Showing posts with label infoDESIGN. Show all posts
Showing posts with label infoDESIGN. Show all posts

Friday, March 2, 2012

[ INFOGRAFIK ] : Rekaan Logo NIKE

Kenalkah anda pada logo produk NIKE? CC yakin ramai yang kenal pada logo dan produk ternama ini.
Tapi kenalkah anda siapa yang merekacipta logo NIKE tersebut?

Disini CC kupaskan mengenainya dalam bentuk infografik. Dan ini adalah percubaan CC yang pertama dalam penghasilan infografik.

*Sila klik pada gambar untuk paparan beresolusi tinggi. Selamat membaca.



 

[ My Google Keyword ] : Infografik Infographic Logo Nike

Tuesday, February 28, 2012

Tips pilihan warna yang sesuai untuk bilik anda

Buat mereka yang sedang mencari-cari warna yang sesuai untuk mengecat bilik, disini CC kongsikan tips pemilihan warna yang sesuai untuk setiap sudut di rumah anda..


Psikologi warna

Tempat | Warna | Psikologi


Pejabat : Biru : Warna yang paling produktif
Bilik Tidur : Hijau : Warna ketenangan dan kesihatan
Bilik Perempuan : Merah Jambu : Warna kehangatan dan menenangkan
Dapur : Kuning : Warna yang menaikan metabolisma,menceriakan suasana dan memberikan tenaga
Ruang Tamu : Lavender : Warna yang menenangkan saraf dan berehat
Ruang Makan : Merah : Warna yang menaikkan selera makan

Sunday, February 26, 2012

Menjadikan gambar kelihatan Retro dengan mudah menggunakan Photoshop Action


Untuk entri kali ini CC ingin kongsikan kepada anda terdapat satu teknik mudah untuk menghasilkan effect gambar kelihatan retro. Teknik ini tidak memerlukan sebarang kepakaran editing, kerana kita akan menggunakan Photoshop Action yang boleh kita perolehi secara percuma di dbox.tumblr.

Action ini adalah untuk menghasilkan filter effect seperti Instagram iaitu satu aplikasi Photo Filter yang dihasilkan untuk iPhone.

Thursday, February 16, 2012

Untuk mereka yang mencari Inspirasi Warna

Kepada anda yang selalu buntu dalam membuat pemilihan warna yang sesuai untuk projek design anda disini CC ingin kongsikan satu laman blog yang boleh mungkin dapat membantu anda dalam menentukan warna yang sesuai untuk projek design anda. Disini juga pelbagai tips design dan penyesuaian warna untuk fesyen, dekorasi rumah dan bermacam-macam lagi. Laman blog yang CC maksudkan adalah

COLOURlovers

Antara inspirasi yang terdapat di COLOURlovers..






Saturday, September 10, 2011

[ INFO KONGSI ] : Jenis tulisan khat.

Semasa saya sedang mengemaskini fail-fail didalam komputer saya, tiba-tiba ternampak satu fail yang saya rasakan adalah lebih afdal kiranya saya muatkan kedalam entri blog saya untuk berkongsi info dengan anda semua. Kata orang tua-tua benda baik eloklah disebarkan jangan simpan untuk diri sendiri sahaja. Disini saya paparkan info mengenai jenis tulisan khat untuk rujukan anda dan juga saya sendiri.. semoga sama-sama kita beroleh manafaatkan info ini nanti ya..



*P/S: Sebenarnya ada banyak lagi jenis khat.. ini cuma sebahagian sahaja

[ My Google Keyword ] : Antara jenis tulisan khat

Saturday, July 30, 2011

[ Info Design ] : Kekuatan Teks Dan Warna Dalam Iklan


Sekiranya anda rajin ke KLCC pastinya anda dapat kenalpasti dimana lokasi gambar yang saya paparkan diatas.Saya yakin setiap orang pastinya tidak akan terlepas pandang pada "Advertising Board" diatas. Mengapa?

Lokasinya terletak betul-betul bertentangan dengan "escalator" LRT menuju ke SURIA KLCC. Dari jarak yang agak jauh iaitu lingkungan 15 kaki dari "escalator" Advertising Board ini telah berjaya menangkap mata audience dengan sekelip mata. Ianya tidak memerlukan gambar-gambar model cantik atau kacak untuk menarik perhatian anda, cukup hanya sekadar teks dan warna.

