo produk NIKE? CC yakin ramai yang kenal pada logo dan produk ternama ini.
Tapi kenalkah anda siapa yang merekacipta logo NIKE tersebut?

Disini CC kupaskan mengenainya dalam bentuk infografik. Dan ini adalah percubaan CC yang pertama dalam penghasilan infografik.

*Sila klik pada gambar untuk paparan beresolusi tinggi. Selamat membaca.



 

[ My Google Keyword ] : Infografik Infographic Logo Nike

Tuesday, February 28, 2012

Tips pilihan warna yang sesuai untuk bilik anda

Buat mereka yang sedang mencari-cari warna yang sesuai untuk mengecat bilik, disini CC kongsikan tips pemilihan warna yang sesuai untuk setiap sudut di rumah anda..


Psikologi warna

Tempat | Warna | Psikologi


Pejabat : Biru : Warna yang paling produktif
Bilik Tidur : Hijau : Warna ketenangan dan kesihatan
Bilik Perempuan : Merah Jambu : Warna kehangatan dan menenangkan
Dapur : Kuning : Warna yang menaikan metabolisma,menceriakan suasana dan memberikan tenaga
Ruang Tamu : Lavender : Warna yang menenangkan saraf dan berehat
Ruang Makan : Merah : Warna yang menaikkan selera makan

Sunday, February 26, 2012

Menjadikan gambar kelihatan Retro dengan mudah menggunakan Photoshop Action


Untuk entri kali ini CC ingin kongsikan kepada anda terdapat satu teknik mudah untuk menghasilkan effect gambar kelihatan retro. Teknik ini tidak memerlukan sebarang kepakaran editing, kerana kita akan menggunakan Photoshop Action yang boleh kita perolehi secara percuma di dbox.tumblr.

Action ini adalah untuk menghasilkan filter effect seperti Instagram iaitu satu aplikasi Photo Filter yang dihasilkan untuk iPhone.

Thursday, February 16, 2012

Untuk mereka yang mencari Inspirasi Warna

Kepada anda yang selalu buntu dalam membuat pemilihan warna yang sesuai untuk projek design anda disini CC ingin kongsikan satu laman blog yang boleh mungkin dapat membantu anda dalam menentukan warna yang sesuai untuk projek design anda. Disini juga pelbagai tips design dan penyesuaian warna untuk fesyen, dekorasi rumah dan bermacam-macam lagi. Laman blog yang CC maksudkan adalah

COLOURlovers

Antara inspirasi yang terdapat di COLOURlovers..






Saturday, September 10, 2011

[ INFO KONGSI ] : Jenis tulisan khat.

Semasa saya sedang mengemaskini fail-fail didalam komputer saya, tiba-tiba ternampak satu fail yang saya rasakan adalah lebih afdal kiranya saya muatkan kedalam entri blog saya untuk berkongsi info dengan anda semua. Kata orang tua-tua benda baik eloklah disebarkan jangan simpan untuk diri sendiri sahaja. Disini saya paparkan info mengenai jenis tulisan khat untuk rujukan anda dan juga saya sendiri.. semoga sama-sama kita beroleh manafaatkan info ini nanti ya..



*P/S: Sebenarnya ada banyak lagi jenis khat.. ini cuma sebahagian sahaja

[ My Google Keyword ] : Antara jenis tulisan khat

Saturday, July 30, 2011

[ Info Design ] : Kekuatan Teks Dan Warna Dalam Iklan


Sekiranya anda rajin ke KLCC pastinya anda dapat kenalpasti dimana lokasi gambar yang saya paparkan diatas.Saya yakin setiap orang pastinya tidak akan terlepas pandang pada "Advertising Board" diatas. Mengapa?

Lokasinya terletak betul-betul bertentangan dengan "escalator" LRT menuju ke SURIA KLCC. Dari jarak yang agak jauh iaitu lingkungan 15 kaki dari "escalator" Advertising Board ini telah berjaya menangkap mata audience dengan sekelip mata. Ianya tidak memerlukan gambar-gambar model cantik atau kacak untuk menarik perhatian anda, cukup hanya sekadar teks dan warna.

Penggunaan teks sans-serif yang tebal disokong dengan warna latar "plain" yang dominan seperti merah dan biru telah berjaya membuatkan audience "terpaksa" membacanya. Ini kerana susun atur teks yang jelas memudahkan audience membacanya dengan sekilas lalu walaupun audience tersebut tidak berniat untuk membacanya.Dengan penggunaan saiz teks yang berbeza mengikut kepentingan mesej yang cuba disampaikan saya menganggap "Advertising Board" ini adalah salah satu pengiklanan yang berjaya!

Disinilah kekuatan yang ada pada penggunaan TEKS dan pemilihan WARNA.

Para PEMBACA