Monday, April 23, 2012

[ LOGO ] : Entri Pertandingan Logo I Luv Islam - Konsep 1

 

Penerangan logo adalah seperti berikut

Muka Taip Logo:

Muka taip bertulis "I Luv Islam" (seperti syarat ditetapkan) adalah di inspirasikan dari Khat Kufi dan diolah sedikit untuk menonjolkan bentuk kubah masjid dimana masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah tapi juga dijadikan pusat pentadbiran dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di zaman Rasulullah.

Pemilihan Tagline:
"Inspiring the ummah" adalah tagline yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Konsep Warna:
Hitam, Merah dan Putih adalah konsep warna yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan Bentuk:
Elemen Hati atau "heart/love" juga adalah ditetapkan oleh penganjur bagi mengekalkan
penjenamaan asal Iluvislam.com.

Pemilihan Konsep Logo:

Konsep ambigram digunakan dalam logo ini bagi menyampaikan maksud Islam tetap agama sama dan adil walau dipandang dari persepsi siapa dan dimana sekalipun. Ambigram menjadikan logo ini boleh dilihat secara terbalik tetapi tetap kelihatan sama.

Cadangan Tambahan:
Elemen hati atau "heart/love" diwarnakan dengan warna hijau (warna yg tidak termasuk dalam syarat pertandingan) bagi melambangkan Kecintaan terhadap Islam dan Islam adalah agama syumul yang aman. 

Entri Berkaitan

[ LOGO ] : Entri Pertandingan Logo I Luv Islam - Konsep 1
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

Para PEMBACA