Showing posts with label zoo. Show all posts
Showing posts with label zoo. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Minggu yang amat SIBUK

Minggu ini adalah minggu yang amat sibuk buat saya. Sampai tak menang tangan saya dibuatnya. Perkara yang paling ditakuti oleh para designer sudah semestinya projek last minute dan juga projek yang bertangguh-tangguh iaitu projek yang terpaksa menunggu kelulusan dari pelbagai pihak sebelum ianya boleh dicetak.

Terdapat dua projek yang terpaksa saya kendalikan dengan kedua-duanya mempunya dateline yang sama. Selain dari dua projek ini saya juga terpaksa menyiapkan beberapa permintaan pelanggan yang datang seperti tempahan stiker,plat nombor,plat alamat rumah dan sudah pastinya banner dan banting. Disini saya ingin paparkan Banner & Banting : Petting ZOO yang merupakan salah satu dari tempahan selain poster, pelekat botol susu, pelekat paket daging,pelekat paket baja dan juga pintu gerbang.


*klik untuk gambar lebih jelas



Saya akan cuba memaparkan entri mengenai projek-projek lain apabila saya ada masa terluang kelak kerana buat masa ini saya akan sibuk menyiapkan projek-projek permintaan dari pelanggan.

Monday, July 26, 2010

Ladang Infoternak : Petting ZOO

Ini adalah rekaan untuk logo untuk Petting Zoo (Ladang Infoternak) yang bakal dibuka. "Client" meminta saya mencipta satu logo yang ceria bagi Petting Zoo mereka. Ini mungkin kerana sasaran mereka adalah untuk menarik minat dari golongan kanak-kanak untuk mengunjungi Petting Zoo ini. Apapun saya masih menanti samada logo ini menepati kehendak mereka atau tidak. Sekiranya tidak, saya terpaksa merekacipta satu lagi logo.


*Logo Petting Zoo hasil rekaan saya.

Para PEMBACA