Penggunaan teks sans-serif yang tebal disokong dengan warna latar "plain" yang dominan seperti merah dan biru telah berjaya membuatkan audience "terpaksa" membacanya. Ini kerana susun atur teks yang jelas memudahkan audience membacanya dengan sekilas lalu walaupun audience tersebut tidak berniat untuk membacanya.Dengan penggunaan saiz teks yang berbeza mengikut kepentingan mesej yang cuba disampaikan saya menganggap "Advertising Board" ini adalah salah satu pengiklanan yang berjaya!

Disinilah kekuatan yang ada pada penggunaan TEKS dan pemilihan WARNA.

Sunday, May 22, 2011

[ InfoDESIGN ] : Panduan Memilih Mukataip Sesuai Mengikut Projek Rekaan

Jika anda selalu menghadapi masalah untuk menentukan mukataip (font) apakah yang perlu digunakan dalam projek-projek design anda, saya syorkan anda jadikan jadual ini sebagai panduan dalam menghasilkan rekaan anda bagi menjimatkan masa memikirkan apakah font yang sesuai digunakan. Selamat Mencuba




Download Jadual besaiz besar untuk rujukan anda.





[ My Google Keyword ] : panduan cara memilih font yang sesuai

[ InfoDESIGN ] : Jadual Mukataip Paling Popular, Berpengaruh dan Terkenal

Semasa saya sedang mencari sumber untuk membuat projek rekaan saya yang seterusnya, saya terjumpa satu jadual berkala mengenai mukataip (font) yang saya rasa perlu saya kongsikan info ini kedalam blog saya. Jadual berkala ini menampilkan antara font yang paling popular,berpengaruh dan terkenal dan digunakan secara meluas dalam design pereka profesional. Kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang design boleh jadikan jadual berkala ini sebagai panduan dalam memilih font yang sesuai untuk projek-projek design anda dimasa akan datang.





Download Jadual besaiz besar untuk rujukan anda.



Info lebih lanjut boleh anda baca dipautan ini : http://www.behance.net/Gallery/Periodic-Table-of-Typefaces/193759


[ My Google Keyword ] : Font paling popular berpengaruh terkenal terbaik

Saturday, April 16, 2011

[ Apa Nama FONT? ] : FACEBOOK




*Video Typography Facebook


Saya yakin pastinya ramai dikalangan anda yang mempunyai akaun FACEBOOK.Sama ada menggunakannya untuk mencari kawan lama, bersosial dengan kawan baru ataupun berniaga.
Untuk entri segmen APA NAMA FONT? kali ini mari kita siasat apakah font yang digunakan pada logo laman sosial kepunyaan En.Mark Zuckerberg ini.

Berikut adalah beberapa font yang tersenarai sebagai font paling hampir dengan logo FACEBOOK...




5. Linotype Ergo Bold


6. The Sans Extra Bold



7. Vecta Bold

*Walaupun font ini ianya agak jauh berbeza tetapi agak menarik juga font ini jika dijadikan sebagai logo FACEBOOK.

Selepas siasatan demi siasatan akhirnya Klavika Bold dapat menjawab segala persoalan tentang font FACEBOOK yang dicari-cari selama ini.


Sebenarnya logo FACEBOOK adalah "custom made" dan tidak ada sebarang font yang sama dengan logo tersebut.

Ini buktinya! --> DESIGNER LOGO FACEBOOK


Ingin download font Klavika? Tekan butang download dibawah.




Kredit pada sumber rujukan
- Yahoo Answer
- Ask Metafilter
- Typohile
- Identifont
- Fontyukle (Download provider)
- Lucasfont

[ My Google Keyword ] : facebook font | nama font facebook

Thursday, April 7, 2011

[ InfoDESIGN ] : Istilah Crossed W?

Crossed W (huruf W bersilang) adalah terma atau istilah yang digunakan bagi merujuk kepada huruf W yang bersilang yang terdapat pada sesetengah font. Terdapat banyak font yang mempunyai huruf Crossed W didalam setnya tetapi kebanyaknnya Crossed W hanyalah terdapat pada Capital Letters@Huruf Besar sahaja. Disini saya senaraikan beberapa font yang mempunyai Crossed W dan senarainya akan saya tambah dari masa ke semasa.

Jika anda mengetahui jenis font yang mempunyai karektor Crossed W bolehlah tinggalkan komen dibawah untuk dikongsi bersama.

Berikut adalah senarai font yang mempunyai karektor Crossed W:










Para PEMBACA