Assalamualaikum buat semua. Adakah anda berminat dan ingin tahu bagaimana untuk menghasilkan khat asas seperti gambar atas ini? Ikuti tutorial dibawah ini..
Langkah 1 : Cipta satu fail dokumen didalam Adobe Illustrator.
Langkah 2 : Pergi ke menu "Type" dan klik "Glyphs"
Langkah 3 :
Pilih jenis font yang terdapat di menu dibawah kotak "glyphs". (Pastikan font tersebut mempunyai karektor arab, lebih afdal jika anda memuat-turun font-font arab terlebih dahulu.)
Langkah 4 :
Klik ikon "T" (Text) pada toolbar kemudian klik dimana anda ingin mula menaip.
seterusnya "double click" pada kotak abjad didalam "glyphs" tadi.
Langkah 5 : Teruskan membina perkataan jawi sehingga lengkap
Langkah 6 : Untuk menambahkan lagi "details" pada khat ini.. Klik di mana-mana ruang kosong dan mula masukkan pula baris-baris dan simbol. Kemudian "Right Click" -> "Create Outline"
Langkah 7 :
Susunkan simbol baris tadi di tempat-tempat yg sepatutnya sehingga menjadi seperti diatas.
Langkah 8 :
Save as *.eps (Ini adalah langkah terakhir dalam penggunaan Adobe Illustrator dan secara asasnya anda telah berjaya menghasilkan vector khat anda sendiri. )
Seterusnya kita akan edit pula didalam software Adobe Photoshop.
Langkah 9 :
Cipta satu fail dalam Adobe Photoshop.
Langkah 10 :
Hasilkan warna "gradient" mengikut pilihan anda
Langkah 11 :
Buka fail *.eps yang anda telah "save" tadi dan kemudian "drag" masuk ke dokumen "gradient" anda tadi.
Langkah 12 :
"Resize" khat tadi mengikut kemahuan anda dan kemudian pergi kepada layer khat tadi,
"Right Click" -> "Blending Option"
Langkah 13 :
Masukkan "blending settings" seperti diatas.
Inilah hasil setelah anda menngikuti 13 langkah yang dinyatakan seperti diatas.
SELAMAT MENCUBA!
Nota: Maaf diatas kesilapan ejaan jawi ASSALAMUALAIKUM yang tidak disengajakan. Terima kasih kepada yang menegur kesilapan tersebut. Memandangkan ini adalah penulisan tutorial saya yang pertama jadi saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam tutorial ini dan saya akan cuba memperbaiki penulisan dan cara paparan visual dari semasa ke semasa.
~ Terima kasih kepada kawan-kawan yang berkongsi tips ini dan mereka yang meminta agar ianya dijadikan tutorial.. sehingga bertemu lagi pada tutorial yang lain ~
[ My Google Keywords ] : Tutorial Adobe Illustrator menghasilkan vector khat Jawi
[ My Google Keywords ] : Tutorial Adobe Illustrator menghasilkan vector khat Jawi
TUTORIAL : Asas Menghasilkan Khat
4/
5
Oleh
CreativColor
5 Komen
Tulis Komentahniah atas kegigihan saudara.. moga dipermudahkan lagi oleh Allah swt.
Replysedikit teguran utk meningkatkan kejayaan:
Ejaan assalamualaikum tertinggal huruf alif dan lam (السلام عليكم). Ejaan salam yg saudara paparkan di atas akan dibaca Islamualaikum bukan Assalamualaikum. sekian t/kasih.
terima kasih atas teguran cik siti... saya pun masih lagi lemah dalam jawi dan akan cuba mempertingkatkan ilmu dalam penulisan jawi ini.
Replyjika saya ada kelapangan saya akan tukarkan paparan tersebut kepada paparan yg telah diperbetulkan
salam.saya dah pm di fb berkenaan sticker dan kad ahli
Replysalam tuan.ajarlah kami cara nak buat logo menggunakan adobe ilustrator pulak
Replyas salam..cmne nak download font tulisan khat nie?
Reply